Tuesday, March 22, 2011

Awas - email dan laman web palsu!


Awas - email dan laman web palsu!

Sebelum ini dilaporkan ramai yang telah menerima email yang kononnya dihantar dari pihak bank memaklumkan/meminta penerima email mengemaskini akaun bank mereka melalui link (url) yang disertakan di dalam email. Link itu kemudiannya merujuk penerima email ke laman web yang mirip laman web bank mereka tetapi sebenarnya laman web bank tersebut adalah palsu.

Terbaru saya dan ramai rakai sekerja yang menerima email kononnya dari LHDN memaklumkan terdapat lebihan bayaran cukai yang hendak dipulangkan melalui email.

Email ini juga merujuk satu link ke laman web LHDN yang sebenarnya laman web LHDN palsu.


Gambar atas ialah laman web LHDN palsu seperti yang dirujuk link di dalam email yang diterima. Rujuk alamat URL yang bermula dengan nombor IP.

Berbeza dengan gambar di bawah iaitu laman web LHDN yang sebenar di mana alamat URL menggunapakai alamat https (dengan s) yang lebh dipercayai jika dibandingkan dengan alamat http (tanpa s). Begitu juga laman web LHDN yang sebenar ini tiada menggunakan alamat URL dengan nombor IP.



Begitu juga dengan gambar atas ialah laman web CIMB Click palsu seperti yang dirujuk link di dalam email yang diterima. Rujuk alamat URL yang bermula dengan nombor IP.

Berbeza dengan gambar di bawah iaitu laman web CIMB Click yang sebenar di mana alamat URL menggunapakai alamat https (dengan s) yang lebh dipercayai jika dibandingkan dengan alamat http (tanpa s). Begitu juga laman web CIMB Click yang sebenar ini tiada menggunakan alamat URL dengan nombor IP.



Sebenarnya salah satu cara mudah mengenalpasti email palsu ini ialah membalas email yang diterima secara menekan "reply button". Biasanya email yang sebenar akan tertera alamat email laman web yang sebenar. Sebagai contoh alamat email LHDN mestilah @hasil.gov.my. Ini berbeza dengan laman web LHDN palsu iaitu seperti di atas iaitu h.my.

Jika sistem email organisasi anda mempunyai firewall atau apa-apa sistem pengesan email yang mempunyai apa-apa lampiran yang mencurigai, anda akan menerima mesej amaran seperti di bawah.


jalan yang terbaik ialah merujuk terus kepada pihak yang berkenaan. Sebagai contoh, kita boleh hantar email atau menelefon terus kepada LHDN.

Berikut adalah penjelasan dari pihak LHDN mengenai email palsu tersebut.

Awas jangan terpedaya dengan email dan laman web palsu.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/


No comments: