Lesson learned di Boustead Penang Shipyard
Saya baru habis mengendalikan kursus keselamatan di Boustead Penang Shipyard Pulau Jerjak Pulau Pinang. Agak sibuk bulan Disember ini berterusan mengendalikan kursus di Kuala Lumpur, Prai, Pulau Langkawi dan Pulau Jerjak. Sebelum ini pada pertengahan tahun 2011 saya mengendalikan kursus yang sama di sektor pembinaan kapal di Lumut, Perak.
Seperti yang saya pernah tulis sebelum ini, di setiap tempat saya menyampaikan kursus atau saya lebih suka menganggapnya sesi berkongsi pengetahuan dan pengalaman, saya juga sentiasa mengambil peluang mempelajari sesuatu yang baru.
Dalam perjalanan harian menaiki bot di Jeti Batu Maung ke Pulau Jerjak, saya tertarik dengan budaya (disiplin) yang ditunjukkan oleh warga Boustead ini termasuklah pekerja kontraktor mereka. Bermula di jeti, mereka ini akan berbaris kemas dan teratur sebelum menaiki bot. Oleh kerana tidak menggunakan tiket, bilangan penumpang ditentukan secara pengiraan oleh pekerja bot. Tiada yang membantah ketika ditahan apabila bilangan penumpang sudah mencukupi untuk satu-satu trip perjalanan.
Membanggakan lagi, terdapat ruangan khas untuk penumpang wanita di dalam bot.
Semua penumpang mengambil tempat duduk masing-masing sebelum bot memulakan perjalanan. Begitu juga apabila bot menghampiri jeti Pulau Jerjak, penumpang-penumpang ini akan kekal duduk di tempat dudk masing-masing (tidak berdiri) sehinggalah tali bot ditambat ke jeti dan selepas siren dibunyikan.
Sewaktu berkursus, saya menyampaikan penghargaan saya kepada peserta kursus berkaitan dengan budaya atau tertib ketika menaiki bot ini. Saya dimaklumkan pada setiap sesi orientasi pekerja baru, budaya dan tertib ini akan ditekankan oleh pihak HSE Boustead Penang Shipyard. Di samping itu juga denda (saman?) akan dikenakan jika ada penumpang yang tidak mematuhinya.
Keselamatan bukan sahaja perlu diamalkan di dalam kawasan kilang atau di tempat kerja. Ia perlu bermula seawal dari rumah kediaman, di dalam perjalanan pergi dan pulang dan seterusnya berterusan di tenpat kerja.
Kesungguhan pihak HSE Boustead Penang Shipyard ini dengan memperkenalkan dan mengamalkan peraturan atau tertib semasa menaiki bot ini sepatutnya dicontohi oleh organisasi-oganisasi lain. Peraturan ini tidak semestinya diamalkan kepada pengguna laluan air sahaja, ia juga sama pentingnya di laluan darat ataupun di laluan udara.
Syabas sekali lagi, Boustead Penang Shipyard!
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com
3 comments:
Email dari mentor OSH -
From: Daud Sulaiman [dauds@yahoo.com]
Sent: 19 December 2011 21:05
To: nrg-she@googlegroups.com
Cc: Lukman Bin Wan Mat Daud
Subject: Re: {NRG-SHE INFO} Lesson learned di Boustead Penang Shipyard
Ini mengingatkan saya - bukan cerita menaiki bot - tetapi menaiki escalator di Jepun.
Ada lane lambat, ada lane laju.
Lane lambat sebelah kiri, dimana orang hanya berdiri di atas anak tangga.
Lane laju sebelah kanan, orang boleh ikut memanjat/menuruni escalator tanpa diganggu oleh orang lain.
Ini terjadi di semua escalator - shopping mall, keluar masuk setesen keretapi bawah tanah, hotel.
Q naik keretapi pun sama, tertib beratur - kecuali sekali pada hujung minggu, berebut naik keretapi ke Nikko.
Ir Daud Sulaiman
NIOSH Bangi
Reply saya -
Thanks for sharing Ir Daud
Saya sekeluarga ke Singapura (Universal Studio Singapore) melalui Tambak Johor Iun 2011 lepas. Paling akhir sebelum ini saya ke Simgapura melalui jalan darat ialah awal 90an.
Semasa di Tambak Johor, mereka yang melepasi imigresen (bangunan bertingkat) semuanya berjalan dengan laju tidak kira sama ada menaiki tangga atau escalator. Sekiranya ada yang berhenti di anak tangga escalator yang bergerak pasti akan diasak oleh orang di belakang.
Tidak salah bergerak dengan laju (berlari-lari anak) tetapi perlu adanya laluan untuk mereka yang berjalan (bergerak) perlahan terutama kepada warga emas.
Contohi MAS, AirAsia seumpamanya, penumpang yang dikategorikan sebagai "slow walker" akan disyorkan bergerak dahulu sehingga sampai ke badan kapalterbang dan barulah penumpang lain dibenarkan bergerak.
Terima kasih.
LUKMAN BIN WAN MAT DAUD
I do believe that this certain blog was ever most useful in my adventures of blogging. Ever more I think everyone should know and learn the information posted. Good day.
Post a Comment