Saturday, July 5, 2014

Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?


Aedes – bolehkah kita saman “pihak berkuasa tempatan”?

Semasa saya bekerja di kilang elektronik di Kulim Hi-tech pada awal tahun 2000, kilang saya bekerja tersebut telah menerima saman dari pihak berkuasa tempatan kerana didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes. Sebagai SHO ketika itu, agak sukar saya untuk menjelaskan kepada pihak pengurusan hal ini kerana tempat pembiakan tersebut adalah di celah dahan pelepah pokok palma di hadapan kilang. Pihak berkuasa tempatan menegaskan kedudukan pokok palma tersebut masih di kawasan premis kilang.

Beberapa tahun selepas itu, semasa bekerja di kilang simen di Ipoh pula, kilang yang saya bekerja ini telah menerima saman dari pihak berkuasa tempatan kerana didapati terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes di lopak kain tarpaulin canvas penutup karung guni simen.

Sumber air dalam kedua-dua kes ini adalah dari air hujan.

Persoalannya, kalau di tempat kerja, occupier” atau “employer” boleh disaman oleh pihak berkuasa tempatan, bolehkah kita pula saman “pihak berkuasa tempatan” yang bertanggungjawab terhadap kebersihan jika dapat dibuktikan adanya tempat pembiakan aedes di persekitaran perumahan yang kita tinggal akibat kegagalan pihak berkuasa tempatan ini?


Sekadar persoalan.

No comments:

Post a Comment