Respons kepada piket dan demontrasi
Adakalanya dalam persediaan menghadapi kecemasan atau bencana, ada yang terlupa bahawa selain dari faktor alam, faktor-faktor manusia (man-made) juga perlu diambil kira.
Faktor-faktor berpunca dari manusia ini termasuklah piket, demontrasi, mogok, merusuh, sabotaj dan sebagainya.
Ini adalah topik pengajaran saya dalam subjek Emergency Response Management. Sementelah saya pernah terlibat dalam beberapa siri piket dan demonstrasi semenjak di peringkat sekolah (2 kali di sekolah menengah berasrama di Ipoh), di IPTA (2 kali) dan semasa bekerja di industri (3 kali di kilang pembuatan tayar di Taiping).
Saya kemudiannya terlibat dalam penyediaan prosedur menghadapi kecemasan (atau bencana?) buatan manusia ini.
Secara dasarnya prosedur yang dibuat adalah mengesyorkan agar pekerja lain (yang tidak terlibat dalam piket atau demonstrasi) menjauhi lokasi penunjuk-penunjuk oerasaan ini. Biasanya penunjuk-penunjuk perasaan ini bermula dengan aman dan terkawal tetapi boleh berlakunya sebarang perkara tidak diingini terutama ada yang mengapi-apikan (provoke). Di industri perkilangan, penunjuk-penunjuk perasaan ini biasanya mengambil bahagian semasa waktu rehat mereka ataupun selepas habis syif kerja mereka. Biasanya juga penunjuk perasaan ini akan berakhir apabila tamat tempoh rehat ataupun sejam dua selepas habis syif kerja mereka terutama jika yang ada komitmen keluarga di kediaman masing-masing.
Bagaimana pula kalau piket atau demonstrasi itu dirancang berpanjangan dan mereka yang terlibat secara bergilir-gilir mengikut tempoh tertentu? Membaca pengalaman mantan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Dato’ Paduka Dr Junaidi Abu Bakar, kini Timbalan Naib Canselor (Hal-Ehwal Pelajar dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) begitu mengujakan saya.
Bayangkan warga Indonesia yang menunjuk perasaan di hadapan Bangunan Kedutaan bergilir-gilir mengikut giliran syif masing-masing. Malah ada selingan dangdut untuk menghilangkan rasa kebosanan.
Rujuk di sini untuk keterangan lanjut pengalaman Dato’ Paduka Dr Junaidi semasa menjawat jawatan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesi. Saya akan cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan teks penuh ucapan.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment