Khemah Runtuh
Harian Metro 6-Ogos-2011
TAIPING: Seorang peniaga yang sibuk menyediakan hidangan murtabak tergamam apabila bumbung khemah yang menempatkan 12 gerai peniaga Pasar Ramadan Kamunting, di sini, tiba-tiba runtuh akibat dipukul angin kencang.
Kejadian itu menyebabkan mangsa, Habsah Mat Zain, 47, cedera di kepala akibat dihempap kipas dan besi khemah manakala peralatan perniagaannya rosak.
Mangsa berkata, ketika kejadian jam 3 petang kelmarin, dia sibuk berniaga sambil berbual dengan rakan niaganya berikutan kawasan itu belum dikunjungi ramai pelanggan.
“Ketika itu hujan lebat disusuli angin kencang melanda kawasan gerai kami. Saya terkejut apabila bumbung khemah tiba-tiba runtuh sebelum bucu kipas angin mengenai bahagian kiri kepala saya.
“Akibatnya saya terjatuh dan turut tersepit di celah besi khemah yang tumbang itu. Pada masa sama seorang lelaki segera membantu dengan menarik saya keluar dari bawah runtuhan itu,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Koperasi Usahawan Pasar Malam yang juga penyelaras pasar Ramadan berkenaan, Muhd Hasnol Kifli berkata, sebanyak 12 gerai perniagaan terjejas akibat kejadian itu.
Menurutnya, semua peniaga berkenaan dipindahkan ke khemah lain berhampiran kawasan berkenaan bagi membolehkan aktiviti perniagaan diteruskan.
“Saya bersyukur kerana tiada mangsa cedera parah atau kehilangan nyawa. Sebanyak 150 tapak disediakan kepada peniaga sepanjang Ramadan tahun ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment