Tuesday, October 27, 2015

BLUE LANE FOR BICYCLE


BLUE LANE FOR BICYCLE 

Mengagumkan saya apabila terjumpa "Blue Lane" ini di kawasan kampung. Teruka melihat penunggang basikal menggunakannya.

Semalam di Bota Kanan, Kuala Kangsar

Permudahkannya Fire Drill


Permudahkannya Fire Drill

Semasa bekerja di kilang tayar sekitar end 90s, dalam satu fire drill, seorang security officer telah cedera tangannya semasa memecahkan cermin penggera.

Ini lesson learned yang saya sentiasa ingat apabila beri taklimat untuk latihan fire drill. Cara yang paling mudah dan selamat ialah gunakan tapak kasut untuk memecahkan cermin ini.

Hari ini di sebuah industri di Sungai Petani, ada disediakan hammer kecil di setiap penggera kebakaran.

Tuesday, October 20, 2015

Ketahui hak anda sebagai pengguna dan pelanggan.





Ketahui hak anda sebagai pengguna dan pelanggan.

Antara perkhidmatan terbaik ialah Klinik As-salam Meru Raya. Bukan sahaja human capitalnya yang mesra pelanggan dari gadis kaunter, doktor bertugas dan dispensari, suasananya pun amat selesa.

Doktornya pula bukan sekadar memeriksa dan menamakan ubat, siap menerangkan keperluan, tujuan dan kesan ubat yang diberi. 

Malah di klinik yang berertika dan professional ini, turut dipamerkan hak anda sebagai pelanggan untuk membuat aduan.

Syabas mgmt Klinik As-salam Meru Jaya.

Kepada pengguna, gunakan dan manfaatkan hak anda mengikut saluran yang betul

Manakala gambar berikut kiriman seorang kenalan saya.





Saturday, October 10, 2015

Selamatkah anak-anak kita?


Selamatkah anak-anak kita?

Selamatkah anak-anak kita semasa sesi persekolahan dan juga semasa di asrama?

OSH in School
OSHA 1994 Section 17 Others than employees
OSHA 1994 Section 18 Occupier