Satu Jam-Bantu Pelihara Alam Sekitar
Sokonglah kepada program ‘’Earth Hour’’ dengan memadamkan lampu selama sejam bermula 8.30 malam pada 26 Mac, Sabtu ini. Usaha yang diaspirasikan oleh World Wildlife Federation (WWF) itu berjaya melibatkan 128 negara pada 2010, iaitu pencapaian terbesar program ini sejak bermula di Sydney, Australia pada 2007, sebagai tanda keprihatinan terhadap perubahan ekosistem dunia hasil kealpaan manusia tentang alam sekitar.
Pelbagai cara boleh dilakukan bersama seperti lampu dan alat penghawa dingin harus dimatikan sebaik sahaja selesai menggunakannya. Jika sesuatu ruangan itu tidak digunakan juga, sama-samalah kita memastikan pembaziran tenaga tidak berlaku dengan peka terhadap persekitaran masing-masing. Tunjukkan sokongan padu anda sebagai tanda sokongan kita bagi melestarikan alam sekitar.
Sila layari laman sesawang www.wwf.org.my untuk maklumat lanjut.