Thursday, May 31, 2012

Kovensyen KIK Jabatan Penjara Zon Utara


Kovensyen KIK Jabatan Penjara Zon Utara

Dua minggu lepas saya dijemput menjadi juri pertandingan Kovensyen KIK Jabatan Penjara Zon Utara. Sebelum ini di tahun-tahun lepas saya juga kerap dijemput menjadi juri di samping turut menjadi penasihat atau perekabentuk rekaan untuk dipertandingkan. Saya dijemput atas kapasiti juri teknikal (produk). Bagaimanapun pertandingan kali ini juri yang sama mengadili kategori pengurusan.

Seperti biasa di samping format permarkahan sedia ada, saya turut mencadangkan (room for imrpovement) dari segi OSH.

Sehubungan dengan ini juga saya ingin menyarankan pihak bertanggungjawab terhadap format permarkahan pertandingan sebegini agar memastikan ciri-ciri OSH turut diambilkira untuk pertandingan di masa akan datang.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

*Sebenarnya saya memulakan karier pekerjaan saya (secara tetap) adalah di bidang teknikal (QA) dan kejuruteraan (industrial engineering) di mana antara tugasan saya ialah memperkenalkan, menghasilkan, mengekalkan dan menambahbaikan keupayaan serta kecekapan jentera, fasiliti, utiliti dan sistem pengeluaran serta sistem sokongan.

Tuesday, May 29, 2012

OSH di Litar Lumba


OSH di Litar Lumba

Seperti biasa saya banyak menerima panggilan telefon/sms malah juga dari pegawai DOSH dan MIROS yang berminat untuk mengetahui perkembangan kemalangan yang melibatkan penonton di Putrajaya hujung minggu lalu.

Menyangkakan acara ini di bawah anjuran kementerian, rata-rata menganggap ianya diiktiraf (sanction) sama ada dari AAM ataupun MAM (juga di bawah kementerian). Jawapan dari CEO MAM, Datuk Razlan Razali adalah seperti di bawah. AAM belum bersuara tapi jawapan yang sama juga pasti akan kedengaran.

Kini bukan masanya untuk menunding jari. Ingatlah dengan satu jari telunjuk menghala ke depan, tiga jari yang lain akan mengarah semula kepada orang yang menunjuk. Akhir sekali ibu jari yang tertegak ke atas akan menunjukkan kepada Yang Maha Kuasa iaitu jawapan alternative kepada “takdir”!

Sepatutnya di hari dan acara yang sama, satu lagi kejohanan sukan bermotor iaitu Cub Prix diadakan seperti tahun lepas. Bagaimanapun di saat-saat akhir, Cub Prix (yang diiktiraf/sactioned oleh AAM ini) diubah lokasinya ke Banting. Kelam kabut juga saya menyiapkan rekabentuk trek lumba ini dalam masa sehari sahaja (sudah pasti lengkap dengan ciri-ciri keselamatannya) untuk dimajukan kepada AAM sebelum pemeriksaan dan kelulusan trek lumba itu dibuat dan diluluskan oleh pegawai pemeriksa trek AAM.

Apapun kesimpulan dari kemalangan (atau sepatutnya kejadian tanpa kecederaan ini) tidak kiralah siapa penganjurnya termasuklah kementerian sendiri (parti politik termasuk pembangkang juga kerap mengadakan acara sukan bermotor kebelakangan ini) mestilah memahami keperluan OSH yang meliputi pelumba, pekerja (pihak penganjuran) dan mereka yang bukan pekerja iaitu penghujung, pelawat, peniaga dan sebagainya.

Satu episode “learn from mistake” yang sepatutnya bukan dari “our own mistake” tapi sepatutnya “learn from other people mistake” yang sudah banyak dan kerap kali berlaku di luar negara dan sebagainya.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

PETALING JAYA (May 28, 2012): Motorsports Association of Malaysia (MAM) did not sanction the drag race where 17 spectators were injured at the the Million Youth Rally on Sunday, said its chief executive officer Datuk Razlan Razali.

"As the governing body, we need to sanction local events to ensure they are properly run and managed, and safety is the no.1 concern," he told thSun in a phone interview yesterday.

Razlan said MAM's parent body, the Ministry of Youth and Sports did not approach MAM for advice or management of any of the motorsports events held during the rally at Putrajaya from May 23-27.

To questions on a comment by Youth and Sports Minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek that there was no sanctioning body to monitor and supervise competitions of such nature, Razlan said it was not true, adding that the minister had been misinformed on the matter.