Sunday, September 27, 2009

Regional Construction Week 2009 (Wilayah Utara)

Regional Construction Week 2009 (Wilayah Utara)

Tarikh : 4-6 Oktober 2009

Tempat : Dewan Millenium Kepala Batas, Pulau Pinang


Minggu Pembinaan Wilayah 2009 (RCW2009) merupakan ruang untuk mewujud interaksi dan meningkatkan kesedaran di kalangan penggiat industri berkenaan dengan senario, cabaran serta halatuju industri pembinaan di setiap wilayah.

Pada 16 - 19 April 2009, Siri RCW yang pertama telah diadakan di MITC, Ayer Keroh Melaka dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya. RCW2009 ini telah berjaya menarik lebih 3,000 pelawat dan peserta seminar. Melalui pameran, seminar dan program-program lain yang dijalankan, RCW 2009 ini diharapkan menjadi landasan untuk penggiat industri mendapatkan maklumat, berinteraksi, menjalinkan jaringan bisnes dan pengenalpasti peluang-peluang perniagaan.

Objektif

· Menyediakan landasan untuk perkongsian pengetahuan, teknologi dan pengalaman bagi penggiat industri pembinaan

· Menyediakan peluang perbincangan dan jaringan bisnes

· Memberikan maklumat tentang polisi kerajaan, halatuju dan peluang projek-projek pembinaan

Program Utama

· Pameran Industri Pembinaan

· Minggu Bersama Pelanggan

· Demonstrasi Kemahiran

· Minggu Kerjaya Industri Pembinaan

· Seminar dan Kursus Industri Binaan

· Temuduga Terbuka Kemasukan Akademi Binaan Malaysia (ABM)

Senarai Program dan Seminar

No Program/Seminar

1. Pameran Industri Pembinaan

2. Minggu Bersama Pelanggan

3. Demonstrasi Kemahiran

4. Minggu Kerjaya Industri Pembinaan

5. Temuduga Terbuka Kemasukan Akademi Binaan Malaysia (ABM)

6. Seminar Integriti Industri Pembinaan Malaysia

7. Seminar Peluang dan Prospek Sektor Pembinaan Wilayah Utara

8. Kursus Pengiraan IBS Scoring System

9. Seminar Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar Dalam Industri Pembinaan

10. Taklimat Dasar Pembangunan Kontraktor

11. Kursus Integriti

12. Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan (Kursus Kad
Hijau)

No comments: