Tuesday, June 25, 2013

Safety, Health & Welfare at AEON Seremban 2

Safety, Health & Welfare at AEON Seremban 2

Kalau sebelum ini saya menyatakan penghargaan kepada AEON (AEON Sri Manjung) kerana keprihatinan mereka terhadap Safety dan Security, kali ini saya ingin menyatakan penghargaan kepada AEON (AEON Seremban 2) kerana keprihatinan mereka terhadap Safety, Health dan Welfare, selaras dengan objektif OSHA 1994 serta FMA 1967.

Dari segi Safety (FMA 1967) – sektor perkilangan sedia maklum keperluan mendaftarkan Lift Penumpang tetapi sektor lain seperti sektor perkhidmatan sama ada tidak tahu ataupun mengambil mudah dengan peraturan FMA 1967 ini. Kalaupun pihak DOSH (di negeri terbabit) mendaftarkan Certified Machineries ini di sektor perkhidmatan yang terbabit, pemiliknya tidak begitu mengambil berat terhadap pembaharuan pendaftaran, perlabelan dan penyenggaraan.

Tidak seperti di AEON Seremban 2 ini, semua Lift Penumpang yang ada lengkap dengan label pendaftaran (PMA), salinan sijil perakuan yang sah tempohnya dan label nombor-nombor telefon untuk dihubungi jika perlu ketika kecemasan.




Dari segi Health – semua pekerja di Food Court memakai penutup kepala dan ada di antara mereka yang memakai penutup mulut walaupun bertugas di kaunter pembayaran. Perundangan yang dikuatkuasa oleh Pihak Beruasa Tempatan memestikan semua pengendali makanan (food handler) mematuhi peraturan-peraturan kebersihan. Ramai pengusaha makanan mengambil mudah dengan menganggap pengendali makanan ini hanyalah terdiri dari tukang masak sahaja sedangkan semua pekerja di premis menyediakan makanan adalah dianggap pengendali makanan.


Dari segi Welfare – petak khas untuk parking kenderaan OKU. OKU yang membawa kenderaan hanya perlu menelefon pertugas yang akan membantu mengalehkan penghalang/penghadang petak parking ini.

Papan tanda lain yang berkaitan ialah Bahaya Tersandung dan Drug-Free Area.

Syabas AEON Seremban 2 khususnya dan pihak pengurusan AEON amnya dengan tahap standard Safety, Health dan Welfare mereka.








No comments:

Post a Comment