Sunday, February 28, 2016

Emak tak tahu pasai Pisang Berangan


Emak tak tahu pasai Pisang Berangan

Semenjak kecil emak mengalakkan kami adik beradik makan Pisang Berangan (Cavendish Banana). Khabarnya itu amalan tok-nenek kami walaupun Pisang Mas lebih sedap (manis), banyak dan mudah didapati di sekeliling rumah.

Semalam emak bagi lagi Pisang Berangan. Kata emak, Pisang Berangan berbintik hitam dengan kulit agak kasar ini adalah pisang kampung. Pisang Berangan yang kulit licin kekuningan itu pisang bandar.

Kata emak lagi, Pisang Berangan Kampung masak di pokok. Bukan macam Pisang Berangan Bandar yang diperam dengan Belerang atau Karbaid (Calcium carbide). Emak kata bukan tak boleh peram tapi tok-nenek dulu peram guna Daun Tepus dan Daun Lalang.

Kata emak lagi, Pisang Berangan Kampung ada terasa kelat sikit. Kelat ini ubat kata emak. Tak macam manis Pisang Mas yang boleh menyebabkan Kencing Manis.

Sebenarnya emak tak tahu pasai Pisang Berangan ini.

Emak tak tahu Pisang Berangan adalah pisang terbaik di dunia. Mana ada orang buat Ais Krim Banana Split guna Pisang Emas.

Emak tak tahu sebenarnya dahulu (sebelum tahun 1950), pisang terbaik dunia ialah Pisang Gros Michel atau Big Mike tetapi musnah sepenuhnya kerana Disease Panama. Kemudian Pisang Berangan naik tahta jadi pisang terbaik dunia.

Emak tak tahu sekarang Pisang Berangan menguasai pasaran pisang sedunia lebih 50 %.

Emak tak tahu Karbaid (Calcium carbide) ini adalah sulfur yang digunakan untuk menghasilkan Gas Acetylene, iaitu gas welding. Tapi emak tahu sifatnya yang panas dan menghakis (corrosive?).

Emak tak tahu Pisang Emas Bandar ini tidak lagi diperam dengan Karbaid tetapi proses melanjut hayatnya bermula sebaik sahaja dipetik muda. Pisang Berangan tidak akan masak jika dipetik muda. Pisang Berangan muda ini kemudiannya “digaskan” dengan Gas Ethyelene untuk masak.

Emak tak tahu kalau nak beli Pisang Berangan Bandar ini jangan beli yang berlabel PLU 4011 atau PLU 4186 tapi belilah PLU 9401. PLU ini adalah Price look-up codes atau Produce Label Code.

PLU 9401 adalah Pisang Berangan Organik. Organik inipun ada macam-macam mazhab. Hendak tahu pasai organic boleh lawat FB Mat Saman Kati. Sekarang dia tengah bagi tazkirah pasal organic ini.

Sebenarnya emak tak tahu pasai Pisang Berangan ini tapi emak pastikan anak-anak emak makan makanan yang baik dan sihat.

Terima kasih emak.

Ada mana-mana OSH Practitioner (CHRA Assessor?) yang boleh ulas mengenai chemical berikut- Calcium carbide, Gas Acetylene dan Gas Ethyelene?

Thursday, February 18, 2016

Patuhi panduan penggunaan eskalator






Patuhi panduan penggunaan eskalator
KOSMO ISU 18 FEBRUARI 2016 TAUFIK SALIMIN

SEJAK kebelakangan ini, kemalangan membabitkan kanak-kanak di eskalator atau tangga bergerak semakin kerap berlaku sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan masyarakat.

Tidak dinafikan, kanak-kanak aktif gemar mencuba sesuatu yang baharu, namun pengawalan dan pemantauan yang tidak efisien menyumbang kepada peningkatan insiden berkenaan.

Ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam mengawal anak masing-masing dan perlu sentiasa berhati-hati.

Perunding Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Lukman Wan Mat Daud berkata, biarpun sikap kanak-kanak dilihat menjadi punca utama, kegagalan ibu bapa dalam mengawal, gagal mematuhi peraturan dan beberapa faktor lain turut menyebabkan perkara itu terjadi.

“Kebanyakan kes sebenarnya berpunca daripada pemakaian kasut, selipar dan sandal selain peralatan perlindungan kaki yang terjurai keluar.

“Terjurai atau menggeleber ini tidak semestinya besar dan longgar. Aksesori pada pelindung kaki seperti tali, pengetat juga boleh dianggap terjurai jika tidak dirapikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, individu yang dilihat memakai selipar atau sandal yang tidak kemas seharusnya dilarang menggunakan eskalator bagi mencegah kemalangan.

Garis panduan

Tambahnya, garis panduan meminta pengguna berdiri di sebelah kiri tangga bagi memberi laluan kepada mereka yang ingin berjalan juga dilihat tidak sesuai.

“Penggunaan asal eskalator adalah bersifat statik dan memang benar banyak premis yang seolah-olah membenarkan pengguna berjalan di atas eskalator.

“Pengguna seharusnya berdiri statik dan kedua-dua belah kaki berada dalam garisan kuning yang ditetapkan. Pada masa sama, mereka perlu berhati-hati ketika hendak tiba di penghujung laluan,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai penyelenggaraan eskalator, beliau memberitahu, setelah diuji, diperiksa dan lulus (selepas pemasangan), Pegawai Pemeriksa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan mengeluarkan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (dikenali sebagai Sijil PMA) kepada eskalator ini.

Sijil itu mempunyai tempoh laku selama 12 bulan dan diberi sehingga tempoh tiga bulan dari tamat tempoh untuk diperbaharui.

“Kontraktor penyelenggaraan yang dilantik oleh majikan atau pemilik premis juga mesti berdaftar dengan JKKP. Kontraktor ini dipertanggungjawabkan untuk menyenggara eskalator ini secara berkala.

Antara aspek penambahbaikan yang perlu diberi perhatian kontraktor adalah ruang kelegaan antara anak tangga dan penghujung laluan kerana apabila eskalator kerap digunakan, ruang kelegaan antara anak tangga akan menjadi luas yang boleh menyebabkan ruangan mudah terkepit,” jelasnya.

Perlu diingatkan bahawa, kebiasaannya peralatan kaki atau pakaian yang terjurai boleh tersangkut atau terkepit di ruang ini.

Hak pengguna

Sebagai langkah keselamatan, majikan atau pemilik premis mesti mempamerkan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (dikenali sebagai Sijil PMA) di eskalator berkenaan.

Pengguna perlu tahu hak mereka untuk menggunakan eskalator yang mempunyai Sijil PMA tersebut.

Sebenarnya, syarat mempamerkan itu ada dinyatakan dalam perundangan dan pengguna harus mengelak daripada menggunakan eskalator yang tiada Sijil PMA ataupun sijil yang sudah tamat tempohnya.

“Bagaimanapun, terdapat juga premis beli-belah seperti di pasar raya Sogo yang meletakkan seorang petugas bagi mengawal penggunaan eskalator.

“Pada masa sama, petugas juga perlu dilatih untuk bertindak segera dengan menekan butang penghenti kecemasan jika berlaku sebarang insiden,” jelasnya.


Hakcipta terpelihara 

Sunday, February 14, 2016

Ingin berkongsi pentas dengan DUKE – keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik air



Ingin berkongsi pentas dengan DUKE – keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik air

Dato Ustaz Kazim Elias pernah dalam satu kuliahnya mengaitkan antara mungkin punca kemalangan kenderaan yang banyak di Malaysia berpunca dari tiada lorong khusus setiap kenderaan yang berbeza dan juga mungkin kerana aliran laluan di Malaysia adalah mengikut putaran jam. Cuma DUKE tidak mengaitkan aliran jam ini dengan sains sukan dan juga system saluran darah dan oksigen di dalam tubuh badan.

Malam tadi, DUKE dalam siri popularnya di TV iaitu Kalau Dah Jodoh, mengingatkan para isteri (dan suami?) memastikan kebersihan bilik mandi demi keselamatan. Cuma DUKE tidak mengaitkannya dengan hygiene.

In sya Allah jika berkesempatan.

(Sebenarnya saya dengan DUKE adalah dari satu datuk)

Seperti yang selalu saya berkongsi dengan pelajar dan peserta kursus saya, topic keselamatan jalan raya dan keselamatan bilik mandi adalah antara topic yang begitu dekat saya. Dua tempat ini adalah paling berhazard dan berisiko.

Bilik Mandi, saya elakkan dari mengunakan Bilik Air kerana bila disebut “air” sudah tentu sifat semulajadi adalah basah. Lantai Bilik Mandi mesti kering kecuali di bahagian mandian. Selainnya di bahagian sinki, tandas dan sebagainya mestilah kering.

Disebabkan itu saya tidak bersetuju dengan perkara nombor 5 dan 9 dalam posting yang bertajuk Kreatif Dengan Sedekah di bawah. Perkara lain memang kreatif dalam sedekah, tetapi dua perkara ini boleh memudaratkan.

Sesiapa yang pernah transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi mesti akan berpengalaman sama dimarahi atau mendengar pekerja pencuci tandas lapangan terbang ini memarahi warga Malaysia yang membasahkan lantai tandas! Menariknya (menurut pekerja Bangla ini) hanya warga Malaysia sahaja yang suka membasahi lantai tandas.

Lantai yang basah memudaratkan dari segi licin dan juga dari segi hygiene kerana mudah kotor dan lembab. Boleh rujuk keterangan lanjut dalam blog saya.

Saranan saya cuba elakkan dari membasahi lantai tandas. Anda bukan sedekah (dengan kreatif) tetapi boleh memudaratkan pengguna tandas yang lain kalau tergelincir jatuh.

Perkara nombor 9 memang kreatif malah masjid dan surau di Aceh telah lama mengamalkan susunan selipar dan kasut penghujung.

Mohon saya jangan dicuba untuk menyusun selipar dan kasut orang lain ini di masjid dan di surau di Malaysia. Amalan baik anda itu akan menyusahkan pengguna lain untuk mencari dan mendapatkan selipar dan kasut mereka selepas selesai solat.

Sepatutnya pengunjung masjid dan surau ini menyusun sendiri selipar dan kasut mereka sebelum memasuki surau atau masjid.

Kreatif memang kreatif dalam bersedekah tetapi jangan sampai memudaratkan dan menyusahkan orang lain.

KREATIF DENGAN SEDEKAH:

1. Beli minyak wangi, tasbih, sejadah atau al-quran dan letakkan di masjid, surau atau musolla di pasaraya atau di R & R. Pasti akan ada orang yang akan menggunakannya.

2. Belilah beberapa buah kerusi lipat yang berkualiti, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat digunakan orang yang memerlukannya.

3. Beli makanan khas untuk burung-burung ada dijual di kedat pets. Letakkan pada bekas yang khas dan gantung di pokok bunga. Anda akan seronok melihat burung warna-warni berkicau riang tanda bersyukur.

4. Setiap kali gaji keluar sediakan peruntukan khas untuk disumbangkan sedikit kepada anak yatim atau fakir miskin. Atau simpan untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid pada hari Jumaat nanti.

5. Maaf... sambil anda duduk mencangkung di tandas awam seperti di stesyen minyak, apa salahnya anda ambil hos getah pancutkan air bersihkan lantai tandas tersebut.

6. Lepas makan, basuh pinggan sendiri. Kalau ada pinggan mangkuk yang kotor dan tidak dibasuh oleh roommate ke, housemate ke, rakan sekerja kita ke, basuhkan sajalah tanpa banyak merungut.

7. Berhenti di simpang yang tiada lampu isyarat, berilah orang lain jalan dahulu. Jika kita memandu di sebelah lorong kanan dan ada kenderaan dari arah belakang memberi isyarat untuk memotong kita, beri sajalah sebab mungkin dia dalam keadaan kecemasan atau tergesa-gesa sakit perut nak terbuang air besar @ nak terkucil ke...

8. Sambil duduk-duduk di atas karpet masjid atau surau ketika mendengar kuliah atau tazkirah, carilah sampah-sampah kecil seperti benang stokin orang, batu-batu kecil dan seumpamanya masukkan dalam poket anda sementara. Kemudian buang dalam tong sampah bila kita keluar masjid atau surau tersebut.

9. Susun selipar atau kasut orang yang pergi ke masjid atau surau siap sedia menghala ke arah jalan. Supaya memudahkan orang untuk memakainya tanpa perlu memusingkan badannya seperti selalu.

10. Sebarkan tazkirah ini seberapa banyak kedalam group dari pelbagai media sosial yang kita ada link padanya. Kerana usaha anda tersebut akan diteruskan pula oleh orang lain begitulah seterusnya sehingga setiap kali orang membacanya anda akan juga dapat saham akhiratnya.

SIMPULAN...

Oleh itu, perbanyakkanlah sedekah dan berilah pinjaman kepada yang berhajat kerana di dalamnya pasti terdapat pelbagai hikmahnya.

Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazakumullahu khairanjaza’.

Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.


Wassalam

Tuesday, February 9, 2016

Bukan salah Crocs, bukan salah sandal tapi salah loose footwear dan loose clothes. Sertai jauhi nip zone.




Bukan salah Crocs, bukan salah sandal tapi salah loose footwear dan loose clothes. Sertai jauhi nip zone.

Terlebih dahulu saya ini ingin menegur Radio Sinar. Dalam slot pesanan khidmat masyarakat mereka, pengguna escalator dinasihatkan tidak berada di tengah anak tangga escalator tetapi hendaklah berada di tepi anak tangga! Saya tidak pasti adakah tujuannya untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin berjalan di atas anak tangga yang bergerak ini?

Ini adalah nasihat yang salah! Mohon Radio Sinar hentikan nasihat khidmat masyarakat ini.

1. Escalator direka untuk pengguna statik. Tiada keseimbangan jika pengguna cuba berjalan di atasnya.

(Ada premis seperti stesen LRT mempunyai escalator dan juga tangga biasa. Mereka yang hendak segera atau exercise, bolehlah memilih menggunakan tangga biasa. Di immigration Tambak Johor umpamanya, ramai yang memilih tangga biasa kerana mengejar masa).

2. Pengguna MESTI berada di tengah anak tangga bukannya di tepi. Lebih tepat di dalam kawasan berpetak kuning.

3. Kawasan tepi adalah "nip zone" dan ada ruang (gap) yang boleh menyebabkan kasut/sandal (footgear and sandals) tersangkut.

4. Pengguna escalator hendaklah mengelakkan "loose footwear". Bukan sahaja longgar tapi mengelebeh dan ada terjurai keluar. Pengguna berselipar sepatutnya dicegah dari menaiki escalator. (Termasuk loose clothes)

5. Loose footgear ini bukan sahaja kepada sandal Crocs tetapi kepada semua jenama kasut dan sandals

6. Fyi, Crocs bukan sahaja mengeluatkan sandal tetapi juga semua jenis kasut. Malah Crocs ada mengeluarkan kasut khas untuk diabetic.

7. Fyi, footwear Crocs tiruan lagi banyak di pasaran malah model tiruan lagi banyak dari model asli.

8. Crocs tiruan size besar dan B-type sukar didapati.

9. Akhir sekali, ibubapa, penjaga dan orang dewasa hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak kecil mereka

*Saya tiada kepentingan dengan syarikat Crocs

Update9 Feb 2016 8.15pm

Saya banyak menerima comment berkaitan posting ini. Saya setuju kebanyakan penduduk negara maju tidak lagi hanya statik di atas escalator. Tetapi asasnya, escalator direka untuk penggunaan statik, boleh rujuk manufacturer manual. Amalan bergerak (berjalan) ini juga mula dicontohi rakyat Msia. Tetapi tengoklah kebiasaannya di mana? Di tempat orang "bergegas" atau mahu segera ke tempat kerja. Di shopping complex, tempat di mana kemalangan ini berlaku lebih atau kepada leisure zone (santai), sudah tentu tiada keperluan untuk bergegas atau segera ini.












Monday, February 8, 2016

Keselamatan Khemah Kenduri Kahwin



Keselamatan Khemah Kenduri Kahwin

Kenduri kedua yang saya hadiri tengahari tadi dilanda bencana angin kuat secara tiba-tiba. Khemah terangkat dan patah tiang. Hanya seorang penghujung tercedera calar tangannya akibat terjatuh ketika cuba lari dari tempat kejadian.

Keselamatan khemah adalah topik yang MESTI saya sentuh dalam kelas perbelajaran saya. Boleh rujuk banyak posting berkenaan dalam blog OSH The Journey Blogspot saya.

Khemah (moveable structure) ditakrif dalam OSHA 1994 Sect. 3, Interpretation, sebagai premis. Kenduri di tempat awam mungkin bukan dalam scope pekerjaan. Tetapi bagaimana pemilik khemah dan pemasang khemah? Mereka masih bertanggung-jawab memastikan orang lain selain bukan pekerja berada dalam keadaan selamat di premis kerja (OSHA 1994, Sect. 17).

Disaster tidak dapat dielakkan. Mrmang benar tetapi ianya boleh di-mitigasi-kan.

Gambar di bawah menunjukkan pemasangan khemah diambil mudah oleh pemasang khemah (pemilik/majikan?)

Boleh rujuk dalam blog saya. Sekadar berkongsi ilmu.

Adakah khemah kahwin dahulu (dkenali sebagai "balai" lebih selamat? Gambar dari internet



Sunday, February 7, 2016

Papantanda untuk haiwan?



Papantanda untuk haiwan?

Minggu-minggu pertama lagi, semasa saya mula bekerja di UUM (9 tahun lalu), saya akan memperlahankan kereta sejurus melepasi pintu utama masuk.

Di laluan ini, di sebelah kanan adalah kawasan hutan dan di sebelah kiri adalah kolam yang menjadi tumpuan haiwan hutan terutama monyet melintas untuk minum dan kembali semula ke hutan.

Di laluan ini kerap kali saya terserempak bangkai monyet yang mati dilanggar kenderaan.

Di laluan ini juga saya pernah menyaksikan satu kejadian di mana banyak monyet-monyet besar dan kecil, tua dan muda, yang berdiri di sebelah kanan laluan merenung sayu kepada bangkai seekor monyet yang terkedang mati di atas jalan,

Saya pernah menghubungi pejabat keselamatan UUM dan mencadangkan agar di laluan ini dipasangkan signboard berkenaan haiwan yang kerap melintas ini.

Terkejut saya apabila pegawai yang menjawab telefon secara sinis respons kepada saya - Cik,, monyet ni tak tahu baca signboard! Saya tak pasti sama ada respons itu sekadar jenaka ataupun serius!

Saya tanya dia balik - kalau begitu gajah di Grik dan Banding tahulah membaca macam di Kanggaro di Australia. Sia-sia saja monyet di UUM tidak tahu membaca!

Signboard yang diperlukan bukanlah untuk monyet atau haiwan-haiwan hutan lain yang telah diganggu alamnya oleh manusia. Signboard adalah untuk manusia yang memandu kenderaan melalui laluan semulajadi haiwan-haiwan ini.

Sudah tentu tidak practicable untuk membina jejantas khas untuk haiwan-haiwan ini. Memandailah sekadar signboard untuk manusia agar lebih menghormati haiwan-haiwan ini dan alam mereka.

Adakah UUM telah memasang signboard ini?

Thursday, February 4, 2016

Label pada pembalut bekas




Label pada pembalut bekas

Adakah selepas ini Tin Bekas Makanan juga perlu label amaran seperti Bag Plastik?