Tuesday, March 5, 2013

Awas! Bayangan Maut

 Awas! Bayangan Maut

Semasa bekerja di kilang tayar 20 tahun yang lalu, OSH Manager saya (En. Abdul Rahim Jasmin) telah meminta saya mereka papan tanda amaran berkaitan hazard muatan tergantung (suspended load). Ini kerana ketika itu (tahun 90an), terdapat lebih 20 biji mesin angkat (crane and hoist) di kilang tersebut.

Setelah merujuk beberapa laman web OSH luar negara, kami menempah papan tanda yang bertulis; AWAS! JANGAN BERADA DI BAWAH BAYANGAN MAUT (Shadow of Death) dan memasangnya di semua kawasan mesin angkat termasuk di Mesin Pengangkat Kereta (Car Lifter) seperti gambar di atas.

Bagi kami, papan tanda tersebut memainkan peranan penting mengingatkan (memberi amaran) kepada semua pekerja agar tidak mengambil mudah berada atau berjalan di bawah muatan tergantung.

Bagaimanapun saya tidak pasti sama ada papan tanda tersebut masih ada di kilang tayar ini.

Gambar kemalangan di atas, saya ambil dari Facebook Bomba dan Penyelamat Malaysia.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Sunday, March 3, 2013

Mempromosikan budaya tidak selamat


Mempromosikan budaya tidak selamat

Harian Metro baru sahaja mengorak langkah mendahului media masa lain dengan mempromosikan budaya selamat dengan memperkenalkan ruangan OSH setiap hari Jumaat dengan kerjasama Niosh. Rujuk link di sini untuk berita selanjutnya.

Bagaimanapun hari ini, Harian Metro juga mempromosikan budaya tidak selamat dengan melaporkan pengantin lelaki melakukan “wheelie” (tanpa mengenakan pakaian/peralatan keselamatan) di hari perkahwinannya.

Menjadi trend masa kini ada sahaja perbuatan atau kelakuan sama ada extreme (melampau) atau pelek untuk menjadi ingatan yang dilakukan semasa hari yang bersejarah terutama di hari perkahwinan. Ada yang menyarung cincin di dalam dasar laut ataupun semasa membuat penerjunan udara. Tetapi mereka yang menyarung cincin di dalam dasar laut dan semasa membuat penerjunan udara mengenakan pakaian/peralatan keselamatan yang bersesuaian dan bukannya memakai Baju Melayu, bertengkolok dan bersamping ataupun suit pengantin ala Inggeris.

Alangkah manisnya jika Sharifudin Shahrin mengenakan suit lengkap pelumba dengan topi keledar sepenuh muka dan sarung tangan semasa membuat pertunjukan “wheelie” ini. Saya tidak dapatkan bayangkan jika semasa berbaju Melayu, bertengkolok dan bersamping ini, Sharifudin tidak dapat mengawal motosikalnya.

Apa yang lebih membimbangkan saya sebagai pengamal OSH dan juga sentiasa mempromosikan budaya selamat ini ialah perbuatan Sharifudin akan menjadi ikutan bakal-bakal pengantin yang lain. Tidak kerterlaluan selepas ini ada yang sanggup bermotosikal membuat lompatan melintasi kawah Nasi Kenduri ataupun Gulai Kenduri.

Akhbar sememangnya bersifat melaporkan berita tetapi janganlah sampai mempromosikan berita negatif seperti budaya tidak selamat ini.

http://oshthejourney.blogspot.com

Berita penuh.

Aksi lagak ngeri di hari persandingan
Oleh Aidi Emizul Rasidi, Harian Metro 3 Mac 2013

Ipoh: Aksi lagak ngeri mencuri tumpuan pada hari bersejarah pasangan pengantin, Sharifudin Shahrin, 28, dan isteri, Nurhafizah Fakhrudin, 27, pada majlis perkahwinan di Kampung Sri Kinta, di sini, semalam.

Dalam cuaca panas terik, pengantin lelaki, Sharifudin atau dikenali dengan panggilan Dino membuat aksi unik itu di perkarangan rumah keluarga pengantin.

Pada majlis itu Sharifudin menunjukkan aksi ‘dough nut’ (memusing bulatan) dan ‘wheelie’ selama hampir 20 minit.

Dia yang juga bekas ‘mat rempit’ membuka bengkel motosikal di bandar raya ini sebagai juruteknik manakala isterinya bertugas sebagai kerani bank.

Sharifudin yang berkenalan dengan isteri ketika menuntut di sekolah rendah berkata, dia memilih melakukan aksi lagak ngeri itu kerana minat mendalam terhadap motosikal, selain mengabdikan kenangan indah itu bersama isteri dan keluarga yang menghadiri majlis itu.

“Sebelum ini saya menyertai kelab Wazi Boyz yang aktif melakukan pelbagai persembahan ‘stunt’ di seluruh Semenanjung.

Friday, March 1, 2013

Kedudukan Hose Reel yang pasti tidak terhalang

Kedudukan Hose Reel yang pasti tidak terhalang

Setiap kali mengunjungi ke sesuatu tempat terutama hotel, kilang, restoran dan pusat membeli-belah, saya pasti akan meninjau susunatur bagaimana peralatan mencegah/melawan kebakaran dipasang. Ramai pemilik dan pengusaha premis mengambil mudah hal ini. Sebagai contoh plan asal (blue print) arkitek yang dihantar untuk permohonan kelulusan bomba menunjukkan alat pemadam api mudah aleh (contoh ABC DP 9.0kg) dipasang tanpa halangan dalam jarak 75'. Apabila premis telah dihuni, terdapat halangan seperti pengadang (partition), kabinet dan sebagainya tetapi jarak alat pemadam api mudah aleh ini masih dikekalkan pada jarak asal. Begitu juga dengan peralatan lain seperti hosel reel, smoke detector dan fire alarm yang sering dihalang dengan pelbagai peralatan sama ada kekal ataupun mudah aleh.

Saya berkunjung ke Mydin Ipoh bulan lepas. Pusat Membeli belah baru ini amat selesa dikunjungi dengan pelbagai kemudahan menjamu selera, sholat, blik air dan lain-lain.

Rasanya pertama kali saya melihat kedudukan Hose Reel yang dipasang pada tiang di paras ketinggian melebihi 6'. Secara peribadi saya merasakan inilah kedudukan Hose Reel yang bukan sahaja tidak akan terhalang tetapi mudah dilihat. Saya tidak pasti sama ada lokasi ini disyorkan oleh mana-mana pihak bomba ataupun konsultan.

Syabas Mydin Ipoh!

Bagaimanapun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan (room for improvement) kepada pihak pengurusan Mydin amnya atau kepada pegawai yang bertanggungjawab khususnya. Alat pemadam api mudah aleh ABC DP 9.0kg yang silinder berwarna merah itu tidak sepatutnya diletakkan di atas lantai di tepi tiang.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

5S SEITON - DIY



5S SEITON - DIY

SEITON atau SUSUN terjemahannya dan penerangannya ialah menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

Cuti perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini, saya bersama anak memanfaatkan dengan memasang rak dinding untuk basikal. Sebelum ini saya telah memasang kunci yang boleh menambat basikal ini di dinding. Rujuk di sini.

Basikal yang dismpan secara tergantung ini bukan sahaja memberi ruang untuk kerja-kerja pembersihan lantai dan sebagainya tetapi juga dapat memanjang hayat roda dan tayar basikal. Roda yang tidak atau jarang bergerak boeh menyebabkannya rosak akibat tanggungan berat badan basikal.

Seiton ini adalah amalan 5S yang memudahkan kita sama ada untuk mengenalpasti, mengambil (untuk menggunakan) dan juga lebih teratur untuk kerja-kerja pembersihan dan sebagainya.

lukmanw@gmail.com
http:/oshthejourney.blogspot.com/