Keselesaan & keselamatan di AEON Manjung
Petang semalam selepas berurusan dengan tugasan di Pelabuhan
Lumut, saya singgah sebentar di AEON Manjung. Walaupun tidak semeriah dan
sesibuk dengan AEON Ipoh, saya dapat merasakan keselesaan dan keselamatan
pelanggan di AEON Manjung ini.
Biarlah gambar-gambar di atas menceritakannya sendiri.
Saya ingin menyentuh dua perkara iaitu win-win situation
yang diamalkan di AEON Manjung ini. Pertamanya saya dapati banyak kerusi dan
bangku disediakan untuk pelanggan. Rupa-rupanya
kerusi dan bangku ini adalah peralatan yang dipamerkan oleh pengedar atau
syarikat perabut sendiri. Ini jelas kelihatan poster bergambar lengkap dengan
harga yang turut dipamerkan.
Di AEON Manjung ini juga disediakan sebuah perpustakaan yang
pada mulanya saya sangka milik AEON sendiri. Rupa-rupanya perpustakaan ini
adalah Perpustakaan Awam Negeri Perak. Perpustakaan ini lengkap dengan bacaan
umum seperti suratkhabar, bacaan lain malah turut disediakan kemudahan
internet. Rujuk link di sini.
AEON juga telah menetapkan standardnya tersendiri di tempat
letak kereta berbumbung, ruang yang luas dan disediakan juga tyre stopper bar.
Syabas kepada pihak pengurusan AEON. Cuma untuk ruang
penambahbaikan (room for improvement), gambar pengungsian bangunan (emergency
exit route) terlalu kecil hanya bersaiz A4 . Sepatutnya maklumat berguna ini
dipaparkan dalam saiz A3 iaitu sebesar gambar maklumat (information) dan
diletakkan seawal yang mungkin di pintu masuk.
http://oshthejourney.blogspot.com/
Assalam
ReplyDeleteSaya berada di Seremban 2 atas tugasan kerja. Saya singgah di AEON S2 dan dapati standard tempat letak kenderaan / parking AEON ini sama di AEON Ipoh, Station 18, Perda dan Manjung.
Syabas AEON.