Monday, February 16, 2009

Buruh binaan abai aspek keselamatan



ALOR STAR: Sekumpulan pekerja sebuah projek pembinaan di Lebuhraya Darulaman di sini, semalam, didapati mempertaruhkan nyawa mereka apabila melakukan kerja pembinaan tanpa menggunakan peralatan keselamatan yang lengkap biarpun pada ketinggian kira-kira lebih 80 meter.

Mereka hanya memakai topi keselamatan dilihat bertungkus-lumus menyiapkan bangunan itu tanpa menghiraukan keselamatan diri.

Diharap pekerja dan pihak pengurusan projek pembinaan itu lebih menitikberatkan ciri-ciri keselamatan pada masa depan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

No comments: