Friday, August 26, 2011

Doa sebagai one of the hierarchy of control semasa berperjalanan di aidilfitri


Doa sebagai one of the hierarchy of control semasa berperjalanan di aidilfitri

Kepada semua yang ingin pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri,

Diharap Tuan-tuan & Puan-puan dapat memberi penuh perhatian dan lebih berhati-hati ketika memandu. Walau apapun sikap pemandu dan penunggang jalan raya yang memandu /menunggang dengan laju dan mementingkan diri sendiri masih menjadi punca utama kemalangan di musim perayaan ini.

Bagi yang beragama Islam,sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung adalah disarankan agar menunaikan solat Hajat dan solat musafir dua rakaat sebelum memulakan perjalanan serta memohon doa seperti doa berikut :

"Ya Allah Ya Tuhanku,sebentar lagi aku dan keluarga ku akan pulang ke kampung untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Engkau selamatkanlah diriku dan keluargaku dari sebarang kemalangan samada aku melanggar orang, dilanggar orang ataupun terbabas dengan sendiri. Engkau selamatkanlah kami disepanjang perjalanan sehingga kami pulang semula ke tempat kerja kami dengan selamat....Aminnn, Ya Rabbal Alaminn"

Setelah itu,apabila masuk di dalam kereta hendaklah membaca doa naik kenderaan seperti yang terdapat di dalam Al-Quran iaitu surah Az Zukhruf Ayat 13-14 yang bermaksud :

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

Selamat Pulang dan selamat kembali diucapkan kepada semua. Mohon maaf seandainya terdapat salah dan silap. Meminta maaf itu manusia dan memberi kemaafan itu kemanusiaan. Semoga dengan kemaafan itu, akan melenturkan rasa kesalan yang ada. Wassalam.

Salam Eidulfitri,

(Diterima melalui email)

No comments: