Wednesday, March 9, 2011

Airbag hanyalah berfungsi SRS (supplemental restraint system)




Airbag hanyalah berfungsi SRS (supplemental restraint system)

Hujung minggu terakhir bulan Februari lepas, saya dijadualkan memberi taklimat kepada dua kumpulan pelajar baru di Niosh Prai dan di Niosh Bangi. Selepas taklimat di Niosh Prai pada tengahari Sabtu saya bertolak ke Bangi untuk taklimat keesokan harinya.

Semasa terperangkap di kesesakan lalulintas sebelum memasuki Tol Jalan Sungai Besi (dalam renyaianhujan), saya terpaksa membrek kerana sebuah kereta Rextron di hadapan saya membrek dengan tiba-tiba.

Mungkin disebabkan saya sentiasa cuba menjarakkan seberapa jauh yang boleh ruang di hadapan Pesona saya, saya berjaya mengelakkan dari terlanggar belakang kereta Rextron ini. Bagaimanapun sebuah teksi di belakang melanggar Pesona saya.

Oleh kerana saya tidak merasa sebarang henjakan ke hadapan kecuali sedikit pergerakan Peson tertolak ke hadapan, saya pasti tiada sebarang kerosakan (kemek) di bamper Pesona saya. Begitu juga airbag pada steering tidak sempat berfungsi.

Jangkaan saya tepat. Sebaik sahaja saya keluar dari Pesona, pemandu teksi tersebut (seorang agak berumur berbangsa Cina) memohon maaf sambil cuba menyakinkan saya tiada sebarang kerosakan pada Pesona saya. Setelah bersalaman, saya segera beredar untuk mengelakkan kesesakan.

Sebagai seorang yang pernah mengalami kemalangan kenderaan dilanggar dari belakang, perasaan trauma itu masih ada. Mungkin disebabkan itu juga saya sentiasa cuba menjarakkan kenderaan di hadapan dan pada masa yang sama cuba mengelakkan dari diekori terlalu rapat oleh kenderaan di belakang.

Tidak lupa menjadi kemestian saya mengenakan talipinggang keledar.

Airbag boleh membantu mengurangkan tahap kecederaan jika berlaku kemalangan. Bagaimanapun airbag ini yang dikategorikan sebagai SRS ataupun supplemental restraint system (ada juga merujuk kepada secondary) akan berfungsi sebaiknya dengan bantuan penggunaan talipinggang keledar.

Ramai yang tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan SRS ini.

Tiada gunanya jika pemandu atau penumpang hanya mengharapkan bantuan airbag tetapi pada masa yang sama mereka tidak mengenakan talipinggang keledar.

Saya sentiasa cuba menasihati penumpang di dalam kenderaan yang saya pandu (termasuk isteri saya!) agak sentiasa mengenakan talipinggang keledar. Mungkin secara sinis selalu saya katakan airbag yang ada pada badan mereka (perut!) juga dikategorikan sebagai SRS iaitu hanyalah alatan tambahan (atau alatan kedua) dan tidak berguna jika tidak dikenakan dengan talipinggang keledar.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

3 comments:

el taraff said...

Saya terjumpa post anda mengenai airbag, front airbag takkan berfungsi jikalau kenderaan dilanggar dari belakang, kerana di bahagian belakang tiada crash sensor, di bahagian depan pun, banyak perkara yang boleh berlaku menyebabkan airbag depan tidak berfungsi

lukmanw@gmail.com said...

Bersetuju dgn pandangan sdr. Malah ada juga sensor yg sensitif, sedikit gegaran/hentakan pada bahagian depan sudah mengaktifkan air bag ini.

el taraff said...

saya ada baca sikit2 kandungan blog saudara, saya adalah seorang pegawai latihan dengan JBPM dan biasa mengendalikan banyak insiden mengenai kemalangan kenderaan. jadi saya adalah sikit2 knowledge pasal teknologi automotive ni sebab anggota bomba perlu tau banyak perkara mengenai aspek binaan sesebuah kenderaan