Tuesday, January 31, 2017
Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?
Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?
Dalam kursus “accident prevention”, pelajar-pelajar dan
peserta-peserta kursus yang saya kendalikan ada yang tidak bersetuju dengan
saya apabila saya menyarankan (selepas merujuk root cause accident analysis)
agar tidak pulang atau elakkan bercuti raya di kampung.
Statistik (trend) menunjukan kadar kemalangan jalan raya
berlaku sehari sebelum dan sehari selepas cuti hari perayaan. Analisa Ops Sikap
dan Ops Selamat setiap tahun menunjukkan kadar tertinggi kemalangan jalan raya
berlaku pada Hari Raya Aidilfitri diikuti Hari Raya China. Kadar kemalangan ini
tidak ketara sangat semasa Hari Raya Deepavali, Krismas dan Hari Raya Haji.
Mengapa perlu pulang atau berperjalanan semasa cuti raya?
Alasan utama untuk berjumpa kedua-dua ibubapa di kampung.
Tidak bolehkah kita berjumpa di hari lain selain dari Hari Raya? Dengan
kemudahan pasarana lebuhraya yang ada sekarang ini sebenarnya kita boleh pulang
menjenguk kedua-dua ibubapa kita di kampung setiap minggu tanpa perlu menunggu
hari raya.
Semasa saya kecil, bapa saya seolah-olah tidak bersungguh
untuk pulang berhari raya di kampung. Semasa itu saya menyangka mungkin kami
tiada memiliki kenderaan untuk pulang ke kampung. Bukan sahaja kereta malah
motosikalpun bapa tidak mampu memilikinya. Berbeza pula semasa cuti sekolah di
bulan Disember, kami mesti pulang ke kampung dengan menaiki keretapi menggunakan
waran kerana bapa seorang askar.
Kini baru saya sedar bapa tidak mahu mengambil risiko
bersusah-payah (membahayakan kami sekeluarga?) dengan pulang ke kampung berhari
raya.
Saya pernah terbaca (lupa sumbernya), antara tiga tempat
yang mesti dan kerap dilawat ialah (i) hospital, (ii) kubur, dan (iii) penjara.
Banyak manfaatnya jika kita pernah mengunjungi ketiga-tiga tempat ini
termasuklah penjara!. Mengapa penjara? Ini saya akan terangkan dalam catatan
yang lain.
Saya ingin tambah satu lagi iaitu keraplah melawat
ibubapa dan mertua tanpa menunggu cuti hari raya. Jika kedua-dua ibubapa dan
mertua sudah meninggal dunia, ambil peluang sekali-sekala melawat Rumah atau
Pusat Jagaan Orang Tua.
Kami Komuniti Amal Taiping (KaT) bermatlamatkan
menceriakan hati nurani penghuni-penghuni Pusat Jagaan Warga Emas ini dan
memberi motivasi amal kepada anak-anak yatim dan anak tahfiz, akan mengadakan
lagi Program Ziarah Amal, Jamu Selera & Ramah Mesra Ke Pusat Jagaan Warga
Emas Al-ikhlas Rozy (P) dan Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L) di Ekspo
pada bulan Februari 2017 ini. Tarikh sebenar akan diumumkan kemudian.
Setiap tahun KaT mengadakan
Program Ziarah Amal, Jamu Selera Sambil Beramah-mesra dengan penghuni Pusat
Jagaan Warga Emas
Al-ikhlas Rozy (P) Ekspo dan penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Aminur Ain (L)
Ekspo. Setakat ini KaT telah mengadakannya bersama penghuni Rumah Anak Yatim Nur
Iman Kpg Pinang, penghuni Rumah Anak Yatim Kediaman Cahaya Ain Bagan Serai,
penghuni Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Amal Nur Qaseh Batu 4, pelajar Lake
View College Bukit Merah dan beberapa badan amal/pelajar sekolah lain.
Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.
Saturday, January 28, 2017
Friday, January 27, 2017
Friday, January 13, 2017
Masing-masing ada kelebihannya
Masing-masing ada kelebihannya
Saya masih berterusan menerima whatsaapp, messages, email
malah panggilan telefon bertanyakan berkaitan OSH ataupun SHO. In sya Allah,
saya cuba menjawabnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Ada juga
persoalan yang tidak mampu saya jawab dan saya minta agar mereka menghubungi
pihak lain yang mungkin boleh membantu.
Bagaimanapun ingin saya sarankan agar merujuk dahulu
persoalan-persoalan yang telah saya jawab melalui FB dan Blog saya. Mungkin FB
sukar untuk dirujuk posting lama tapi Blog OSH The Journey saya mudah dengan
menggunakan “search command”.
Pada masa yang sama, saya juga kerap ditanya mengenai
kelebihan dan kekurangan training provider dan ipt (ipta/ipts) yang menjalankan
program SHO/OSH ini. Pada saya masing-masing ada kelebihannya.
Sebagai contoh, UKM, UUM dan OUM adalah tiga ipt yang
saya sertai. UKM sebagai pelajar Master Industrial Safety Management, UUM
sebagai sebagai salah seorang pengasas, pengajar dan jawatan terakhir ketua program
Msc OSH Management. Manakala OUM sekarang ini sebagai pengajar sambilan Master
OSHRM.
UKM kelebihannya ada pengkhususan psikologi, UUM ada
pengkhususan Human Resources dan OUM pula dengan pengkhususan Risk Management.
Ketiga-tiga pengkhususan ini adalah penting dalam menangani perkaitan OSH.
Kekurangan? Ini agak subjective untuk dijelaskan.
Bagaimanapun terdapat perbezaan pengiktirafan (KPT/MQA) pada program yang
menggunakan title professional ataupun executive. Untuk program yang mendapat pengiktirafan JKKP
(DOSH), boleh merujuk laman web DOSH.
Walaupun saya bersedia dan mengalu-alukan sebarang
pertanyaan, saya lebih suka (preferable) dihubungi melalui whatsapp ataupun
email.
Isnin lepas saya “terganggu” sedikit apabila dihubungi melalui pangglan telefon pada
pukul 11.00 malam. Ketika itu saya sudahpun tidur kerana keletihan baru turun
dari kapal terbang dan keesokan harinya ada ada kursus yang perlu saya
kendalikan dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pemanggil memang bersopan dengan memperkenalkan dirinya
lengkap dengan kelulusan ijazah dan pengalamannya sebagai SHO di organisasi
yang hebat. Tetapi beliau tidak bertanyakan apa yang sedang saya buat ketika
itu dan langsung tidak terfikir untuk memohon maaf jika mengganggu.
Saya juga biasa dikejutkan oleh panggilan telefon yang
memohon nasihat apa yang hendak dilakukan kerana adanya kemalangan maut yang
sedang berlaku. Saya akan membuat posting mengenai topic ini kelak.
Tetapi pemangil bersopan ini hanya ingin tahu di manakah
beliau sebagai pemegang ijazah dan berpengalaman, berpeluang untuk menjadi
pengajar sambilan serta apakah kelebihan dan kekurangan ipt-ipt yang yang ada
menganjurkan kursus OSH ini?
Mohon saya agar di masa akan datang pilihlah waktu yang sesuai
untuk berhubung.
Friday, January 6, 2017
Kalendar Kuda 2017
Kalendar Kuda 2017
Ruang kerja saya malah dalam beg komputer saya mesti ada Kalendar Kuda! ianya mudah dirujuk. Ini satu Kalendar Kuda 2017 yang saya terima melalui grup whatsapp. Terima kasih kepada perekanya.
Boleh muat-turun di sini.
Monday, January 2, 2017
A Biker's Guide to the Hazards of the Road
A Biker's Guide to the Hazards of the Road
Sebenarnya saya "mempelajari" keselamatan (safety) bermula dengan motosikal. Era 80an semasa bekerja di Majalah Roda-Roda, saya belajar banyak ilmu keselamatan bermotosikal dari Ketua Pengarang, Yussuf Bakar (arwah) dan rakan/kenalan sekerja yang lain. Penghujung 80an baru saya bermula mempelajari keselamatan di industri (osh).
Malah saya memulakan karier saya dalam sukan permotoran juga sebagai Safety Marshal yang kemudiannya berkembang sebagai Race Official yang lain seperti Lap Scorer, Sweeper, Chief Scrutineering, Secretary of the Meet dan jawatan terakhir ialah sebagai Track Designer memerangkap Safety Advisor. Dari peringkat tempatan hinggalah ke luar negara / antarabangsa.
Ini adalah e-book yang berkaitan dengan keselamatan bermotosikal di atas jalan raya. Boleh klik di sini untuk muat-turun.
Construction Quality Management
Construction Quality Management
Buku (e-book) yang mesti dimiliki oleh semua OSH Personnel dan SHO. Klik di sini untuk muat-turun.
Sunday, January 1, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)