Monday, May 16, 2011

Philosophy behind ERM in your daily driven vehicle

SMART SAFETY HAMMER




SMART SAFETY HAMMER

Antara peralatan kecemasan yang sentiasa ada di dalam kedua-dua kereta panduan harian saya dan orang rumah saya ialah (i) lampu suluh, (ii) lampu amaran (beacon light), dan (iii), pisau pemotong kertas, di samping beberapa alatan lain (boleh dirujuk di sini.)

Bagaimanapun semenjak tahun lepas semasa menghadiri beberapa seminar dan kursus yang disertai oleh JKJR, pasti saya melihat peralatan yang dikenali SMART SAFETY HAMMER ini di sudut pameran mereka ataupun dalam presentation paper yang dibentangkan.

Alat Smart Safety Hammer ini adalah kombinasi (i) lampu suluh, (ii) lampu amaran (beacon light), dan (iii), pisau pemotong kertas, serta tambahan (iv) penukul bermata besi untuk digunakan semasa kecemasan.

Lampu amaran (beacon light) yang boleh dilekatkan (magnet) di bumbung kenderaan adalah alternatif terbaik kepada tiga segi keselamatan. Manakala mata pisau (terlindung) boleh digunakan untuk memotong tali pinggang keledar jika perlu. Begitu juga dengan penukul bermata besi yang boleh digunakan untuk memecah cermin kereta ketika kecemasan.

Alatan ini dibuat dan diedarkan oleh Smart Synergy Technologies Sdn. Bhd.

Terdapat juga peralatan yang hampir sama di pasaran yang diimport tetapi dengan kegunaan terhad lampu suluh dan lampu amaran beacon light sahaja. Manakala harganya juga mahal sekitar RM 50.00.

Alatan ini berharga sekitar RM 25.00 sebuah.

Untuk pelajar saya, mereka boleh membelinya dengan harga tawaran. Sila berhubung terus dengan saya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Tuesday, May 10, 2011

Jauh berjalan, luas pengalaman, banyak pengetahuan






Jauh berjalan, luas pengalaman, banyak pengetahuan

Sebelum ini saya pernah menulis kelebihan
tong sampah di Bandar Miri yang berbumbung, kali ini saya teruja dengan tong sampah di dalam kawasan Akademik Koreksional Malaysia, di Pekan Kuah, Langkawi.

Minggu ini saya berada di Akademik ini kerana terlibat dalam pengajaran (on-off) kepada Pegawai-pegawai Penjara dari seluruh Malaysia untuk kursus OSH dari 2 hingga 17 Mei 2011. Dalam perjalanan antara chalet yang saya menginap ke bilik kuliah, saya terlihat ada banyak tong sampah seperti di dalam gambar.

Tinjauan saya mendapati tong sampah ini direka oleh kakitangan Akademik untuk mengelakkan dari diganggu oleh banyak monyet yang berkeliaran. Saya mencubanya dan mendapati ia nya praktikal. Bagaimanapun model yang saya cuba saya rasa mungkin menghadapi sedikit masalah untuk mengosongkannya. Walaupun begitu saya difahamkan model terbaru tong sampah ini mempunyai pintu di dinding sisinya.

Tertanya saya 2 soalan. Jika monyet-monyet ini terbiasa melihat orang menggunakannya (menekan tuas kaki), adakah seketika nanti, monyet ini akan berupaya membuka penutup tong sampah ini?. Soalan seterusnya adakah rekaan ini dipaternkan?

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/





Sunday, May 8, 2011

Panduan semasa meletak kereta



Panduan semasa meletak kereta

Saya pernah terlupa tempat malah tingkat bangunan di mana kereta saya diletak di KLCC. Saya mengambil masa hampir sejam untuk "mengesan" di mana kereta saya diletak.

Semenjak dari hari itu saya akan memastikan sama ada saya mengambil gambar (menggunakan HP) nombor petak (atau tiang) tempat letak kereta ataupun menulis nombor tersebut pada tiket parking.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/