Tangga rumah kampung patuh UBBL 1984
Bulan lepas saya singgah sebentar rumah nenek staf rakan
sekerja di Langgar. Tertarik saya dengan anak tangga dari rumah bawah ke rumah
atas. Apa yang pasti, ukuran (dimensi) tangga itu memamtuhi UBBL 1984. Lupa
pula nak tanya siapa tukang kayu yang buat tangga tersebut.
UBBL – Uniform Building By Law 1984, Undang-Undang Kecil
Bangunan Seragam 1984, Bhg. Vi - Kehendak-Kehendak Pembinaan (Undang-Undang
Kecil 81 - 132)
06. DIMENSI
TANGGA
1) Bagi
sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada
180 milimeter (7 in) dan jejaknya tidak kurang daripada 255
milimeter (10 in) dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya
tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.
(2) Lebar
sesuatu tangga hendaklah mengikut Undang-undang Kecil 168.
(3) Lanjar
pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu
107. SUSUR
TANGAN
1) Kecuali
bagi tangga yang mempunyai kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga hendaklah
disediakan dengan sekurang-kurangnya satu susur tangga.
Maklumat lengkap di sini.
lukmanw@gmail.com
No comments:
Post a Comment