Tuesday, October 4, 2011

UJI Guna: Mini First Aid Kit


Mini First Aid Kit

Semasa saya bekerja di Silverstone Taiping, Jabatan ESH saya mengedarkan sebanyak 1,200 kotak Mini First Aid Kit kepada semua pekerja sempena Minggu OSH ketika itu. Kami dapati di antara banyak cenderahati OSH yang pernah diedarkan, Mini First Aid Kit inilah paling praktikal dan paling digemari pekerja.

Bagaimanapun kotak Mini First Aid Kit tersebut tidak tahan lasak dan kurang sesuai (dari segi compactment) untuk dimuatkan barangan First Aid Kit.

Semalam, Syarikat Pengedar Barangan Keselamatan (PPE) mempelawa saya untuk menguji-guna barangan terbaru edaran mereka iaitu Mini First Aid Kit.

Antara yang paling menaik perhatian saya selain dari saiznya sebesar tapak tangan dewasa (4" x 3 1/2"), ialah adanya compactment (pembahagi) di ruang dalaman kotak ini yang akan memudahkan barangan First Aid Kit disusun.

Terdapat 8 barangan First Aid Kit dalam sample yang saya uji. Bagaimanapun barangan ini boleh ditukar atau ditentukan sendiri oleh pelanggan. Sebagai contoh, jika pelanggan hendak mematuhi Peraturan First Aid Kit DOSH, bolehlah menukar pil Paracetamol dengan barangan lain (barangan bukan dimakan / oral taken).

Kepada meereka yang berminat untuk mendapatkan Mini First Aid Kit ini, bolehlah menghubungi syarikat pengedar-

SMART SYNERGT VENTURE SDN BHD
13-2, Jalan Perubatan 2
55100 Pandan Indah
Kuala Lumpur
Tel: 03 4280 0799


lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

PENAFIAN – Laporan peralatan dan perkhidmatan yang di UJI GUNA dalam Blog OSH The Journey ini adalah berdasarkan penggunaan dan pemerhatian penulis untuk tempoh tertentu. Penulis tidak bertanggungjawab jika peralatan dan perkhidmatan yang di UJI GUNA ini berbeza seperti dilaporkan jika digunakan untuk tempoh yang lebih lama atau lebih panjang.

Untuk urusan pembelian, sila rujuk terus kepada pengedar kerana saya tidak terlibat dalam perjualan.




3 comments:

azam said...

tuan cuma saya ingin mendapatkan pendapat tuan, mengenai paracetamol dalam first aid kit. bukankah itu tidak digalakkan, sebarang ubat-ubat pil dalam FAK?

lukmanw@gmail.com said...

Salam sdr Azam

Mengikut guideline DOSH, hanya ubatan selain dari dimakan (oral taken) yang boleh disenaraikan dalam FAK.

Perlu dingatkan selain dari pengecualian skop OSHA di sektor tentera dan perkapalan, sektor domestik juga dikecualikan.

Bagaimanapun saranan ubatan oral taken terutama paracetamol ini juga berdasarkan dari segi kesihatan, yang boleh memudaratkan buah pinggang jika diambil berlebihan

azam said...

terima kasih tuan