Wednesday, August 27, 2014

Bomb Threat Procedures



Bomb Threat Procedures 

Ini case study yang kerap saya gunakan dalam Kelas Emergency Response Management semenjak 2006 lagi. Awal tahun 2000, seorang rakan sekerja sahaja tergendala penerbangannya hampir 3 jam akibat salah seorang penumpang menyebut perkataan "bom". Semalam terjadi lagi kes seumpama ini. Disertakan juga satu contoh Bomb Threat Call Procedures and Checklist yang perlu ada di setiap telephone receptionist. Organisasi juga boleh menjemput PDRM Squad Bomb untuk bagi panduan lanjut.

Berita penuh -

Bahana sebut 'bom' dalam penerbangan

Oleh Asmah Rusman, Harian Metro 27 Ogos 2014

Subang: Sebuah pesawat milik Malindo Air OD1158 yang sepatutnya berlepas ke Pulau Pinang pada jam 3.40 petang ditunda selepas juruterbang membuat panggilan kecemasan kepada pusat kawalan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, panggilan itu dibuat selepas seorang penumpang pesawat jenis ATR 60 itu menyebut perkataan 'bom' ketika pemeriksaan dilakukan oleh kru penerbangan.

"Selepas penumpang melepasi pintu masuk mereka akan diperiksa lagi untuk kali kedua bagi memastikan tidak berlaku kesilapan menaiki pesawat.

"Ketika itulah seorang penumpang dipercayai lelaki tidak berpuas hati dan mempersoalkan tindakan kru sambil berkata, kenapa perlu periksa lagi bukan ada bom pun," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), tadi.

Katanya, kru penerbangan kemudiannya melaporkan perkara itu kepada juruterbang sebelum memaklumkan pusat kawalan untuk menangguhkan penerbangan.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan rapi terhadap pesawat, anak kapal dan 37 orang penumpang termasuk seorang bayi.

"Semua anak kapal dan penumpang diarahkan turun dan masuk ke sebuah bilik khas manakala pesawat ditunda ke bahagian khas untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya, operasi tamat kira-kira jam 7.15 malam dan pesawat disahkan selamat. Hanya 35 penumpang dijadualkan akan berlepas dengan pesawat sama jam 9.30 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/26




Saturday, August 9, 2014

Friday, August 1, 2014

Ekzos bocor, slip & fall dan penyelesaian secara OSH


Ekzos bocor, slip & fall dan penyelesaian secara OSH

Ini adalah light case study yang akan saya gunakan dalam kelas-kelas pembelajaran akan datang.

Mengikut statistik Perkeso, setiap tahun kemalangan yang dilaporkan tertinggi ialah “slip & fall” selain dari “commuting accident”. Antara punca “slip & fall” ialah permukaan lantai yang licin akibat kehadiran air, minyak, pasir dan sebagainya.

Step 1. Kenalpasti punca

Biasanya motosikal lama (terutama British) bermasalah dengan lelehan minyak engine dari gear box atau lelehan petrol dari karburetor (overflow dan sebagainya). Tetapi pada Suzuki GT250C (model 1978) saya mengenalpasti kesan kebocoran sisa minyak petrol bercampur pelincir pada ekzos!

Sekali pandang memang mustahil adanya kebocoran pada ekzos motosikal 2-lejang! Biasanya ekzos enjin 4-lejang yang selalu bocor. Kehadiran minyak pelincir 2T pada ekzos motosikal 2-lejang sebenarnya berupaya memanjangkan hayat ekzos itu sendiri.

Ekzos Suzuki GT250C saya bocor akibat hentakan berulang-kali dari pemijak sisi yang dinaikkan. Berbeza dengan bahagian ekzos yang berhampiran dengan hujung pemijak tengah yang mempunyai lekuk khusus.

Punca lelehan minyak ini adalah akibat kebocoran disebabkan hentakan pemijak sisi kepada bahagian ekzos.

Step 2. Penyelesaian jangka pendek – corrective action

Lelehan minyak ini akan menyebabkan permukaan lantai licin dan boleh menyebabkan tergelincir dan jatuh. Untuk jangka pendek, setelah permukaan lantai dicuci, saya menggunakan kertas tebal (kertas kotak) sebagai alas sementara.

Terfikir juga untuk mencari aluminiun foil penampal periuk!

 *Kalau dalam sukan lumba, pegawai atau marshal akan bersedia dengan simen. Simen ini akan dicurah di atas permukaan jalan yang ditumpahi minyak dan diberus (menggunakan berus buluh), menyebabkan simen akan mengeras serta-merta.

Step 2. Penyelesaian jangka panjang – preventive action

Untuk preventive action, penyelesaian secara “Hierarchy of Risk Control” adalah antara yang terbaik.

1. Eliminate – Penghapusan Mutlak Risiko. Setelah lubang ekzos yang dibaiki/pateri (welding), pemijak sisi boleh ditanggalkan terus.

2. Subtitution – Penggantian. Elakkan menggunakan pemijak sisi. Gunakan pemijak tengah.

3.  Isolation – Penjarakan yang ada dua kaedah iaitu jauhkan dan litupi. Jarakkan (atau litupi) bahagian ekzos yang terdedah kepada hujung pemijak disisi dengan direka  adanya lekukan (groove) seperti bahagian ekzos yang terdedah kepada hujung pemijak tengah.

4. Engineering Control – Pengawalan secara Kejuruteraan. Rekabentuk awal agar pemijak sisi ini berjauhan dari bahagian ekzos.

5.  Administration Control – Pengawalan secara Pentabiran. Prosedur atau kaedah menaikkan pemijak sisi secara perlahan-lahan agar tidak menghentak bahagian ekzos.

6.  Protection Equipment – Peralatan Perlindungan Peribadi. Peribadi kepada motosikal (ekzos) dengan cara memasang getah pelapik (rubber padding).

Mungkin menggunakan jentera atau mesin di kilang lebih tepat untuk case study corrective/preventive action dan Hierarchy of Risk Control . Tetapi saya rasa penggunaan ekzos motosikal 2-lejang yang bocor juga boleh digunakan sebagai light case study berkaitan penyelesaian secara OSH untuk kemalangan slip and fall.


http://oshthejourney.blogspot.com/

Halalkan yang haram - dari segi OSH. Ada caranya.



Halalkan yang haram - dari segi OSH. Ada caranya.

Tahun 2010, saya bertegas tidak membenarkan anak lelaki saya membeli basikal fixie. Saya pernah menulis dalam blog saya mengenai kegunaan sebenar fixie yang tiada freewheel, hanya satu gear dan tiada brek ini khusus untuk perlumbaan terkawal di dalam veledrom.

Tegasan saya ini juga dipersetujui dan diamalkan oleh kenalan saya, Nazri (Penjara Taiping) di mana beberapa orang anaknya mewakili Perak dalam sukan berbasikal trek veledrom dan juga lebuhraya.

Awal tahun lepas 2013, Astro menayangkan filem Premium Rush (2012) lakonan Joseph Gordon-Levitt sebagai Wilee (penghantar surat berbasikal di Bandar New York) yang bermasalah dengan Bobby Monday (Michael Shannon), pegawai polis yang korup dan kaki judi. Kecekapan Wilee berbasikal di tengah bandaraya ini mencetuskan kembali minat anak saya seorang itu.

Beberapa bulan lepas anak saya memohon semula untuk membeli basikal fixie ini.

Saya teringatkan seorang guru OSH yang menggunakan analogi perkahwinan dalam satu kelas yang saya hadiri. Kata guru saya ini, sex tanpa nikah adalah haram. Tetapi dengan nikah, sex itu menjadi halal.

Saya tidak membantah berbasikal sebagai rekreasi tetapi sifatnya yang tiada sistem brek mengusarkannya saya. Lakonan Wilee dalam Premium Rush melarikan basikal fixie di tengah kesibukan bandaraya New York adalah lakonan semata-mata dan dalam keadaan terkawal.

Akhirnya anak saya bersetuju untuk memasang brek di basikal fixie yang akan dibelinya. Dan saya membenarkannya membeli basikal fixie.

Halalkan yang haram - dari segi OSH. Ada caranya.

http://oshthejourney.blogspot.com/




Lakonan Wilee dalam Premium Rush melarikan basikal fixie di tengah kesibukan bandaraya New York adalah lakonan semata-mata dan dalam keadaan terkawal.