Thursday, July 31, 2014

Bila kali terakhir anda menukar injap tayar kenderaan anda?




Bila kali terakhir anda menukar injap tayar kenderaan anda?

Pengeluar tayar (dan kenderaan) biasanya mengesyorkan injap tayar (tyre valve) hendaklah ditukar setiap kali anda menukar tayar kenderaan anda.

Bagaimana pula kalau anda seorang yang selalu menjaga tekanan angin tayar? Penjagaan angin tayar yang sesuai dan betul akan memanjangkan lagi hayat tayar kenderaan anda.

Disebaliknya saya teralpa dengan tempoh penggunaan injap tayar. Awal tahun 2014 ini saya telah menukar kedua-dua tayar roda hadapan kereta Pesona saya dan juga injap tayar kedua-duanya. Oleh kerana bunga tayar roda belakang masih elok, saya bercadang hanya untuk menukarnya pada penghujung tahun ini bergantung kepada keadaan. Pada masa yang sama, saya tidak menukar injap tayar roda belakang ini.

Pagi tadi, saya dapati kedua-dua tayar roda belakang saya terutama di sebelah kiri agak kekurangan angin. Sebaik sahaja saya mengenakan muncung pengepam angin (nozzle) di stesen minyak hentian R&R Juru, injap roda tayar ini terus patah!

Saya tidak bermasalah untuk membuka empat bolt rim roda belakang kiri ini kerana saya sudah memastikan sebelum ini bolt rim ini tidak diketatkan secara melampau menggunakan mesin torque.

Bagaimanapun rim tersebut terlekat pada buyung (hub) roda. Pelbagai cara digunakan termasuk mengoyangkan dan menendang (atas dan bahawa) bahagian roda tetapi masih gagal.

Sehinggalah seorang pemandu lori berbangsa Cina (PCB 3519) menghulurkan bantuan dengan menggunakan pengetuk (hammer) yang berlapikkan getah.

Hanya ucapan ribuan terima kasih kepada insan yang bersusah-payah membantu tanpa sempat bertanyakan nama. Begitu juga kepada beberapa orang pemandu kenderaan lain yang cuba membantu sebelumnya. Terima kasih semua.

Saya teringatkan klip video seperti di bawah, yang saya sering gunakan sebagai bahan pembelajaran saya di dalam kelas. Malah paling akhir saya berkongsi klip video dengan staf Hicom Honda pada minggu lepas.

Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.




Wednesday, July 30, 2014

5. Process Maps and FMEA Help Prepare Utility for Disaster


5. Process Maps and FMEA Help Prepare Utility for Disaster

,  and www.isixsigma.com

Friday, July 25, 2014

Manfaatkan ruangan tempat letak motosikal




Manfaatkan ruangan tempat letak motosikal

Saya baru selesai 2 hari tugasan di Hicom Honda Sg Petani. Seperti biasa, setiap kali berpeluang berkongsi sedikit pengalaman dan pengetahuan OSH yang ada, saya cuba mempelajari/meneladani sesuatu di Hicom Honda ini.

Selain kagum dengan amalan dan akitiviti 5S di sini terutama dalam aspek pelabelan dan juga juga kebersihan di tandas, saya tertarik dengan tempat simpanan topi keledar dan jaket yang disediakan di tempat letak motosikal. Ianya amat praktikal di mana tempat simpanan ini direka di bahagian atas tempat letak kenderaan yang berbumbung ini.

Organisasi lain patut mencontohinya.


lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Chemical exposure control – avoid direct contact (isolation method)




Chemical exposure control – avoid direct contact (isolation method)


Sebelum ini saya beri perhargaan kepada pekerja (pengurusan) mencuci kenderaan di Caltex Sunway kerana menggunakan spam yang ada handle semasa mengilatkan tayar kenderaan. Pagi tadi semasa mencuci kereta di tempat mencuci kenderaan yang baru dibuka di Asam Kumbang Taiping, saya dapati pekerja di sini juga menggunakan peralatan yang hampir sama.


lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Tuesday, July 15, 2014

4. FMEA Can Add Value in Various Project Stages


4. FMEACan Add Value in Various Project Stages

Luca Benciniand Steven J. Pautz www.isixsigma.com

Friday, July 11, 2014

Thursday, July 10, 2014

Tuesday, July 8, 2014

1. Quick Guide to Failure Mode and Effects Analysis


1.  Quick Guide to Failure Mode and Effects Analysis

George Forrest. www.isixsigma.com

Saturday, July 5, 2014

Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?


Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?

Semasa saya bekerja di kilang elektronik di Kulim Hi-tech pada awal tahun 2000, kilang saya bekerja tersebut telah menerima saman dari pihak berkuasa tempatan kerana didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebagai SHO ketika itu, agak sukar saya untuk menjelaskan kepada pihak pengurusan hal ini kerana tempat pembiakan tersebut adalah di celah dahan pelepah pokok palma di hadapan kilang. Pihak berkuasa tempatan menegaskan kedudukan pokok palma tersebut masih di kawasan premis kilang.

Beberapa tahun selepas itu, semasa bekerja di kilang simen di Ipoh pula, kilang yang saya bekerja ini telah menerima saman dari pihak berkuasa tempatan kerana didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes di lopak kain tarpaulin canvas penutup karung guni simen.

Sumber air dalam kedua-dua kes ini adalah dari air hujan.

Persoalannya, kalau di tempat kerja, occupier” atau “employer” boleh disaman oleh pihak berkuasa tempatan, bolehkah kita pula saman “pihak berkuasa tempatan” yang bertanggungjawab terhadap kebersihan jika dapat dibuktikan adanya tempat pembiakan aedes di persekitaran perumahan yang kita tinggal akibat kegagalan pihak berkuasa tempatan ini?


Sekadar persoalan.

Wednesday, July 2, 2014

Foolproof or Make It Legally Safe




Foolproof or Make It Legally Safe
Lesson learned dari kemalangan maut di Pasar Ramadhan

Menurut seorang saksi di tempat kejadian; "Mangsa cuba melintasi longkang selebar semeter itu tanpa melalui laluan pejalan kaki yang telah disediakan sebelum hilang keseimbangan badan dan tergelincir.

Sikap suka mengambil jalan pintas atau “short-cut” sebegini (tanpa melalui laluan pejalan kaki yang telah disediakan) kerap mengundang kemalangan. Sebagai contoh, jejambat untuk perjalan kaki telah dibina tetapi ramai juga yang masih menyeberangi jalan yang sibuk tanpa menggunakan jejambat perjalan kaki ini.

Biasanya juga kawasan perumahan yang dibina hanya mempunyai laluan masuk utama yang terhad tetapi kemudian ramai penghuni yang membuat jalan pintas menyeberangi longkang terutama pengguna motosikal. Dari laluan yang menggunakan papannya akhirnya dibuat menggunakan konkrit.

Terdapat juga “kesilapan” pemaju yang menentukan laluan ini. Mungkin laluan utama yang jauh menyebabkan penghuni mencari alternatif lain. Tetapi sikap manusia yang suka mengambil jalan pintas dengan alasan dekat dengan rumah ataupun dekat dengan kenderaan yang diletakkan.  Sebagai contoh, tempat letak kereta masih terdapat ruang kosong tapi ramai pemandu yang memilih untuk meletakkan kereta mereka di susur jalan berhampiran dengan tempat kerja atau bangunan yang mereka hendak berurusan.

Jika perlu laluan pintas, alternatif “meghalalkan” nya perlu dibuat. Alhamdulillah walaupun mungkin sedikit terlewat hingga meragut satu nyawa, longkang di Pasar Ramadhan Putrajaya ini telah mempunyai laluan perjalan kaki yang lebih selesa dengan longkang ditutup dan tebing tanah telah dibuat tangga. Lebih lengkap jika ditambah pemegang tangan di susur tangga itu.

Rujuk posting saya yang bertajuk - Foolproof or Make It Legally Safe di sini. Baca juga posting saya yang berkaitan di sini, di sini dan di sini.


http://oshthejourney.blogspot.com