Thursday, October 27, 2011

Sesi Dialog Pengamal OSH dengan DOSH dan SOCSO Perak


Sesi Dialog Pengamal OSH dengan DOSH dan SOCSO Perak

Dialog berlangsung di Hotel Tower Regency Ipoh dengan wakil DOSH Perak, Tuan Haji Jaafar Haji Leman, Timbalan Pengarah DOSH Perak dan wakil SOCSO, En. Muhamad Alif Haikal Cheong b Abdullah, Pengarah SOCSO Perak. Manakala sesi dialog dipengerusikan oleh sdr. Encik Anuar Bin Saidin, yang juga Pengerusi NRG SHE.

Sesi dialog bermula dengan kata-kata aluan Pengerusi, Encik Anuar yang memaklumkan majlis hari ini adalah anjuran NRG SHE iaitu persatuan pengamal-pengamal OSH di Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) dan merupakan aktiviti pertama NRG SHE di Perak. Setakat ini keahlian NRG SHE adalah seramai hampir 300 orang ahli biasa iaitu SHO yang berdaftar dan seramai hampir 500 orang ahli bersekutu iaitu mereka yang berkaitan dengan OSH tetapi tidak/belum berdaftar sebagai SHO>

Dalam kata-kata aluan Tuan Haji Jaafar, Timbalan Pengarah DOSH merakamkan terima kasih kepada pengamal-pengamal OSH (SHO) yang juga sebenarnya membantu DOSH dalam melaksanakan OSH di tempat kerja. Tuan Haji Jaafar juga membayangkan perundangan FMA 1967 akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2015 setelah pihak yang bertanggungjawab akan memeriksa “certified machinery” dikenal pasti.

Tuan Haji Jaafar turut memaklumkan kadar kematian akibat kemalangan industri di Perak tahun 2011 sehingga Oktober ini ialah 15 kes dengan 3 kes berkaitan “machine guarding”. Perak juga mencatat kadar kematian akibat kemalangan industri tertinggi di Malaysia pada tahun 2010 iaitu sebanyak 34 kes.

En. Alif Haikal, Pengarah SOCSO dalam kata-kata aluannya memaklumkan SOCSO kini mempunyai keutamaan kepada pencegahan dan pemulihan jika dibandingkan dengan pampasan. Sebagai makluman, sehingga Julai 2011, SOCSO Perak mencatatkan laporan kematian sebanyak lebih 80 kes dan ini termasuk kemalangan maut akibat commuting accident. Pada masa yang sama sehingga September 2011, pada tahun ini SOCSO Perak telah membuat bayaran pampasan hampir sebanyak RM 15,300,000 kepada pencarum yang layak akibat kemalangan industri, penyakit khidmat dan juga commuting accident.

En. Alif Haikal juga memaklumkan hanya terdapat lebih kurang 50 kes penyakit khidmat dilaporkan dan angka ini amat rendah jika dibandingkan dengan kemungkinan penyakit khidmat boleh berlaku. Oleh sebab penyakit khidmat ini mengambil masa untuk dikesan, mengikut Akta SOCSO 1969, pihak SOCSO masih menerima laporan penyakit khidmat sehingga tempoh 60 bulan. Senarai penyakit-penyakit khidmat ini juga boleh dirujuk dalam Jadual 1, akta yang sama.

Soalan 1.

1a. Bagaimana jika laporan penyakit khidmat dikemukakan selepas tempoh 60 bulan? Apakah faedah-faedah yang ditawarkan oleh SOCSO berkaitan penyakit khidmat ini?

1b. Selain penguatkuasaan, apakan peranan DOSH dalam penyelidikan keselamatan tempat kerja?

Jawapan.

1a (SOCSO). Pihak SOCSO masih mempunyai budi bicara untuk laporan penyakit khidmat yang dikemukakan selepas tempoh 60 bulan. Antara faedah penyakit khidmat ialah (i) faedah perubatan tanpa had, (ii) pembayaran balik MC (hilang upaya sementara), (iii) pencen berkala untuk hilang upaya kekal melebihi 20% dan bayaran pukal untuk hilang upaya kurang 20%, dan (iv) faedah pemulihan (mengikut kadar hospital kerajaan).

1b (DOSH). Walaupun kewujudan NIOSH untuk menjalankan R&D, DOSH juga terlibat dalam penyelidikan mereka sendiri (LAB). Untuk tahun 2011, DOSH memberi tumpuan kepada 3 projek iaitu (i) safety committee, (ii) lift (terutama rumah pangsa/PPRT), dan (iii) Machine Guarding.

Soalan 2.

2a. Untuk tuntutan penyakit khidmat, perlukan lampiran dokumen disahkan oleh HOD?

2b. Apakah objective dan status GHS - The Globally Harmonized System of Classification and Labelling of Chemicals.

Jawapan

2a (SOCSO). SOCSO akan menerima lampiran dokumen yang disahkan oleh pegawai perubatan yang bertauliah.

2b (DOSH). GHS merupakan keseragaman perundangan antarabangsa yang melibatkan Classification, Labelling and Packaging of Chemicals (CPL) yang sedia ada. Masih dalam peringkat draf terakhir dan akan dikuatkuasa sama ada akhir tahun 2011 atau awal tahun 2012.

Soalan 3.

3a. Apakah maksud Kemalangan Cuti Sakit 4 Hari? Sama ada berterusan atau jumlah hari cuti sakit?

3b. Masalah mendaftarkan Certified Machinery dari luar negara.

3c. Ingin tahu jika ada dana untuk latihan dalaman berkaitan OSH.

3d. Laporan penyakit khidmat yang ditolak oleh SOCSO.

Jawapan.

3a (DOSH). Kemalangan dengan Cuti Sakit 4 Hari adalah berterusan dan perlu dilaporkan kepada DOSH Negeri menggunakan borang JKKP6. Manakala Kemalangan Cuti Sakit kurang dari 4 Hari perlu dilaporkan kepada Ibu Pejabat DOSH menggunakan borang JKKP8 setiap tahun sebelum 30 Januari.

3b. (DOSH). Kelulusan mendaftarkan Certified Machinery dibuat di Ibu Pejabat DOSH dan kini boleh dilakukan secara on-line. Perlu dimohon Running Test jika tidak boleh dilakukan Hydrostatic Test. Manakala pendaftaran pemasangan perlu dibuat di DOSH Negeri menggunakan borang JKJ105.

3c. (DOSH). Tidak ada peruntukkan dari DOSH. Bagaimanapun DOSH boleh membantu dari segi sumber manusia.

3d. (SOCSO). Boleh rujuk semula di pejabat SOCSO. Boleh dikemukakan semula permohonan.

Soalan 4.

3. Apakah tindakan asas yang perlu dilakukan jika kemalangan maut di dalam industri terutama berlaku selepas waktu pejabat atau cuti am?

Jawapan

4. (DOSH). Telefon atau sms dengan seberapa segera yang boleh kepada pegawai DOSH. Kemudian diikuti dengan borang JKKP6 secara faks. Siasatan dalaman juga perlu dilakukan dengan segera.

Soalan 5.

5a. Apakan yang boleh dilakukan oleh DOSH untuk memperkasakan Safety Committee?

5b. Apakah yang boleh dilakukan oleh SOCSO untuk mengurangkan Commuting Accident?

5c. Masih ada lagi peruntukkan topi keledar percuma untuk diagihkan kepada pekerja industri?

Jawapan.

5a. (DOSH). DOSH ada audit dan senarai semak khas berkaitan dengan Safety Committee. Committee juga digalakkan menjemput pegawai DOSH hadir bersama dalam mesyuarat sebagai pemerhati.

5b. (SOCSO). SOCSO berkerjasama dengan JKJR dan NGO dalam beberapa kempen Commuting Accident.

5c. Peruntukkan edaran topi keledar tahun 2011 sudah kehabisan. Bagaimanapun JKJR negeri turut mempunyai stok untuk agihan.

Tambahan.

En. Alif Haikal menyuarakan kebimbangan peningkatan laporan penyakit sakit belakang dan adanya di antara kes yang berulang. Beliau meminta pengamal OSH memberi pandangan.

Ada pandangan kekangan kos yang menyebabkan peralatan pencegahan penyakit sakit belakang ini tidak dapat diadakan. Ada pandangan hazad ergonomik tidak dapat dikenal pasti atau tidak dbuat analisa terlebih dahulu menyebabkan terjadinya penyakit sakit belakang ini.

En. Anuar dalam ucapan penutup memaklumkan beberapa aktiviti NRG SHE akan datang iaitu Bengkel Certified Machinery yang akan diadakan pada 12 November 2011 Sabtu 9am – 1.00pm di Wisma Perkeso, Seberang Prai. Di samping itu terdapatnya 10 kursus percuma Safety Commuting Accident pada tahun 2012 yang masih dibuka. Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Setiausaha NRG SHE iaitu Yusri 019-417 9673 / aladdinosama@gmail.com.

Sesi dialog tamat pada 4.30 petang dengan jamuan hi-tea.

Dilaporkan oleh:

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

2 comments:

anuarsaidin said...

En. Lukman. Terima kasih atas laporan anda dlm membuat liputan secara menyeluruh. Reporter pun kalah nii.

lukmanw@gmail.com said...

Sama-sama

Semoga manfaat kepada semua terutama yang tidak dapat hadir. Majlis sebegini perlu diteruskan lebih kerap dengan agensi lain juga.