Syabas Perodua Kamunting!
Setiap kali apabila dijemput memberi ceramah berkaitan OSH dan juga kepenggunaan (kualiti, motivasi dan sebagainya), Pusat Servis Perodua Kamunting ini mesti menjadi sebutan saya. Tidak keterlaluan saya katakan Pusat Servis Perodua Kamunting ini sudah menghampiri kecermerlangan Pusat Servis Toyota yang terkenal dengan mesra pelanggannya.
Posting-posting lama berkenaan Pusat Servis Perodua Kamunting ini boleh di rujuk di sini.
Kunjungan saya ke Pusat Servis Perodua Kamunting pagi Jumaat lepas menyaksikan satu lagi penambahbaikan mesra pelanggan mereka. Pelanggan yang datang menghantar kenderaan mereka untuk diservis di sebelah pagi berpeluang menikmati sarapan pagi percuma. Walaupun sekadar Nasi Lemak Bungkus dan minuman pilihan sama ada Teh atau Kopi, ianya benar-benar telah meng-delight-kan pelanggan Perodua yang hadir.
Manakala kunjungan saya di sebelah petang untuk mengambil Myvi saya mendapati pelanggan yang berkunjungan di sebelah petang berpeluang menjamah kuih pilihan sama ada Karipap atau Cucur Badak dengan minuman pilihan sama ada Teh atau Kopi panas.
Syabas Pusat Servis Perodua Kamunting! Saya tidak pasti Pusat Servis Perodua di tempat lain. Apa yang pasti nama Pusat Servis Perodua Kamunting ini akan saya sebut semasa Seminar OSH di Sunway Convention Hall Prai pada 8 & 9 Jun 2010 ini.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment