Manafaatkan Blog
Saya pernah menulis mengenai Manafaatkan Blog dalam blog lama saya. Saya juga pernah menulis mengenai kepentingan hebahan OSH.
Saya sering mengingatkan kepada semua pelajar-pelajar saya dan juga pengamal-pengamal OSH yang saya temui agar memahirkan diri dengan penggunaan teknologi berkomputer. Sekurang-kurangnya tahu membuat poster atau bahan edaran.
Selari dengan perkembangan teknologi dan juga bersandarkan kesedaran terhadap persekitaran (makin berkurangnya sumber alam), pengamal-pengamal OSH perlu memahirkan diri dengan hebahan maklumat dan hal semasa melalui ”mailing list group” dan juga penggunaan blog. Penggunaan blog boleh mengurangkan bahan bercetak (paper less).
Sehubungan dengan itu dengan rendah diri saya ingin berkongsi setitik-dua ilmu bagaimana untuk menghasilkan blog, susunatur layout, template, tips and trick, tambahan gadget dan sebagainya melalui blog terbaru saya iaitu; http://manafaatblog.blogspot.com/. Blog ini juga saya dedikasi kepada pelajar-pelajar saya, kenalan-kenalan saya, rakan-rakan sekerja saya yang tidak putus-putus melawat, memberi pandangan, teguran dan kritikan pada blog-blog saya serta meminta saya berkongsi setitik-dua ilmu membuat blog ini.
Semoga dengan kehadiran blog ini dan bantuan senior-senior blogger di luar sana dapatlah kita sama-sama menghasilkan blog-blog OSH (atau berkenaan hal-hal lain) dana mendapat manafaat darinya.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Artikel asal sebelum ini dalam http://thejourney.weblog.uum.edu.my/
Di mana anda paparkan hebahan OSH?
Kemahiran menghasilkan poster atau hebahan OSH sahaja tidak mencukupi jika tempat hebahannya tidak sesuai atau strategik. Tidak guna menghasilkan poster atau hebahan OSH yang menarik tetapi tiada sesiapapun yang dapat melihatnya.
Kebanyakan industri di masa kini menyediakan kemudian email kepada semua pekerjanya. Kalau tidak semua, kebiasannya pekerja dari kalangan penyelia ke atas memiliki kemudahan ini. Saya pernah bekerja di industri yang “mewajibkan” semua pekerja yang ada kemudahan email (atau “work station”) membaca email sebelum memulakan dan sebelum berakhir waktu kerja setiap hari. Kegagalan membaca email di syarikat ini tanpa sebab munasabah adalah satu kesalahan “misconduct” dan boleh dikenakan tindakan tata-tertib setelah dimajukan surat tunjuk-sebab. (baca siratan saya khusus mengenai tajuk ini pada bulan Jun 2007).
Walaupun begitu terdapat kelemahan-kelemahan sistem email terutama kepada mereka yang tidak mengindahkan “lambakan email” akibatnya email tidak dapat diterima atau dihantar. Begitu juga kepada pekerja bawahan (terutama operator pengeluaran), mereka tidak mendapat kemudahan email ini dan masih bergantung kepada hebahan-hebahan melalui papan-papan kenyataan dan sebagainya.
Di manapun saya bekerja, sebagai pengamal OSH saya pastikan jabatan saya (jabatan OSH) mempunyai beberapa buah papan kenyataan dan kedudukannya mesti bersesuaian dan strategik. Akibatnya saya sering berbalah terutama dengan Jabatan Sumber Manusia akibat “berebut” lokasi dan kedudukan papan-papan kenyataan ini. Biasanya kemenangan kepada pihak saya!
Antara lokasi dan kedudukan papan-papan kenyataan piihan saya ialah;
Laluan Utama di mana semua pekerja akan melaluinya,
Paling hampir ke mesin perakam waktu,
Laluan ke kantin
Di bilik rehat
Di surau
Di bilik merokok
Saya juga pernah memilih bilik air sebagai lokasi utama papan kenyataan. Ianya memang berkesan untuk hebahan tetapi kalau ada potrait muka seseorang cepat sahaja berubah. Dari tiada bermisai akan “tumbuh” misainya ataupun sekurang-kurangnya sebelah mata akan memakai “topeng mata lanun”!

No comments:
Post a Comment