Salah seorang pelajar saya, Msc. OSH Cohort 1 (tahun 2006/2007) yang juga seorang seorang Doktor Perubatan di Pusat Sains USM membuat kajian dan penyelidikan untuk disertasinya berkaitan dengan “needlestic crisis”.
Saya juga berminat untuk mendalami lebih lanjut krisis sebegini setelah mengetahui beberapa faktor berikut;
* Dilaporkan di Amerika Syarikat, dianggarkan setiap tahun 800,000 orang pekerja penjagaan kesihatan (health care) telah mengalami kemalangan tidak disengajakan yang membabitkan kecederaan penggunaan jarum pencucuk.
* Kecederaan diakibatkan jarum pencucuk ini memungkinkan mangsa terdedah kepada jangkitan HIV/AIDS, hepatitis B, hepatitis C dan pelbagai penyakit “bloodborne” yang lain.
* Terdapat lebih dari 20 jenis “bloodborne pathogens” yang boleh disebarkan melalui kecederaan diakibatkan jarum pencucuk.
Selain dari kecederaan akibat tidak kesengajaan, terdapat juga perilaku-perilaku jenayah awam seperti meletakkan jarum pencucuk ini di bangku penonton dalam panggung wayang, bangku penumpang dalam kenderaan awam, ruang baki syiling dalam kotak telefon awam berbayar, mesin pengagih minuman dan sebagainya.
Manakala seorang pegawai polis di Kuala Lumpur memberitahui saya, mereka yang menjalankan operasi pembasmian penagih-penagih dadah berisiko disuntik jarum pencucuk kerana penagih-penagih ini menggunakannya sebagai senjata.
Dalam pembacaan saya melalui internet, terdapat pelbagai jenis jarum pencucuk yang direka secara kejuruteraan untuk memastikan jarum-jarum pencucuk ini tidak boleh membahayakan kepada pengguna dan orang awam yang lain.
Langkah pengawalan kejuruteraan ini lebih baik jika dibandingkan kawalan pentadbiran secara prosedur, nasihat atau sebagainya. Pengamal-pengamal OSH sudah tentu lebih maklum langkah-langkah hirarki pengawalan risiko ini yang merupakan satu elemen dalam HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment dan Risk Control).
Seorang lagi pelajar saya dalam Cohort 4 (2008/2009) yang kebetulan bekerja di sebuah industrial peralatan perubatan ini di Pulau Pinang telah memberitahu saya satu berita yang penting. Syarikat berpengkalankan di Jerman itu telah mula mengeluarkan satu jenis model jarum pencucuk yang dilengkapi dengan satu “device” yang boleh mengunci hujung jarum pencucuk selepas ianya digunakan.
Saya tidak pasti sama ada “device” itu direka di Malaysia atau di Negara lain tetapi turut merasa bangga apabila melihatkan perkataan ‘Made in Malaysia’ pada pembalut jarum pencucuk ini.
Saya juga difahamkan beberapa buah hospital kerajaan di Malaysia telah mula menggunakan jarum pencucuk ini termasuk banyak hospital persendirian. Malangnya harganya jauh lebih mahal dari jarum pencucuk biasa. Mungkin jika kesemua pusat perubatan dan kesihatan ini diwajibkan menggunakan jarum pencucuk ini harganya boleh diturunkan dan membolehkan ramai pengguna mampu membelinya.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Klik pada gambar untuk saiz lebih besar
No comments:
Post a Comment