Tuesday, March 30, 2010
Monday, March 29, 2010
Pembuka kata setiap majlis
Pembuka kata setiap majlis
Sabtu dan Ahad lepas adalah hari konvokesyen di UUM. Sabtu pada sidang pertama paginya adalah konvokesyen pelajar-pelajar saya iaitu Program Msc OSH. Malangnya pada kali ini saya tidak dapat bersama-sama mereka yang berpeluang menaiki pentas menerima skrol masing-masing kerana terbabit dalam pengajaran di Kuala Lumpur. Hanya ucapan tahniah dari saya serta pensyarah lain dan kakitangan Jabatan Siswazah OSH, UUM College Arts & Sciences.
Seperti biasa telefon bimbit saya tidak putus-putus berdering sama ada menerima panggilan atau sms mengucapkan terima kasih dan sebagainya. Begitu juga dengan kiriman email.
Terbaru saya menerima sms menyatakan kebanggaan mereka mendengarkan pembukaan kata majlis berunsurkan keselamatan. Turut diterima saya ialah email menyatakan kekesalan kemalangan maut yang berlaku mengakibatkan juruterbang TUDM.
Sebagai pengamal OSH, saya sedaya-upaya di sebarang majlis akan memastikan semua maklumat-maklumat yang mesti diketahui seperti di dalam rajah di atas dalam pengetahuan saya sebelum memulakan majlis. Pada masa yang sama, saya juga akan memulakan slot persembahan saya dengan membuat hebahan berkaitan maklumat-maklumat seperti di atas.
Saya difahamkan majlis konvekesyen UUM telah mengamalkan amalan sebegini semenjak tahun 2007. Saya berharap bukan sahaja IPTA/IPTS lain mengamalkannya sama tetapi turut diamalkan oleh mana-mana majlis lainterutama melibatkan orang ramai yang pertama kali menyertainya.
Kita semua mengharapkan semuanya berjalan lancar dan terbaik tetapi pada masa yang sama kita mesti bersedia untuk menghadapi sebarang kecemasan.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Sunday, March 28, 2010
Manfaatkan Kempen Earth Hour
Manfaatkan Kempen Earth Hour
Semalam 27 Mac 2010, semasa jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, saya dalam perjalanan kembali dari kelas di Bangi ke Hotel Kualiti Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Saya tiba di hotel sekitar jam 9.00 malam dan merasa bangga apabila hotel pilihan saya setiap kali berada di Kuala Lumpur ini turut mengambil bahagian dalam Kempen Earth Hour ini. Malah semua penghuni hotel telah dimaklumkan lebih awal dengan edaran makluman bercetak.
Di lobi hanya ada satu lampu menyala di ruang meja pendaftaran. Selainnya gelap gulita! Lampu dalam lift masih menyala tetapi tiada langsung lampu atau cahaya dari ruangan pintu lift ke bilik-bilik hotel. Saya bermasalah untuk mencari nombor pada pintu bilik. Mujurlah cahaya pada skrin telefon bimbit berupaya membantu saya mengesan nombor bilik yang betul.
Persoalannya mengapa tidak dimanfaatkan Kempen Earth Hour ini untuk menguji dan “drain-out remaining power’ dalam set Lampu Kecemasan.
Lampu Kecemasan berkuasa bateri ini biasanya akan di-charge berterusan semasa bekalan bateri tersedia. Jika bekalan elektrik terputus, Lampu Kecemasan ini akan menyala dengan serta-merta sehinggalah kuasa bateri yang ada habis digunakan. Biasanya Lampu Kecemasan ini berkuasa menyala sehingga maksimum 4 jam bergantung kepada kapasiti bateri dan juga penggunaan sama ada hanya satu ada kedua-dua sekali lampu yang ada pada set lengkap.
Untuk memanjangkan hayat set Lampu Kecemasan ini, dalam masa sela tertentu sama ada setiap 3 bulan atau 6 bulan (mengikut spesifikasi pengeluar), kuasa bateri yang di-charge berterusan itu hendaklah di-drain-out-kan sepenuhnya secara membiarkan Lampu Kecemasan tersebut menyala (dengan memutuskan bekalan kuasa elektrik) berterusan sehingga habis kuasa bateri.
Biasanya jika sesuatu bangunan itu diselenggara dengan begitu baik dan tidak pernah mengalami gangguan terputusnya bekalan elektrik ataupun jika ada hanya seketika beberapa minit sahaja, amalan ‘drain-out’ tidak atau jarang diamalkan. Ini boleh memendekkan set hayat Lampu Kecemasan ini
Sepatutnya masa sejam dari 8.30 malam hingga 9.30 malam ini dimanfaatkan oleh pihak penyenggaraan Hotel Kualiti dan juga semua pihak pengurusan bangunan yang lain untuk menguji dan juga “drain-out remaining power’ dalam Lampu Kecemasan. Pada masa yang sama, terlibat dalam Kempen Earth Hour ini bukanlah bererti hanya menutup lampu sahaja. Banyak lagi perbuatan yang boleh dilakukan.
Apapun manfaatkan Kempen Earth Hour ini.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Berpada-padalah semasa menyambut keraian
Berpada-padalah semasa menyambut keraian
Takziah kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, 39, maut selepas pesawat Pilatus PC-7 milik TUDM yang dalam sesi latihan pertunjukan terhempas pada pukul 10.15 pagi 25 Mac 2010 di hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.
Siasatan kemalangan hanya akan diumumkan dalam masa sebulan. Apa yang dilaporkan oleh saksi semasa kejadian, pesawat Pilatus PC-7 tersebut dilihat membuat beberapa aksi formasi yang kemudiannya menjunam jatuh ke hutan simpan universiti.
Kejadian seumpama ini sudah kerap berlaku semasa sambutan keraian. Persoalannya mengapa perlu aksi formasi ataupun akrobatik? Tidak cukupkah sekadar terbang lintas hormat?
Sebagai peserta Perarakan Kebangsaan menyambut kemerdekaan, saya berpengalaman dua kali menmgambil bahagian pada tahun 1986 dan 1987 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi di Dataran Merdeka. Semua peserta yang mengambil bahagian berpakaian lengkap sebagai penunggang motosikal tetapi kami hanya menunggang hanya untuk memberi lintas hormat tanpa sebarang aksi melulu dan sebagainya.
Ini berbeza ketika saya menganjurkan acara perlumbaan motosikal Yamaha Cub Prix di Ipoh penghujung 90an. Sebenarnya sebagai penganjur kami tidak membenarkan sebarang aksi pertunjukkan semasa acara berlangsung ataupun semasa rehat. Bagaimanapun atas permintaan penaja, kami terpaksa beralah membenarkan rombongan TZM 150 dari Kuala Lumpur untuk membuat perarakan mengelilingi litar lumba.
Rombongan TZM dari Kuala Lumpur ini kemudiannya bergabung dengan pemilik TZM dari Ipoh. Pusingan pertama mengelilingi litar tiada sebarang masalah tetapi apabila masuk ke pusingan kedua sudah kelihatan dua tiga peserta yang menunjukkan belang masing-masing. Ada yang me-wheelie-kan roda motosikal masing-masing. Malah ada peserta dari Ipoh yang hanya berselipar turut bersama membuat aksi-aksi yang merbahaya ini.
Saya atas kapasiti “secretary of the meet” terus memberhentikan perarakan ini.
Acara perarakan sebegini sememangnya digemari oleh penghujung terutama mereka yang mewakili persatuan tertentu. Malah menjadi kebanggaan mereka ahli persatuan ini jika dapat membuat perarakan mengelilingi litar perlumbaan terutama jika mengiringi mana-mana tetamu kehormat yang dijemput untuk merasmikan cara. Sebagai contoh semasa Cup Prix di Kota Bharu beberapa tahun lepas, Menteri Besar Kelantan berarak diiringi oleh aglu persatuan Kelab Motosikal Klasik Honda Kelantan. Bagaimanapun perarakan ini berlangsung seperti yang dirancang.
Atas pengalaman di Ipoh itu, kami mengambil beberapa penetapan untuk sebarang acara sokongan sebegini. Jika ada sebarang permintaan perarakan, hanya berbentuk lintas hormat dengan pergerakan kenderaan seperlahan yang mungkin. Jika perlu perarakan ini akan didahului oleh pihak penganjur yang akan membawa kenderaan utama dengan kelajuan yang paling perlahan.
Iktibar dari kejadian.
Berpada-padalah semasa menyambut keraian.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Wednesday, March 24, 2010
Monday, March 22, 2010
Bersempenaan Cuti Sekolah
Bersempenaan Cuti Sekolah
"Tidak seperti biasa selepas makan malam dalam penerbangan ke Miri, aku malah penumpang lain yang biasa berterbangan dengan MAS dikejutkan dengan dijamu pula dengan Ais Krim Haagen Dazs dan Cadbury Zip Nutty Crunch.
Biasanya tambahan cookies ini hanya di musim-musim perayaan. Kalau Deepavali merasalah juga Ladu Kuih Keras Berserbuk Tepung itu. Kalau Gong Xi Fatt Chai berselang maneka Kuih Kapit, Kuih Bakar dan Buah Limau. Masa Krismas merasalah sepotong kek. Masa Raya Puasa dan Raya Haji aku tak tahu sebab tak pernah lagi berterbangan semasa dua perayaan itu."
Kisah lanjut di sini.
Sebenarnya pendekatan yang diambil oleh MAS ini mengingatkan saya kepada mantan CEO Tasek Cement (semasa saya bekerja di sana pada tahun 2006/2007) iaitu Mr. Tan Keng Meng. Biasanya email-email beliau ketika di hari-hari akhir bekerja menjelangnya musim perayaan ataupun cuti sekolah akan diselitkan dengan kata-kata nasihat keselamatan (safety message) terutamanya berkaitan dengan keselamatan jalan raya ataupun keselamatan di tempat liburan (sungai, laut dan lain-lain).
Mr. Tan juga orang bertanggungjawab memperkenalkan amalan berkongsi kata-kata nasihat keselamatan dan juga kata-kata nasihat membina (postive message) di setiap awalan sebarang mesyuarat di Tasek Cement. Bukan sahaja setiap orang mengikut giliran mesti memberikan safety dan postive message ini, ianya juga mesti di-minit-kan.
Saya tidak pasti sama ada amalan ini masih berterusan di Tasek Cement semasa ini tetapi pendekatan ini adalah satu syoran saya kepada semua orang yang meminta nasihat atau pandangan untuk menjalankan mesyuarat yang effektif terutama Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Kilang (Plant Safety Meeting).
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourny.blogspot.com/
Wednesday, March 17, 2010
Pembesar suara (loud hailer) jangan dilupakan
Pembesar suara (loud hailer) jangan dilupakan
Jauh perjalanan luas pengalaman. Bagi saya jauh perjalanan dengan mata yang perihatin banyak yang boleh diteladani.
Kunjungan saya ke Bangunan MARA bersebelahan Kompleks Pertama minggu lepas "memandangkan" saya kepada sebuah almari berkaca berhampiran dengan bilik air di paras 1 bangunan tersebut.
Walaupun saya pasti operasi di Bangunan MARA ini lebih kepada pentadbiran bukannya berisiko tinggi, keprihatinan pihak pengurusan MARA (atau pengurusan bangunan?) menyediakan kelengkapan kecemasan ini amat terpuji.
Manariknya lagi, selain daripada beberapa alatan kecemasan biasa seperti Alat Pemadam Api Mudah Alih, Vest Keselamatan, Selimut Api, set SCBA dan Kapak, turut tersedia adalah dua buah Pembesar Suara atau Loud Hailer ini.
Kepentingan Pembesar Suara ini semasa kecemasan ini tidak dinafikan terutamanya apabila sistem hebahan berelektronik sedia ada tidak berfungsi. Biasanya Pembesar Suara ini tidak diletakkan bersama-sama dengan peralatan kecemasan ini kerana keperluannya bukan sahaja untuk semasa kecemasan tetapi turut digunakan untuk majlis-majlis luaran seperti sukan, keraian dan lain-lain.
Ini adalah satu contoh teladan untuk persediaan menghadapi kecemasan. Syabas di atas keprihatinan pihak pengurusan MARA atau pengurusan bangunan MARA ini. Bagaimanapun jangan lupa untuk memastikan agar baterinya tersedia untuk digunakan semasa kecemasan.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Monday, March 15, 2010
Peralatan Keselamatan Kanak-kanak Patrull di IKEA
Peralatan Keselamatan Kanak-kanak Patrull di IKEA
Barangan di IKEA bukan sahaja menarik dan menawan dipandang serta dimiliki, ianya juga memiliki ciri-ciri keselamatan.
Manakala produk Patrull di IKEA pula sebagai aksesori tambahan keselamatan kepada perabut-perabut keluaran dan berjenama IKEA.
Sebelum ini saya pernah menulis pelbagai aksesori Patrull ini seperti penutup lubang punca kuasa elektrik, pengikat pintu almari, pengikat laci meja dan sebagainya. Dua gambar teratas dalam posting ini ialah penutup bucu meja untuk mengelakkan kemalangan yang boleh berpunca dari sudut tajam meja (table sharp edge).
Kunjungan terbaru, saya tertarik dengan penghadang pintu atau tangga keluaran Patrull ini. Sebenarnya penghadang ini biasa kelihatan di rumah-rumah terutama mereka yang memiliki anak kecil. Bagaimanapun penghadang sedia ada biasanya dibuat dengan menggunakan kayu yang berkemungkinan merbahaya dari segi sembilu kayu ataupun bucu tajam.
Berbeza dengan penghadang Patrull yang diperbuat dari bahan berasaskan plastik yang kuat ini dengan ciri-ciri kelasakan dan ketahanannya.
lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)