Tuesday, August 11, 2015

Wajib atau Mandatory?


Wajib atau Mandatory?


Di dalam kelas yang saya kendalikan terutama topik atau perkara membabitkan perundangan, saya sedaya upaya mengelakkan dari menggunakan perkataan WAJIB jika merujuk kepada pematuhan (compliance).

Pada saya, WAJIB melibatkan hukum akhirat iaitu ada pahala dan dosa.

Manakala pematuhan perundangan dan peraturan adalah hukuman dunia (ditentukan oleh pemerintah) iaitu ada penalti (penjara, atau denda atau kedua-duanya sekali).

Saya yakin pematuhan lebih sesuai menggunapakai perkataan MANDATORY (mandatori?) Atau jika ada perkataan lain dalam Bahasa Malaysia?

Jadi tidak timbullah unsur PAHALA atau DOSA jika mematuhi atau tidak mematuhi sesuatu perundangan atau peraturan duniawi itu. Kecuali ada kaitannya dengan nas Al Quran dan Hadis.

No comments: