Masing-masing ada kelebihannya
Saya masih berterusan menerima whatsaapp, messages, email
malah panggilan telefon bertanyakan berkaitan OSH ataupun SHO. In sya Allah,
saya cuba menjawabnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya. Ada juga
persoalan yang tidak mampu saya jawab dan saya minta agar mereka menghubungi
pihak lain yang mungkin boleh membantu.
Bagaimanapun ingin saya sarankan agar merujuk dahulu
persoalan-persoalan yang telah saya jawab melalui FB dan Blog saya. Mungkin FB
sukar untuk dirujuk posting lama tapi Blog OSH The Journey saya mudah dengan
menggunakan “search command”.
Pada masa yang sama, saya juga kerap ditanya mengenai
kelebihan dan kekurangan training provider dan ipt (ipta/ipts) yang menjalankan
program SHO/OSH ini. Pada saya masing-masing ada kelebihannya.
Sebagai contoh, UKM, UUM dan OUM adalah tiga ipt yang
saya sertai. UKM sebagai pelajar Master Industrial Safety Management, UUM
sebagai sebagai salah seorang pengasas, pengajar dan jawatan terakhir ketua program
Msc OSH Management. Manakala OUM sekarang ini sebagai pengajar sambilan Master
OSHRM.
UKM kelebihannya ada pengkhususan psikologi, UUM ada
pengkhususan Human Resources dan OUM pula dengan pengkhususan Risk Management.
Ketiga-tiga pengkhususan ini adalah penting dalam menangani perkaitan OSH.
Kekurangan? Ini agak subjective untuk dijelaskan.
Bagaimanapun terdapat perbezaan pengiktirafan (KPT/MQA) pada program yang
menggunakan title professional ataupun executive. Untuk program yang mendapat pengiktirafan JKKP
(DOSH), boleh merujuk laman web DOSH.
Walaupun saya bersedia dan mengalu-alukan sebarang
pertanyaan, saya lebih suka (preferable) dihubungi melalui whatsapp ataupun
email.
Isnin lepas saya “terganggu” sedikit apabila dihubungi melalui pangglan telefon pada
pukul 11.00 malam. Ketika itu saya sudahpun tidur kerana keletihan baru turun
dari kapal terbang dan keesokan harinya ada ada kursus yang perlu saya
kendalikan dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Pemanggil memang bersopan dengan memperkenalkan dirinya
lengkap dengan kelulusan ijazah dan pengalamannya sebagai SHO di organisasi
yang hebat. Tetapi beliau tidak bertanyakan apa yang sedang saya buat ketika
itu dan langsung tidak terfikir untuk memohon maaf jika mengganggu.
Saya juga biasa dikejutkan oleh panggilan telefon yang
memohon nasihat apa yang hendak dilakukan kerana adanya kemalangan maut yang
sedang berlaku. Saya akan membuat posting mengenai topic ini kelak.
Tetapi pemangil bersopan ini hanya ingin tahu di manakah
beliau sebagai pemegang ijazah dan berpengalaman, berpeluang untuk menjadi
pengajar sambilan serta apakah kelebihan dan kekurangan ipt-ipt yang yang ada
menganjurkan kursus OSH ini?
Mohon saya agar di masa akan datang pilihlah waktu yang sesuai
untuk berhubung.