Friday, February 21, 2014

Tangga rumah kampung patuh UBBL 1984


Tangga rumah kampung patuh UBBL 1984

Bulan lepas saya singgah sebentar rumah nenek staf rakan sekerja di Langgar. Tertarik saya dengan anak tangga dari rumah bawah ke rumah atas. Apa yang pasti, ukuran (dimensi) tangga itu memamtuhi UBBL 1984. Lupa pula nak tanya siapa tukang kayu yang buat tangga tersebut.

UBBL – Uniform Building By Law 1984, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984, Bhg. Vi - Kehendak-Kehendak Pembinaan (Undang-Undang Kecil 81 - 132)
                           
06.  DIMENSI TANGGA
1)            Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter  (7 in) dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter  (10 in) dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.
(2)          Lebar sesuatu tangga hendaklah mengikut Undang-undang Kecil 168.
(3)          Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu

107.  SUSUR TANGAN
1)            Kecuali bagi tangga yang mempunyai kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga hendaklah disediakan dengan sekurang-kurangnya satu susur tangga.

Maklumat lengkap di sini.
               
lukmanw@gmail.com

Pepatah OSH – Bagai melepaskan batok di tangga





Pepatah OSH – Bagai melepaskan batok di tangga

(Banyak pepatah-pepatah Melayu yang bercirikan keselamatan (OSH). Biasanya saya berkongsi perkara ini di dalam kelas, untuk makluman dan insy-Allah bermanfaat semua, saya berkongsi semula di media sosial ini)              

Perkataan “batok” ini bukanlah batuk (suara yang keluar dari mulut akibat ketidakselesaan). Batok ini adalah sejenis penceduk kecil (asal perkataan Jawa) biasanya diperbuat daripada tempurung kelapa. Batok digunakan untuk menceduk air membasuh kaki sebelum menaiki rumah yang bertiang. Biasanya terdapat tempayan yang berisi air diletakkan bersebelahan tangga rumah.

Batok ini mempunyai tangkai (pemegang) dan biasanya juga terdapat satu kayu bercacak bersebelahan tempayan air, untuk disangkutkan semula batok ini setelah digunakan.

Kepada mereka yang “malas” (unsafe act), batok yang diguna tidak diletakkan semula pada tiang atau di atas mulut tempayan, dan dibiarkan di atas tangga. Ini menyebabkan sisa air dari batok itu akan membasahi anak tangga. Malah batok yang diletakkan di atas anak tangga juga boleh menyebabkan pengguna tangga terjatuh atau tergelincir jika terpijaknya (unsafe condition).

Maksud “bagai melepaskan batok ditangga” adalah memberi nasihat supaya kerja yang dilakukan mestilah disempurnakan dan jangan ambil mudah. Setiap peralatan yang digunakan mesti disimpan semula atau diletakkan di tempatnya (Seiton 5S). Dalam ertikata lain kerja hendaklah dilakukan dengan betul (dan selamat) pada pertama kali (do it right the first time). Begitu juga semua pekerjaan perlu betul (dan selamat) pada masa yang betul dan tempat yang betul (in the right place at the right time)

Dari segi persekitaran (environment) pula, cucur atap rumah direka supaya palong air (gutters) yang menakung air hujan turun terus ke mulut tempayan. Air hujan dimanfaatkan untuk kegunaan.

Gambar batok di atas di ambik di perkarangan Komplek AIDA Pertanian Bagan Serai semalam 20 Feb 2014.
                                                           
lukmanw@gmail.com