Step, hand railing & ramp
Dari dulu lagi, anak tangga, pemegang tangan dan gelunsur adalah perkara yang mesti saya sentuh dalam kelas pembelajaran saya.
Kebetulan kini lutut saya agak bermasalah menyebabkan saya lebih prihatin mengenai perkara ini.
Awal minggu ini saya ada tugasan di sebuah organisasi di Utara Semenanjung. Pertama kali saya jumpa lebar anak tangganya 15 inci!. Mengikut UBBL 1984, kelebaran ini minimum 10 inci tetapi ada juga yang menggunakan kelebaran 12 inci iaitu saiz satu petak tile marmar 12 x 12 inci.
Ketinggian anak tangga pula ada 7 inci (maksimum) tetapi ada di hahagian bangunan lebih dari 7 inci.
Untuk penambahbaikan room for improvement, mungkin organisasi ini boleh mencontohi bangunan organisasi di Kajang dan Sungai Petani dengan memasang pemegang dan gelunsur.