Thursday, July 30, 2015
Tuesday, July 28, 2015
Monday, July 27, 2015
Promosi guna tangga
Promosi guna tangga
Naik tangga ke tkt 3 akan bakar (hilang) 0.21 kalori. Mcmana nak kira kalau aku turun tangga? Adakah sama juga kadar kehilangannya.
Kalau tukar tulis berapa berat kilogram yg hilang setiap kali naik tangga lagi memberangsangkan rasanya.
Saturday, July 25, 2015
Manfaatkan teknologi keselamatan di litar lumba ke jalan raya
Manfaatkan
teknologi keselamatan di litar lumba ke jalan raya
Ramai yang beranggapan
teknologi perlumbaan di litar lumba biasanya dipindahkan ke jalan raya menjurus
kepada injin dan cesis sahaja di samping lebih kepada peningkatan imej pembuat
atau pengeluar kenderaan yang terbabit. Slogan “Menang hari Ahad, Jual hari Isnin” (Win on Sunday, Sell on
Monday!, Bob “Ford” Tasca) adalah senonim dengan pemindahah teknologi di litar
lumba ke jalan raya. Sebenarnya banyak
teknologi keselamatan (safety features) sama ada di litar lumba atau dari kenderaan
lumba yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan di atas jalan raya.
Topik kali ini akan
membincangkan teknologi perlumbaan litar lumba yang boleh dipindahkan dan
dimanfaatkan di jalan raya.
Litar lumba adalah tempat
yang paling layak dan sesuai untuk berlumba. Pelbagai peralatan dan kemudahan
keselamatan yang disediakan di litar lumba untuk membolehkan ianya layak untuk
digunakan sebagai tempat berlumba.
Disamping itu terdapat badan
pengawasan sukan bermotor umpamanya FIA (di peringkat antarabangsa dan AAM (di
peringkat kebangsaan) yang akan membuat pemeriksaan di litar lumba sebelum
permit perlumbaan dikeluarkan.
Kelebaran dan panjang
sesuatu litar lumba perlu mengikut spesifikasi yang ditentukan. Ianya juga merujuk
kepada jenis kenderaan yang akan digunakan untuk berlumba. Jumlah kenderaan
lumba bagi sesuatu perlumbaan juga dihadkan mengikut spesifikasi.
Kemalangan dalam perlumbaan
adalah lumrah sukan bermotor jenis kelajuan sebegini (speed event). Selain dari
berlanggar sesama sendiri, kenderaan lumba juga berisiko terbabas keluar dari
litar lumba.
Ada dua prinsip dalam
pengawalan mengurangkan risiko kenderaan terbabas ini. Sama ada prinsip
kekangan kesan (impact restraint) atau pengurangan kelajuan (speed trap).
Prinsip kekangan kesan
diaplikasi pula terbahagi kepada dua tujuan. Tujuan utama untuk melindungi
pelumba (dan kenderaan mereka) dengan penggunaan pengadang (barricade) yang
diperbuat dari Beg Udara (airbag), Tayar Terpakai, Guni Pasir atau Guni Jerami
Padi. Pelumba itu sendiri pula dilindungi dengan Sistem Perlindungan Terbalik
(Roll Over Protection System) seperti Besi Kandang (Roll Cage) dan sebagainya.
Kekangan kesan kedua pula
untuk melindungi pihak ketiga (selain dari pelumba seperti pegawai perlumbaan
dan penonton) dengan penggunaan pengadang besi atau penghadang konkrik.
Manakala prinsip
penggurangan kelajuan diaplikasi dengan penggunaan kawasan lapang kerikil kecil
(bed gravel or speed trap). Biasanya kawasan lapang kerikil kecil ini
disediakan di lokasi yang diramalkan kekerapan berlaku risiko kenderaan
terbabas seperti di penghujung selekoh.
Untuk litar lumba khusus
perlumbaan motosikal, kerikil kecil yang digunakan ialah berdiameter 3/8 inci
dan tiada sisi tajam (no sharp edges). Kerikil sebegini hanya boleh didapati di
Negeri Perak. Bagaimanapun Indonesia merupakan negara pengeksport utama kerikil
jenis ini.
Untuk litar lumba khusus
perlumbaan kenderaan empat roda, kerikil yang lebih besar digunakan. Tetapi
kebanyakan litar lumba termasuk di Litar Lumba F1 Sepang, kerikil berdiameter
3/8 inci digunakan untuk kedua-dua jenis kenderaan dua roda atau empat roda.
Ini kerana kerikil berdiameter 3/8 inci
didapati berupaya untuk mengurangkan kelajuan kenderaan yang melalui kawasan
lapang pengurangan kelajuan ini.
Bagaimana teknologi
keselamatan litar lumba ini boleh dipindahkan dan dimanfaatkan ke jalan raya
untuk kenderaan biasa bukan kenderaan lumba?
Kebelakangan ini ramai yang
menyuarakan kebimbangan terhadap pengadang jalan raya terhadap pengguna jalan
raya apabila berlakunya kemalangan terutama yang diperbuat dari besi. Media
massa melaporkan beberapa kenderaan (bas dan kereta) yang tertusuk besi
pengadang ini menembusi badan kenderaan yang terbabit.
Kebimbangan ini lebih ketara
apabila banyak berita di media social yang mengaitkan beberapa kemalangan ngeri
penunggang dan pembonceng motosikal dengan pengadang besi ini.
Pengadang jalan raya di
Malaysia direka lebih kepada prinsip kekangan kesan kedua iaitu untuk
melindungi pengguna jalan raya yang lain seperti kenderaan lain atau pengguna
jalan raya yang lain terutama di laluan bersebelahan.
Sepanjang pengetahuan
penulis, terdapat tiga jenis pengadang jalan raya di Malaysia iaitu Pengadang
Besi, Pengadang Dawai Keluli dan Pengadang Konkrik. Secara umumnya pihak
berkuasa di Malaysia telah sedaya upaya memastikan agar pengadang-pengadang ini
layak dan sesuai digunakan di jalan raya Malaysia.
Kesuaian lokasi ketiga-tiga
pengadang ini juga berbeza. Pengadang besi umpamanya dipasang di kawasan bandar
atau sisi bandar di mana kelajuan kenderaan biasanya tidak terlalu tinggi.
Pengadang konkrik dipasang di kawasan lebuhraya yang berisiko tinggi kemalangan
seperti laluan bercerun berhampiran Terowong Menora.
Lebuhraya Jakarta ke Bandung
umpamanya lebih ketara pemilihan lokasi untuk jenis-jenis pengadang ini. Rujuk posting sebelum ini di sini.
Manakala lebuhraya di
Thailand pula lebih mengunakan prinsip pengurangan kelajuan. Hampir tiada
penggunaan pengadang besi atau konkrik. Di sisi lebuhraya dan di tengah antara
dua laluan hanya terdapat kawasan berumput atau lekukan parit tanah untuk
saluran air.
Sebenarnya prinsip yang sama
digunakan di lebuhraya Malaysia di laluan Seremban ke Air Keroh penghujung
80an. Bagaimanapun keperluan penambahan lorong menyebabkan tiada lagi kawasan
lapang berumput di antara dua laluan ini.
Terdapat juga kekangan pengadang
berprinsip pengurangan kelajuan ini. Kawasan lebuhraya memerlukan sisi jalan
simpanan (road reserve). Penggunaan kawasan pengurangan kelajuan sebelum Rumah
Tol di Ipoh (sebelum ini) selepas Terowong Menora telah terbukti
keberkesanannya untuk menghentikan kenderaan berat seperti lori yang bermasalah
dengan system brek sewaktu menuruni bukit.
Kekangan seterusnya ialah lebuhraya
akan menjadi lebih terbuka dan lebih terdedah kepada pelbagai kemasukan seperti
haiwan ternakan dan haiwan liar.
Malah ramai pengguna
lebuhraya akan menggunakan lokasi yang tidak mempunyai pengadang ini sebagai
laluan kemasukan atau keluar dari lebuhraya tanpa membayar tol. Ini telah
berlaku semasa Lebuhraya Slim River ke Tanjung Malim beroperasi di tahun 80 an
dahulu. Kampung Balun di Slim River menjadi laluan pintas kenderaan (kereta dan
motosikal) untuk mengelakkan dari membayar tol.
Berbeza di Thailand, hampir
semua lebuhrayanya tidak mengenakan tol kecuali laluan ke Bandar Bangkok.
Apapun kesimpulannya,
pengadang yang dipasang perlulah mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti tiada
bucu tajam, bahan boleh serap impak dan tidak menghasilkan hazard dan risiko
kepada pengguna jalan raya.
Dilaporkan Piawaian Eropah
sudah mula memperkenalkan pengadang yang mesra pengguna jalan raya terutamanya
penunggang dan pembonceng motosikal.
Di Malaysia, MIROS dan JKJR
umpamanya telah banyak menjalankan kajian berkaitan keselamatan jalan raya ini
termasuklah penggunaan pengadang yang lebih layak dan sesuai. Semoga hasil
kajian ini akan bermanfaatkan semua pengguna jalan raya di Malaysia.
LUKMAN
BIN WAN MAT DAUD
Penulis adalah pengajar topik
keselamatan (OSH) di beberapa pusat pengajian tinggi di Malaysia dan penasihat
keselamatan di beberapa organisasi kerajaan dan swasta. Di samping
berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang keselamatan di industri sebagai
pengurus dan jurutera keselamatan, penulis adalah pengiat sukan bermotor di
Malaysia semenjak dari pertengahan 80an dalam semua aspek bidang perlumbaan,
teknikal dan keselamatan. Hampir semua jalan darat di Asia telah dijelajah oleh
beliau sama ada dengan kenderaan empat roda dan dua roda. Perjalanan darat
paling jauh dilakukannya hingga ke sempadan Tibet. Beliau juga adalah penasihat
keselamatan dan perekabentuk litar lumba jalanan dan litar lumba rali.
Lukman menghabiskan masa
lapang hujung minggunya dengan bermotosikal atau berbasikal dengan isteri dan
anaknya.
Tulisan beliau boleh dirujuk
di oshthejourney.blogspot.com. Beliau boleh dihubungi di lukmanw@gmail.com
Thursday, July 23, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)