ERT Intel sentiasa bersedia
Sebentar tadi, saya mengunjungi Intel yang mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Baju Raya serta Duit Raya kepada penghuni tiga buah rumah Anak Yatim di kilang mereka di Kulim. Majlis disaksikan oleh tetamu kehormat, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Selain dari beberapa ketua komuniti Kulim, saya mewakili NGO Warga Kilang turut dijemput dalam majlis ini sebagai rakan CSR Intel.
Sebagai pengamal OSH, amat membanggakan saya apabila terlihat kelibat beberapa orang pekerja Intel yang menyarung vest ERT bersiap sedia bermula di pintu pagar luar kilang Intel hinggalah bersama-sama meraikan anak-anak yatim ini di dalam kafeteria mereka.
Sesungguhnya kehadiran ahli ERT Intel yang sukarela ini amatlah penting dalam persediaan menghadapi sebarang kemungkinan terutama apabila melibatkan tetamu yang tidak pernah berada di dalam premis Intel, apatah lagi turut melibatkan kanak-kanak.
Syabas Intel dalam pelaksanaan Response Kecemasan ini.
lukmanw@gmail.com