Wednesday, May 21, 2008

Guru OSH dan Environment saya yang pertama


Guru OSH, dan Environment saya yang pertama

Cikgu Moi Poi Yeen adalah Cikgu Kimia dan Cikgu Biologi saya semasa Tingkatan 4 Sains (1983) dan Tingkatan 5 (1984) di Sekolah Izzuddin Shah.

Cikgu Moi adalah orang pertama yang mengajar mengenai keselamatan makmal, keselamatan bahan kimia dan sebagainya.

Cikgu Moi adalah orang pertama yang mengenalkan saya kepada virus, bakteria, fungi dan sebagainya.

Cikgu Moi adalah orang pertama yang mengajar saya tentang persekitaran dengan siri-siri lawatan ke Hutan Bakau di Sitiawan, Matang dan sebagainya.

Cikgu Moi adalah orang pertama yang mengajar saya tentang kepentingan ekologi yang perlu dipelihara, dengan melantik saya sebagai penjaga akuarium di dalam kelas.

Cikgu Moi juga mengajar saya tentang kepimpinan dengan melantik saya sebagai ketua kelas sepanjang tahun 1983 dan 1984.

Cikgu Moi, Selamat Hari Guru dan terima kasih di atas ajaran dan didikan Cikgu kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas lain sepanjang 1983 dan 1984

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Klik di sini untuk posting berkaitan dalam
klik di sini untuk posting berkaitan dalam

No comments: