Sunday, August 30, 2015
Friday, August 28, 2015
Wednesday, August 26, 2015
Bukan Krisis Matawang?
Bukan Krisis Matawang?
Saya bukanlah pakar dalam Krisis, cuma kebetulan ini adalah
subject kesukaan saya dan saya mengajar subject ini di beberapa IPT dan traning
provider semenjak pertengahan tahun 2000an lagi.
Semalam seorang lagi pelajar saya bertanyakan mengapa ramai “pakar
ekonomi” dalam kenyataan mereka di media electronic dan media bercetak minggu
ini menafikan bahawa suasana sekarang ini (di Malaysia) bukan (belum lagi?)
dianggap Krisis Matawang. Rasanya dalam minggu ini sudah 5 orang pelajar saya
bertanyakan soalan yang sama.
Jika merujuk Krisis Kewangan 1997 yang melarat hingga
1998/1999, ramai yang senada (ketika itu) menganggap ianya adalah Krisis Matawang.
Krisis Kewangan Asia adalah bermula
pada Julai 1997 di Thailand, dan
mempengaruhi mata wang, bursa saham dan
harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah
negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga
terkena tempiasnya. China, Taiwan dan
Singapura hampir
tidak terkesan. Jepun tidak
terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang.
Ini adalah soalan di mana sebagai
pengajar, saya tidak mampu menjawabnya.
Samalah ketika “Banjir Sungai” di
Kelantan pada bulan Disember 2014 yang melarat hingga Januari 2015. Ketika itu
saya dihujani pertanyaan; mengapa situasi kerika itu tidak diisytiharkan “darurat”?
Adakah PM tidak mahu
mengistyharkan “darurat” kerana tidak mahu Persekutuan menanggung segala
perbelanjaan seperti yang yang termaktub dalam Arahan 20 MKN?
Perlu juga diingatkan semasa
banjir inipun Kerajaan Persekutuan turut menyalurkan pelbagai bantuan logistic dan
kewangan.
Saya tiada jawapan untuk soalan
itu.
Pisang & Emergency Response Management
Pisang & Emergency Response Management
Dalam kelas ERM saya (di beberapa buah IPT dan juga training
provider), rujukan yang sentiasa digunakan ialah Surah Al Yussuf (Ayat 46, 47
& 48) di samping Art of War, General Sun Tzu (In Peace Prepare For War, In
War Prepare For Peace). Boleh rujuk di dalam blog OSH The Journey saya atau FB
saya. Inilah juga assignment favourite saya untuk pelajar.
(Manaka buku / module yang digunakan adalah seperti di dalam
gambar)
Selain dari itu, saya juga sering merujuk pantun lama Melayu
di bahagian pembayang sahaja (2 rangkap pertama sahaja) iaitu; “Pisang Emas
Dibawa Belayar, Masak Sebiji Di atas Peti”.
1. Mengapa Pisang (Pisang Emas) dibawa belayar? Tidak buah
(atau makanan) lain?
2. Mengapa masak sebiji? Tidak masak semua? Atau semua tidak
masak (masih hijau)?
3. Mengapa di atas peti? Tidak di dalam peti?
Monday, August 24, 2015
Basement Parking Sogo
Biasanya saya dan isteri hanya berjalan kaki kalau ke Sogo atau Kompleks Pertama di Jln Raja Laut kerana selalunya kami menetap di Hotel Kualiti. ini kali pertama kami parking kereta di basement parking Sogo.
Basement parking ini dilengkapi lampu bersensor di setiap lot parking. Pada lot yang masih kosong, lampu ini akan bernyala hijau dan bertukar merah jika lot telah diisi kereta. Pemandu akan nampak lampu ini dari jauh lagi.
Juga dilengkap dengan Emergency Panic Button berupa siren jka ditekan.
Sepatutnya dicontohi oleh premis yang lain.
Sunday, August 23, 2015
Guide On The Management Of CCTV Under Personal Data Protection Act (PDPA) 2010
Download here
DATA INTEGRITY PRINCIPLE
An individual's image from the CCTV intended to be used by
an organization for the purposes agreed to by the individual must be clear,
accurate and not misleading.
Saturday, August 22, 2015
Manfaatkan Pas Pelawat
Manfaatkan Pas Pelawat
Untuk penambahbaikan, saya cadangkan beberapa perkara yang
penting dimasukkan di dalam Pas Pelawat ini.
1. You are subject to the company rules and regulations
2. Nombor telefon
(sambungan) Bilik Pengawal untuk kemudahan pelawat menghubungi.
3. Disclaimer - You are entering these premises at your own
risk.
4. Disclaimer - Please keep your belongings at your own risk, the management are
not responsible/liable for any kind of losses.
Lesson learned - Hydrant Protection
Lesson learned - Hydrant Protection
Di kilang mengendalikan kursus Khamis & Jumaat lepas, saya dapati steering valve Fire Hydrant ada disediakakan Custom Made Wrench.
Ini mengingatkan kepada Custom Made Wrench yang saya buat semasa bekerja di kilang tayar Kamunting.
Untuk penambahbaikan lagi, hydrant hose (sama ada rubber atau canvas hos) disyorkan dibalut plastik sampah hitam yang mudah dikoyak jika hendak digunakan semasa kecemasan.
CCTV disclaimer
Bukan sewenang-wenang boleh ambik dan rakam gambar/suara. Ada peruntukan privacy.
Contoh disclaimer terbaik.
Wednesday, August 19, 2015
Understanding Hazard Classification - NFPA 704 standard
Understanding Hazard Classification at work place and transportation (Based on NFPA 704 standard)
Easy and fast reference thru HP application Android and OS
Monday, August 17, 2015
Bukan PPE tapi re-branding ke UNIFORM
Bukan PPE tapi re-branding ke UNIFORM
Sebagai pengamal OSH, saya yakin semua pengamal atau pelajar
OSH yang lain bersetuju PPE adalah “last resort” atau “last level of protection”.
Saya yakin semua yang terlibat dalam OSH ini bersetuju PPE adalah hiraki yang paling akhir dalam HIERARCHY OF CONTROL selepas lima lagi
hiraki iaitu; Elimination, Substitution, Isolation, Engineering Control dan Administrative
Control.
Kalau begitu
mengapa (terutama di industri consruction), dua jenis PPE iaitu Safety Helmet
dan Safety Boot ini diberi pada hari pertama bekerja, malah jam pertama semasa
pekerja melapor diri?
Tidakkah
bertentangan apa yang dipelajari selama ini? Adakah salah ilmu yang diajar atau
salah guru yang mengajar?
PENYELESAIAN
Tiada jalan lain, dua jenis PPE ini iaitu Safety Helmet dan Safety Boot mestilah tidak lagi
dikenali sebagai PPE. Ianya kena re-branding sebagai UNIFORM.
Uniform seperti
pakaian lain seperti baju, seluar, overall dan jacket. Malah di dalam
tenterapun, topi besi dan kasut askar dikenali sebagai uniform dan bukannya
PPE.
Uniform memang
menjadi lumrah diedarkan seawal mungkin. Tetapi bukan PPE. Kerana PPE adalah “last
resort” atau “last level of protection”.
Mungkin ada yang memandang remeh soal re-branding ini. Tetapi
inilah caranya supaya apa yang dipelajari boleh diamalkan. Bukannya hanya
dipelajari untuk lulus exam.
Akhir sekali uniform ini pula perlulah juga di-value-added-kan
dengan mengikut trend semasa. Dengan menggunakan material yang sesuai dan pewarna
(warna-warni) yang sesuai, sudah tentu tidak timbul soal kemungkinan ada hazard
lain.
Semoga dipermudahkan-Nya untuk kursus berkaitan esok di UTP
Tronoh. Pada masa yang sama, kepada saya - sirih pulang ke gagang.
Orang berbudi kita berbahasa
Orang berbudi kita berbahasa
Setinggi penghargaan saya kepada En. Jamil Hashim mantan manager kilang tayar yang saya bekerja sebelum ini. Beliaulah yang mengajar saya melalui teladan. Kalau menjelang aidilfitri kami (En Jamil sendiri, saya dan beberapa rakan sekerja lain) akan pikul kotak tarmar panjat tangga pejabat jabatan kerajaan yang berurusan dengan kami. Kalau CNY, kami pikul kotak limau. Kalau hujung tahun, kami pikul kotak kalendar, diari, log book, kalendar dinding, kalendar meja malah mini kalendar.
Kenapa kami pikul kotak? Kami bukan bawa khusus untuk ketua jabatan dan penolongnya sahaja Tetapi semua, in sya Allah merasanya sehinggalah budak pejabat dan janitor. Malah kami pastikan diserah terus kepada penerimanya.
Itulah amalan yang saya praktikkan sehingga hari ini walaupun hampir tiada kepentingan peribadi.
Kalau tahun-tahun sebelum ini dengan tarmar dan limau, tahun kemudiannya saya tukar kudapan lain. Biasanya kuih Sum-sum (gambar) menjadi pilihan saya.
Apa yang pasti bukan sahaja ketua jabatan di jabatan kerajaan ini dan dua-tiga institusi serta training provider ini kini sahaja yang menerimanya tetapi termasuklah semua staf dan kakitangan lain serta peserta-peserta kursus dan pelajar sekali.
Bagi saya ini hanyalah penghargaan kecil.
Subscribe to:
Posts (Atom)