Monday, October 8, 2012

Keperluan Review and Revise (Mengkaji dan Menyemak)

Keperluan Review and Revise (Mengkaji dan Menyemak)
Banyak kali katakunci Review and Revise (R&R) ini disebut sama ada di dalam OSHA 1994 Akta 514 ataupun dalam OSH MS (OHSAS18000 dan MS1722).

Dalam Seksyen 16, Polisi OSH, satu di antara lima kata kuncinya adalah “seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula” yang antara lain dimaksudkan ialah mengkaji dan menyemak semula polisi OSH ini.

Review adalah kemestian dan revise adalah menjadi keperluan jika terdapat perubahan (any change).

Biasanya perubahan merujuk kepada dua tahap iaitu tahap pertama jika sampai tempoh matang (due date) yang biasanya menjadi amalan organisasi menetapkannya untuk tempoh setahun. Manakala perubahan yang kedua merujuk kepada apa-apa perubahan berkaitan (i) manusia, (ii) proses, (ii) jentera, (iv) bahan dan (v) perundangan.

Jika dibuat review tetapi tiada revise, perlu ditunjukkan review tersebut telah dibuat dengan penukaran nombor review dan juga tarikh review.

Jika revise dibuat berdasarkan mana-mana dari lima perubahan (seperti di atas), maka perubahan tersebut disyorkan untuk dinyatakan di dalam sejarah revise (revision history) berdasarkan sebab-sebab mengapa perubahan dilakukan.

Walaupun tiada apa-apa perubahan tetapi telah sampai tempoh matangnya, review mesti dibuat.

Review dan revise di atas adalah berkaitan perundangan dan sistem pengurusan. Apa pula kaitannya dengan kehidupan harian? Jika saya tidak bertangguh dengan memilih kriteria important (penting) dari kriteria urgent (segera), sudah pasti saya tidak bermasalah dengan bateri kereta Pesona saya minggu ini. (Keutamaan kriteria important dan urgent ini akan saya sentuh dalam posting lain kelak).

Jika menggunakan analogi matematik, accident (kemalangan) adalah sub kepada incident (kejadian). Di mana nearmiss (nyaris hampir) termasuk di dalam kategori incident. Incident dan accident biasanya tidak terjadi begitu sahaja. Incident dan accident ini akan menunjukkan tanda-tanda awal (termasuk nearmiss) sebelum berlakunya incident dan accident.

Sebagai contoh jika seseorang hendak demam, akan bermula dengan tanda-tanda (simptom-simptom) awal seperti batuk, kering tekak dan sebagainya. Sebelum bateri kereta habis hayatnya, akan ada tanda-tanda awal seperti engine kereta sukar untuk dihidupkan, sistem lampu dan radio kadang-kadang terganggu dan sebagainya. Bateri kereta juga mempunyai hayatnya sendiri. Biasanya untuk bateri kereta sel kering, hayatnya sekitar 24 bulan sahaja, itupun bergantung kepada kekerapan menggunakan sistem nyalaan lampu jika kerap bergerak di waktu malam.

Ini bermakna bateri kereta berdasarkan panduan (syoran) pembuat, ia perlu diganti setiap 24 bulan ataupun jika sudah tanda-tanda awal kemerosotan (wear and tear) hayat bateri ini. Dua minggu lepas saya sudah membayangkan kepada isteri saya, kedua-dua bateri kereta Pesona dan Myvi akan saya tukar minggu ini.

Kedua-dua hayat bateri kereta tersebut sudahpun mencecah 24 bulan, manakala bateri kereta Pesona (yang saya kerap menggunakan untuk berperjalanan awal pagi dan malam) sudahpun menunjukkan tanda-tanda awal kemerosotan hayatnya.

Tetapi niat saya bertangguh disebabkan terikat dengan jadual perjalanan beberapa tugasan yang padat. Minggu lepas selepas menghadiri Dialog Pengamal OSH dengan Pengarah DOSH/DOE dan SOCSO di Infineon Kulim, kereta Pesona saya sukar dihidupkan. Setelah mencubanya tiga kali, kereta Pesona tersebut berjaya dihidupkan. Jika lebih tiga kali tidak dapat dihidupkan, saya akan menggunakan jumpcable dan bantuan dari bateri kereta lain untuk menghidupkannya. Perlu diingatkan jika mencubanya banyak kali boleh merosakan sistem penghidup – ignition starter.

Saya selamat sampai ke Taiping tanpa sebarang masalah. Tetapi keessokannya semasa cuba menghidupkan di awal pagi untuk pergi ke satu tugasan di Prai, kereta Pesona saya langsung tidak boleh dihidupkan. Saya menggunakan Myvi untuk ke Prai dengan hasrat untuk menukar terus bateri kereta Pesona apabila pulang dari Prai petangnya.

Sebelah petangnya saya menghidupkan kereta Pesona menggunakan jumpcable yang disambung ke bateri kereta Myvi. Inilah kali pertama saya menggunakan jumpcable yang sentiasa ada dalam kedua-dua kereta saya untuk digunakan kepada kereta sendiri walaupun sebenarnya sebelum ini saya telah kerap menggunakan untuk membantu pemilik-pemilik kereta lain terutama pelajar-pelajar saya termasuklah bulan lepas di tempat letak kereta Niosh Prai. Setelah membiarkannya engine kereta dihidupkan selama 10 minit, saya terus ke kedai bateri Kamunting untuk menukar bateri baru.

Ramai di antara kita sentiasa membawa dan biasa menggunakan jumpcable ini tetapi ada yang tidak tahu cara yang selamat menggunakannya. Biasanya menjadi amalan kabel positif (warna merah) di terminal bateri yang elok disambungkan ke terminal bateri yang lemah. Begitu juga dengan kabel negatif negatif (warna hitam) di terminal bateri yang elok disambungkan ke terminal bateri yang lemah. Kemudian kereta berbateri elok dihidupkan dahulu dan diikuti dengan kereta yantg berbateri lemah. Memang dengan cara ini kereta yang mengunakan bateri yang lemah boleh dihidupkan. Malah cara inilah yang saya amalkan dahulu beberapa kali.

Bagaimanapun untuk langkah keselamatan mengelakkan lebihan arus voltan, kabel negatif (warna hitam) hanya disambung di terminal bateri yang elok dan penghujung kabel ini satu lagi dilekatkan (clip) pada mana-mana bahagian besi (metal) tanpa cat di kereta untuk membumikannya (earthing).

Kesimpulannya – jika bateri kereta anda sudah sampai hayatnya, segeralah menukarkannya. Jika sudah sampai hayatnya dan mula ada tanda-tanda kemerosotannya, janganlah bertangguh lagi segeralah menukarkannya dengan bateri baru.

Ini adalah lesson learned yang saya belajar dari kesilapan (kerana bertangguh!) dan mujurlah ianya berlaku (bateri terus mati) di rumah saya. Disebabkan itu juga hari ini juga saya terus menukar bateri kereta Myvi saya yang telah menjangkau 25 bulan hayatnya.

Pastikan juga jika anda menggunakan jumpcable, anda menggunakannya dengan cara yang selamat!


Posting berkaitan di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

No comments:

Post a Comment