Friday, June 28, 2013

Langkah kecil tetapi besar impaknya


Langkah kecil tetapi besar impaknya

Antara langkah terpuji pihak PLUS (dengan penaja) ialah mengadakan kempen berhenti rehat seketika sambil minum kopi di kawasan R&R (terpilih) semasa musim-musim perayaan. Sedikit-sebanyak kempen sebegini mampu mengurangkan kadar kemalangan yang membimbangkan semasa musim perayaan.

Semalam (27-Jun-2013), saya dijemput melawat dan diminta memberi cadangan penambahbaikan OSH sebuah kilang membuat alatganti kenderaan di Shah Alam berhampiran kilang Proton.

Seperti yang saya jangka, kilang Jepun dengan pekerja melebihi 500 orang ini tiada masalah dari segi susunatur dan higen/kebersihan mesin-mesinnya. Amalan 5S yang diamalkan banyak menyumbang kepada keberkesanan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kilang ini.

Untuk posting kali ini saya tidak berhasrat untuk mengulas cadangan-cadangan penambahbaikan OSH yang telah saya sampaikan kepada pihak pengurusan kilang ini. Saya hanya ingin menyentuh amalan pihak pengurusan kilang ini yang menyediakan minuman panas (kopi panas) secara percuma kepada pekerja-pekerja yang telah tamat syif bekerja/ Sebuah balang air (tea urn) disediakan berhampiran Pondok Pengawal di mana pekerja-pekerja yang hendak pulang boleh mengambil minuman ini secara percuma.

Ini adalah salah satu kempen yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan di mana sedikit-sebanyak minuman panas sebegini mampu menyegarkan pekerja semasa dalam perjalanan pulang dengan kenderaan masing-masing setelah penat pekerja.

Langkah tampak kecil tetapi besar impaknya.

Semoga amalan sebegini boleh (patut) dicontohi oleh organisasi-organisasi lain.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Wednesday, June 26, 2013

MTUC Mahu Majikan Sediakan Topeng Muka Secara Percuma Kepada Pekerja

MTUC Mahu Majikan Sediakan Topeng Muka Secara Percuma Kepada Pekerja

PETALING JAYA25 Jun –  Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) pada Selasa menggesa semua majikan menyediakan topeng muka secara percuma kepada pekerja mereka berikutan jerebu yang semakin teruk di negara ini.
Keutamaan patut diberikan kepada mereka yang bekerja di lapangan seperti pembinaan, perladangan dan pekerja pelabuhan, kata Naib Presidennya A. Balasubramaniam.
Beliau memberitahu Bernama, pada ketika ini sesetengah pekerja membeli sendiri topeng muka dan ini membebankan mereka daripada segi kewangan.
Balasubramaniam, yang juga pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan MTUC berkata majikan juga perlu memberi pertimbangan sewajarnya kepada pekerjamereka yang menghidap asma atau penyakit lain berkaitan pernafasan.
Beliau berkata, kategori pekerja seumpama itu patut diberikan bantuan perubatan sepatutnya atau cuti bergantung kepada keadaan jerebu dan keperluan kesihatan mereka.
Katanya, diharapkan kerajaan akan menyediakan insentif khas untuk menggalakkan majikan menjamin kesihatan pekerja mereka semasa tempoh kritikal ini.

Tuesday, June 25, 2013

Safety, Health & Welfare at AEON Seremban 2

Safety, Health & Welfare at AEON Seremban 2

Kalau sebelum ini saya menyatakan penghargaan kepada AEON (AEON Sri Manjung) kerana keprihatinan mereka terhadap Safety dan Security, kali ini saya ingin menyatakan penghargaan kepada AEON (AEON Seremban 2) kerana keprihatinan mereka terhadap Safety, Health dan Welfare, selaras dengan objektif OSHA 1994 serta FMA 1967.

Dari segi Safety (FMA 1967) – sektor perkilangan sedia maklum keperluan mendaftarkan Lift Penumpang tetapi sektor lain seperti sektor perkhidmatan sama ada tidak tahu ataupun mengambil mudah dengan peraturan FMA 1967 ini. Kalaupun pihak DOSH (di negeri terbabit) mendaftarkan Certified Machineries ini di sektor perkhidmatan yang terbabit, pemiliknya tidak begitu mengambil berat terhadap pembaharuan pendaftaran, perlabelan dan penyenggaraan.

Tidak seperti di AEON Seremban 2 ini, semua Lift Penumpang yang ada lengkap dengan label pendaftaran (PMA), salinan sijil perakuan yang sah tempohnya dan label nombor-nombor telefon untuk dihubungi jika perlu ketika kecemasan.




Dari segi Health – semua pekerja di Food Court memakai penutup kepala dan ada di antara mereka yang memakai penutup mulut walaupun bertugas di kaunter pembayaran. Perundangan yang dikuatkuasa oleh Pihak Beruasa Tempatan memestikan semua pengendali makanan (food handler) mematuhi peraturan-peraturan kebersihan. Ramai pengusaha makanan mengambil mudah dengan menganggap pengendali makanan ini hanyalah terdiri dari tukang masak sahaja sedangkan semua pekerja di premis menyediakan makanan adalah dianggap pengendali makanan.


Dari segi Welfare – petak khas untuk parking kenderaan OKU. OKU yang membawa kenderaan hanya perlu menelefon pertugas yang akan membantu mengalehkan penghalang/penghadang petak parking ini.

Papan tanda lain yang berkaitan ialah Bahaya Tersandung dan Drug-Free Area.

Syabas AEON Seremban 2 khususnya dan pihak pengurusan AEON amnya dengan tahap standard Safety, Health dan Welfare mereka.








Pemanduan di Vietnam



Pemanduan di Vietnam
(Diterima melalui email NRG Group)

Salam Tuan,

Saya mengucapkan terima kasih di atas email tuan.

Saya ingin berkongsi pengalaman dengan semua NRG Group. Mengenai pemanduan di jalan raya yang telah saya lihat semasa saya di Vietnam dua minggu lepas selama empat hari saya berada Ho Chi Min, saya dapati semua pengguna di jalan raya saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan saling memberi laluan kepada pengguna lain, walau tiada lampu isyarat keadaan lalu lintas masih berjalan dengan lancar dan tiada kemalangan yang berlaku.

Alangkah baiknya jika pengguna jalan raya di Malaysia juga seperti mereka.

Boleh lihat foto yang disertakan.

Sekadar pandangan sahaja.

Pengirim email adalah seorang SHO.

Pemanduan di Malaysia

Semasa titah perasmian parlimen ke 13 sebentar tadi, Yang DiPertuan Agong selain mengingati semua Ahli Parlimen tentang kewajipan mereka dan juga tanggungjawab rakyat, Agong turut mengingatkan tentang kadar kemalangan jalan raya yang meningkat di Malaysia.

Harap selepas ini semua Ahli Parlimen bersama-sama (mengenepikan politik kepartian) untuk mengambil berat dan seterusnya mengamibil tindakan mengatasi/mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.

http://oshthejourney.blogspot.com/

Tanggungjawab majikan berkaitan jerebu - makluman

Cara Pemakaian Topeng Muka

Tanggungjawab majikan berkaitan jerebu - makluman

Berikut adalah email yang dikeluarkan (termasuk gambar di atas) oleh pihak pengurusan PLUS Berhad kepada semua kakitangannya. Semoga semua pihak pengurusan organisasi lain turut mengambil tindakan yang sama.

http://oshthejourney.blogspot.com

Makluman untuk semua kakitangan

Memandangkan masalah jerebu yang melanda Negara masih belum berkurangan, semua kakitangan yang tingggal dan bertugas di kawasan-kawasan indeks pencemaran udara (IPU) yang tidak sihat (melebihi 101), perlu mematuhi arahan-arahan semasa yang diberikan ketika menghadapi keadaan berjerebu.  

Tindakan semasa JEREBU :

· Kakitangan pejabat yang menjalankan tugas di luar, perlu sentiasa memakai penutup hidung dan mulut jenis 3 ply/topeng muka;

· Kakitangan yang terdedah dengan persekitaran luar seperti PLUSRonda, Pembantu Khidmat Pelanggan dan lain-lain, pastikan anda juga memakai penutup hidung dan mulut jenis 3 ply/topeng muka;

· Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari);

· Basuh tangan dan muka dengan menggunakan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar pejabat.

Petunjuk :
AP: I0-50 Status: Baik / Good
AP: 51-100 Status: Sederhana / Moderate
AP: 101-200 Status: Tidak Sihat / Unhealthy
AP: 201-300 Status: Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy
AP: >301 Status: Berbahaya / Hazardous

Sekian, harap maklum.

Wakil Pengurusan

Sistem Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan (OHSAS 18001) PLUS Berhad

IPT sudah, sektor pekerjaan pula mesti bersedia menerima OKU

IPT sudah, sektor pekerjaan pula mesti bersedia menerima OKU

Saya sedia maklum sebelum ini mengenai pelajar OKU di IPT. Tetapi hari ini pertama kali saya menyelia dua pelajar IPT  OKU yang mengambil peperiksaan. Seorang pelajar yang mengalami kecacatan pengelihatan dan seorang lagi rabun.

Pelajar yang mengalami kecacatan pengelihatan ini mengambil peperiksaan dengan dibekalkan soalan melalui rakaman suara dan menjawabnya menggunakan komputer bimbit khas (software khas). Manakala pelajar yang rabun dibekalkan kertas soalan yang bersaiz A3 dengan tulisan (typeface/font) yang dibesarkan.

IPT sudah menunaikan tanggungjawab mereka menerima pelajar OKU ini. Semoga selepas ini sektor pekerjaan pula memainkan peranan mereka dan bersedia menerima golongan OKU ini.


OKU = Orang Kelainan Upaya.

Nak tunjuk dia tu engineer le!

Nak tunjuk dia tu engineer le!

Safety helmet dan blue print drawing pada belakang penyandar seat belakang kereta.

He, he, he……… aku pun pernah buat macam ni dulu!

http://oshthejourney.blogspot.com

Label le teko teh/kopi tu!

Label le teko teh/kopi tu!

Kalau sekali-sekala ataupun hanya sekali dalam setahun menghidangkan minuman kepada tetamu atau orang luar, bolehlah dimaafkan (dikecualikan). Ini tidak, hampir setiap minggu kadang-kadang setiap hari menghidangkan teh/kopi dengan teko yang tidak berlabel!

Belajar le melabelkan teko teh/kopi! Ataupun biarkan sahaja label tag teh uncang itu tergantung di bibir teko!

Kalau teko kaca boleh le juga bezakan warna teh-o dan kopi-o. Itupun masalah jika nak bezakan teh (teh susu) dan nescafe (nescafe susu). Kalau guna balang air (tea urn) lagi masalah kalau tak berlabel!

http://oshthejourney.blogspot.com


Sunday, June 23, 2013

Darurat di Muar dan Ledang – apa yang mesti orang ramai buat?

 Darurat di Muar dan Ledang – apa yang mesti  orang ramai buat?

(Saya berada di Seremban 2 sekarang ini. Semalam saya di Telok Mas Melaka yang terletak hampir dengan Muar. Dalam minggu ini saya akan berulang-alik lagi ari Seremban 2 ke Telok Mas, Melaka untuk melawat bapa saya yang terlantar uzur di rumah kakak saya. Sedikit sebanyak saya turut merasa kesan jerebu ini!).

1. Manaafkan teknologi (sms dan media sosial)

Melalui posting di Facebook, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel mengumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuatkuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini. 



Manakala melalui sms kepada Astro Awani, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan pengisytiharan darurat jerebu ini.

Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu. Pada semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529.

2. Apa yang mesti  orang ramai buat semasa darurat?

Portal berita iternet mStar melaporkan sebentar tadi.

JOHOR BARU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar meningkat kepada 746 setakat pukul 7 pagi, di mana lebih sekali ganda daripada tahap standard berbahaya menurut laman web Jabatan Alam Sekitar pada Ahad.

Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub berkata, para pegawai kesihatan termasuk ambulan bersedia sekiranya terdapat kecemasan ekoran jerebu.

“Semua anggota kami berada di Muar pada hari ini, dan kami bersedia untuk sebarang insiden termasuk kemalangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh jarak penglihatan yang kabur di jalan raya.

Buat masa ini, saya menasihatkan semua orang duduk di laman rumah, tanpa sebarang alasan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad. Beliau menambah, berada di luar menggunakan topeng muka juga tidak digalakkan.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, sebarang bacaan IPU melebihi 301 dikira sebagai berbahaya. Bacaan terakhir setakat pukul 4 petang Sabtu menunjukkan IPU di Muar ialah 453.

Semua kawasan lain di Johor turut merekodkan bacaan IPU melebihi tahap tidak sihat. Ini termasuk Kota Tinggi pada 137, Pasir Gudang (127) dan Larkin Lama (117).

3. Adalah orang ramai tahu apa yang mesti  mereka semasa darurat?

Jika mengikut makluman mStar di atas, semua orang di kawasan yang terdedah kepada jerubu dinasihatkan berada di dalam rumah (tanpa sebarang alasan).

Sebenarnya saya difahamkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mepunyai prosedur organisasi yang terlibat dan arahan/nasihat untuk orang awam atau orang ramai yang terbabit dalam kawasan darurat akibat jerebu ini.

Tanpa persediaan awal, agak sukar untuk orang ramai duduk dalam rumah sehingga keadaan luar rumah pulih sediakala. Walaupun Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Mohd Khairi Yakub menegaskan TANPA ALASAN untuk tidak duduk dalam rumah, tanpa persediaan awal terutama dari segi keperluaan asas, arahan atau nasihat ini sukar dipatuhi.

Saya pasti mereka (di pihak pengurusan) yang bertanggungjawab terhadap persediaan menghadapi bencana di Malaysia ini sedia maklum mengeni Teori Keperluan Maslow. Tahap di bawah sekali mewakili tapak segitiga (fisiologikal) adalah keperluan asas yang menjadi keutamaan orang ramai tidak kira di masa aman walaupun masa bencana.


Sepatutnya juga, media masa terutama media elektronik dengan kerjasama MKN memainkan tanggungjawab sosial mereka mulai minggu lepas secara berterusan mengingatkan orang ramai bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan akibat dari gejala jerebu ini sehinggakan ke tahap pengisytiharan darurat.

Pada masa yang sama ketika ini (sebaik sahaja pengisytiharan darurat diumumkan), pembekal perkhidmatan telefon bimbit boleh menunaikan tanggungjawab sosial mereka dengan menghantar sms lambakan (sms blasting) kepada semua pelanggan mereka memaklumkan apa yang perlu orang ramai buat semasa darurat jerebu ini.

Tanpa sebarang makluman sebegini, orang ramai hanya tahu apa yang perlu dibuat hanya dudukdi rumah! 

Apa lagi yang perlu dibuat selain duduk di rumah? Boleh duduk di dalam rumah (TANPA  ALASAN untuk keluar!) jika tiada persediaan asas?

Manusia belajar dari kesilapan. Darurat berkaitan jerebu telah pernah diisyiharkan dua kali iaitu pada tahun 1997 dan 2005. Tetapi apakah yang kita (atau pihak yang bertanggungjawab!) belajar dari kesilapan ini?

Salah seorang Guru OSH saya berpesan – manusia memang belajar dari kesilapan tetapi di dalam OSH, manusia perlu  (MESTI!) belajar dari kesilapan orang lain. Sudah terlambat (nungkin sudah mati!) jika hendak belajar dari kesilapan OSH sendiri!

Pengalaman menghadapi bencana SARS dan H1N1 semasa bekerja di syarikat elektronik dahulu mengajar saya kepentingan komunikasi ketika bencana ini,

Komunikasi terhad atau tidak disampaikan sepenuhnya menyebabkan rasa panik. Rasa panik adalah musuh dalaman dan mush nombor satu yang boeh menyebabkan segala tindakan yang bakal diambil menemui jalan buntu atau gagal.

Semalam semasa di rumah kakak saya di Teluk Mas. Melaka, kakak saya memberitahu semua kedai farmasi berdekatan telah kehabisan topeng muka kertas.

Inilah juga terjadi kepada saya semasa bencana SARS dan H1N1 dahulu. Malah, akibat permintaan melebihi keluaran, topeng muka kertas ini (satu jenama yang agak terkenal) biasanya boleh dibeli RM 2.80 satu telah dijual RM 6.30! Saya masih teringat lagi syarikat yang saya bekerja mengeluarkan peruntukan yang besar untuk membeli 3,000 topeng muka kertas ini untuk diedarkan kepada semua pekerja.

Sekiranya orang ramai dimaklumkan lebih awal (dan makuman dari masa ke semasa) apa yang mereka perlu buat semasa menghadapi bencana jerebu ini, saya pasti mereka lebih bersedia.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

Tersurat dan tersirat – papan tanda perlu jelas!



Tersurat dan tersirat – papan tanda  perlu jelas!

Sekarang (22 – 28 Jun 2013) saya berada di Seremban 2 atas tugasan kerja. Replika di tempat buangan sampah di Seremban 2 ini begitu menarik perhatian saya. 

Apakah yang tersurat dan tersirat di sebalik replika lalat ini? Adakah ia mengambarkan di situ kawasan terkenal dengan lalat? Biasanya kalau replika durian (di Bukit Gantang) mengambarkan kawasan di situ adalah kawasan yang terkenal dan sinonim dengan buah durian!

Ataupun ianya bermaksud di sini ada LALAT BESAR (seumpama housekeeping/kebersihan dijagai!) dan lalat-lalat kecil yang lain tidak akan berani berada di sini!

Manakala papan tanda pada dinding luar Dewan Muadzam Shah, UUM (gmbar bawah ) membuatkan saya terfikir-fikir  maksudnya.

1. Adakah kamera dibenarkan dibawa masuk tetapi tidak dibenarkan menggunakan lampu flash?
2. Adakah telefon bimbit tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan?
3. Adakah payung tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan?

Adakah arahan kedua di atas masih relevant? Ataupun maksud sebenar matikan (atau dalam keadaan vibration mode) telefon bimbit anda?

http://oshthejourney.blogspot.com

Friday, June 21, 2013

Naik taraf laluan motosikal


Naik taraf laluan motosikal

Terima kasih Datuk! Harap-harap selepas ini jengok le pula laluan motosikal selain di Lebuhraya Persekutuan.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

RM10 juta untuk naik taraf laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan
Berita Harian 20 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (JKR) memerlukan peruntukan kira-kira RM10 juta untuk menaik taraf 16 kilometer laluan motosikal seliaan JKR di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, peruntukan itu untuk melaksanakan beberapa projek termasuk membesar dan membaik pulih laluan, menerangkan kawasan laluan gelap dengan lampu dan menyediakan pam air di laluan yang mudah berlaku banjir kilat.

"Akibat kedaifan dan kurangnya penyelenggaraan lorong motosikal ini, maka ramai pengguna motosikal telah beralih menggunakan jalan utama yang mempunyai kadar trafik dan risiko kemalangan yang tinggi.

"Justeru langkah membaik pulih ini bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pengguna motosikal di lebuh raya ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan, di sini.

Lebuhraya Persekutuan yang dibina pada 1977 membabitkan laluan sepanjang 45 kilometer menghubungkan Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang menjadi nadi ekonomi dan laluan tulang belakang kepada negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia juga dikenali sebagai lebuh raya pertama di Malaysia yang mempunyai lorong motosikal di negara ini.

Fadillah berkata, sehingga kini JKR menerima peruntukan kira-kira RM1 juta setahun untuk kerja penyelenggaraan laluan berkenaan.

"Bagaimanapun untuk melaksanakan lebih banyak projek penambahbaikan, kami memerlukan peruntukan lebih daripada itu," katanya.

Awal tahun ini, JKP membelanjakan RM0.9 juta untuk membaik pulih cerun yang runtuh dan menyelenggara rumah pam terowong di kedua-dua arah berhampiran kilang Motorola di Sungai Way.

Keseluruhan panjang lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan FT02 (KL-Bandar Klang-KL) ialah sepanjang 56.8 kilometer yang membabitkan penyelenggaraan di bawah seliaan empat pihak iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sepanjang 4.8 kilometer, JKR (16km), Lebuhraya Sprint (4km) dan Lebuhraya Utara-Selatan (32km). - BERNAMA

Keselesaan & keselamatan di AEON Manjung























Keselesaan & keselamatan di AEON Manjung

Petang semalam selepas berurusan dengan tugasan di Pelabuhan Lumut, saya singgah sebentar di AEON Manjung. Walaupun tidak semeriah dan sesibuk dengan AEON Ipoh, saya dapat merasakan keselesaan dan keselamatan pelanggan di AEON Manjung ini.

Biarlah gambar-gambar di atas menceritakannya sendiri.

Saya ingin menyentuh dua perkara iaitu win-win situation yang diamalkan di AEON Manjung ini. Pertamanya saya dapati banyak kerusi dan bangku disediakan untuk  pelanggan. Rupa-rupanya kerusi dan bangku ini adalah peralatan yang dipamerkan oleh pengedar atau syarikat perabut sendiri. Ini jelas kelihatan poster bergambar lengkap dengan harga yang turut dipamerkan.

Di AEON Manjung ini juga disediakan sebuah perpustakaan yang pada mulanya saya sangka milik AEON sendiri. Rupa-rupanya perpustakaan ini adalah Perpustakaan Awam Negeri Perak. Perpustakaan ini lengkap dengan bacaan umum seperti suratkhabar, bacaan lain malah turut disediakan kemudahan internet. Rujuk link di sini.

AEON juga telah menetapkan standardnya tersendiri di tempat letak kereta berbumbung, ruang yang luas dan disediakan juga tyre stopper bar.

Syabas kepada pihak pengurusan AEON. Cuma untuk ruang penambahbaikan (room for improvement), gambar pengungsian bangunan (emergency exit route) terlalu kecil hanya bersaiz A4 . Sepatutnya maklumat berguna ini dipaparkan dalam saiz A3 iaitu sebesar gambar maklumat (information) dan diletakkan seawal yang mungkin di pintu masuk.

http://oshthejourney.blogspot.com/