Monday, May 17, 2010

Ergonomik: Guna peralatan yang sesuai



Ergonomik: Guna peralatan yang sesuai

Di mana-mana tempat saya kerja sebelum ini dan juga semasa ini, saya dikenali sebagai seorang yang suka menganjurkan dan mengelolakan acara (event management). Peranan saya dalam penganjuran acara ini walaupun kini lebih dengan pelajar-pelajar, bukan sahaja merancang dan mengarah tetapi turut terlibat dalam persiapan acara/majlis.

Biasanya untuk acara/majlis yang lebih menjurus kepada bukan berasas keuntungan, kerja-kerja persiapan ini dilakukan secara sukarela. Biasanya juga persiapan sebegini tidak begitu ramai yang tampil secara sukarela untuk membantu.

Biasanya juga sukarelawan yang ada sedaya-upaya menyiapkan acara/majlis menggunakan sumber atau bantuan yang amat terhad. Ini akan mengakibatkan ada di antara mereka yang sanggup melakukan pengendalian barangan secara manual yang berlebihan (manual material handling). Ada yang sanggup mengangkat kerusi sebanyak hampir 10 buah seorang diri ataupun mengangkat meja secara berseorangan sahaja.

Sebenarnya terdapat banyak peralatan ringkas untuk kerja-kerja pengendalian barangan secara manual ini. Sebagai contoh seperti gambar di atas. Troli pengangkat kerusi ini adalah amat pratikal untuk dikendalikan dengan seorang sahaja.

Tidak kira sama ada kerja-kerja persiapan acara/majlis ini disokong oleh ramai orang atau hanya seorang dua sahaja, pastikan adanya peralatan ringkas untuk kerja-kerja pengendalian barangan secara manual ini.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com.

No comments: