Apa ada dalam glove box kereta saya? (Walk the talk)
Suatu lewat petang bulan lepas, sebaik sahaja selesai kelas SHO kebetulan tajuk ERM, seorang pelajar saya telah bermasalah untuk menghidupkan keretanya kerana tidak ditutup lampu seharian semenjak dari pagi.
Dengan menggunakan “jump cable” yang sentiasa ada dalam kereta saya, mudah sahaja masalah ini diselesaikan.
Sebenarnya ini bukan kali pertama saya membantu pelajar saya. Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja masalah pelajar yang terlupa memadam lampu kereta mereka seharian ketika mengikuti kelas.
Sementara menunggukan seketika “charging process” sebelum ditanggalkan “jump cable”, pelajar ini menanya saya apakah barangan saya bawa dalam “glove box” kereta yang saya pandu.
Saya mempelawanya membuka sendiri “glove box” kereta saya dan dia mendapati apa yang dikongsi saya semasa dalam seharian kelas ERM, saya pratikkan di dalam kereta saya.
Antara barangan kecemasan yang saya bawa boleh dirujuk dalam posting sebelum ini seperti di atas. Manakala di dalam “glove box” saya tersimpan kemas barangan berikut;
1. Sampul surat yang memuatkan 3 salinan surat pendaftaran kereta, polisi insuran dan kad pengenalan.
2. Sampul surat tertera tarikh akhir tempoh cukai jalan dan insuran serta nama dan nombor telefon agen insuran (bukan nombor syarikat).
Maklumat ini amat perlu terutama jika terlibat dengan kemalangan. Agen insuran yang saya langgan memang telah terbukti boleh membantu dan menasihati saya apa yang perlu dibuat jika berlaku kemalangan dan hendak membuat laporan polis serta tuntutan insuran.
Turut ada dalam “glove box” kereta saya ialah bekas tahan karat yang kedap udara. Ini adalah “first aid kid” saya dengan ubatan seperti;
1. Minyak Cap Kapak
2. Sapuan Vicks
3. Krim Urut
4. Krim Antibiotik
5. Pil Paracetamol
6. Pil diarrhea
7. Plaster luka
8. Plaster Kokyok
9. Cotton Bud
Kelemahan bekas tahan karat ini hanya tiada compactment tertentu untuk mengasingkan ubatan ini. Hari ini saya tukar bekas tahan karat ini dengan kotak “first aid kit” yang telah diuji oleh saya sebelum ini.
Di samping itu saya juga membawa beberapa barangan kecil dari hotel seperti “sewing kit” serta bekas plastik kecil (atau tiub) yang saya isi semula dengan cecair pencuci tangan.
Walk the talk!
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
1 comment:
wah sangat bersedia bagi menghadapi sebarang kecemasan
Post a Comment