Kilang tidak berdaftar dengan DOSH, salah siapa?



STAR / Saturday May 24, 2008
Indian national burnt in factory fire

A WORKER at a calcium carbide factory in Simpang Pulai was badly burned when gas cylinders exploded in the storage area of the factory on Thursday night.

One of the three workers there at the time, Indian national B. Ganeson, 22, suffered 80% burns on his body and is warded at the Ipoh Hospital’s intensive care unit. His condition is said to be stable.

The three workers were re-filling gas into the cylinders in the storage area where 300 cylinders of industrial oxygen were kept, when the explosion happened at 9.35pm, said Perak traffic chief Supt Wan Abdullah Ishak.

At the height of the fire, which looked like fireworks from afar, villagers nearby claimed that they heard more than 100 explosions.

Ipoh Fire and Rescue Department officer Nazri Zakaria said the cause of the fire was still being investigated.

The factory management declined to comment when contacted.

State Health, Environment and Human Resources Committee chairman A. Sivanesan said he had instructed the state Man-power Department and National Institute of Occupational Safety and Health to investigate.

It is learnt that it was the second explosion at the factory. In the earlier explosion in 2005, a portion of the factory was damaged but no one was injured.

Wednesday, May 21, 2008

Guru OSH dan Environment saya yang pertama


Guru OSH, dan Environment saya yang pertama

Cikgu Moi Poi Yeen adalah Cikgu Kimia dan Cikgu Biologi saya semasa Tingkatan 4 Sains (1983) dan Tingkatan 5 (1984) di Sekolah Izzuddin Shah.

Cikgu Moi adalah orang pertama yang mengajar mengenai keselamatan makmal, keselamatan bahan kimia dan sebagainya.

Cikgu Moi adalah orang pertama yang mengenalkan saya kepada virus, bakteria, fungi dan sebagainya.

Cikgu Moi adalah orang pertama yang mengajar saya tentang persekitaran dengan siri-siri lawatan ke Hutan Bakau di Sitiawan, Matang dan sebagainya.

Cikgu Moi adalah orang pertama yang mengajar saya tentang kepentingan ekologi yang perlu dipelihara, dengan melantik saya sebagai penjaga akuarium di dalam kelas.

Cikgu Moi juga mengajar saya tentang kepimpinan dengan melantik saya sebagai ketua kelas sepanjang tahun 1983 dan 1984.

Cikgu Moi, Selamat Hari Guru dan terima kasih di atas ajaran dan didikan Cikgu kepada saya dan juga rakan-rakan sekelas lain sepanjang 1983 dan 1984

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Klik di sini untuk posting berkaitan dalam
klik di sini untuk posting berkaitan dalam

Kasut dan topi keselamatan bukan lagi PPE


Kasut dan topi keselamatan bukan lagi PPE

Kasut keselamatan dan topi keselamatan bukan lagi PPE (Personal Protective Equipment). Itu saranan saya kepada semua pengamal-pengamal OSH dan juga pengamal-pengamal Sumber Manusia (HR) di luar sana.

Jangan anggap kasut keselamatan dan topi keselamatan ini sebagai PPE. Tetapi anggaplah (atau re-branding-kannya) sebagai uniform atau pakaian seragam harian.

Malah kebanyakan industri terutamanya yang berisiko tinggi menjadikan dua alatan PPE ini sebagai uniform tetapi masih mengkategorikannya sebagai PPE. Kasut keselamatan dan topi keselamatan mestilah di-branding-kan sebagai uniform, sama seperti uniform lain iatu baju, seluar dan sebagainya.

Ada dua sebab saranan saya ini.

Sebab pertama, dengan menjadikan kasut keselamatan dan topi keselamatan sebagai PPE utama sudah tidak me-releven-kan lagi ”Hierachy of Risk Control”.

Klik link ini untuk penjelasan lanjut dan contoh ”Hierachy of Risk Control”. PPE adalah langkah terakhir dalam “hierarchy” ini.

Sebab kedua saranan saya ini

Contoh terbaik pemakaian kasut keselamatan dan topi keselamatan ini ialah seperti diamalkan oleh pekerja-pekerja binaan. Mereka ini telah lama menganggapkan kasut keselamatan dan topi keselamatan ini sebagai uniform harian mereka. Malah kebanyakan kasut keselamatan (terutamanya) dan topi keselamatan yang dipakai oleh mereka setiap hari ini terdiri dari yang berjenama dan yang berkualiti tinggi.

Jadi saranan saya, marilah kita re-branding-kan kasut keselamatan dan topi keselamatan ini sebagai uniform. Kini kasut keselamatan dan topi keselamatan bukan lagi sebagai PPE.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Keterangan gambar; walaupun sudah hampir setahun saya meninggalkan industri perkilangan, di dalam kereta Wira saya masih tersimpan sepasang kasut keselamatan, satu topi keselamatan, sarung tangan, hazard tape, masking tape dan satu lampu kecemasan.

Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

”Selamat Hari Guru kepada guru-guru (cikgu dan pensyarah) yang pernah mengajar saya di institusi berikut;

Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting (Darjah 1), 1974
Sekolah Rendah Jalan Shaw, KL (Darjah 1 – 3) 1975 - 1976
Sekolah Rendah Si Rusa, PD (Darjah 4), 1977
Sekolah Rendah Long Jaafar, Kamunting (Darjah 5 – 6), 1978 - 1979
Sekolah Menengah Izzuddin Shah, Ipoh (Tkt,. 1- 3), 1980 - 1982
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh (Tkt. 4 – 5), 1983 - 1984
Universiti Malaya, KL (Asasi Sains), 1985 – 1986
Institusi Tanpa Nama, 1987 - 1994
USM, Penang (Sains Permulihan), 1995 – 1996
USM, Tronoh (Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal), 1997 – 2000
USM, Transkrian (Sarjana Muda, Kejuruteraan Mekanikal), 2001 – 2002
UKM, Bangi (Master, Keselamatan Industri), 2003 - 2004
UKM (PhD, Pengurusan Persekitaran), 2006 –

lukmanw@uum.edu.my
htt://oshthejourney.blogspot.com/

Nota: Saya juga di tahun ini buat pertama kalinya menyambut Hari Guru dengan kerjaya baru saya yang akan berusia setahun di bulan ini sebagai pendidik. Bagaimanapun kalau dikira dengan kerjaya sambilan sudah melebihi lima tahun di pelbagai institusi dan dua tahun di UUM sendiri.

Juga ucapan Selamat Berjaya kepada semua pelajar-pelajar saya dalam program Master UUM, kursus SMH 5263 OSH MS yang akan menduduki peperiksaan akhir ahad ini di UUM Kampus KL.

Klik di sini untuk posting berkaitan tajuk di atas.

Thursday, May 15, 2008

Continual or Continuous?

Continual or Continuous?

Above is the answer to some of the most commonly asked questions regarding Continual or Continuous.

This is similar to Hazard or Danger. It is quite common these words were translated into Bahasa as BAHAYA.

Hazard is a HAZAD in Bahasa, no a BAHAYA.

Danger is a BAHAYA in Bahasa.

Click this link for explanation on Hazard, Risk and Danger

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Bukan harapan tetapi persediaan

Bukan harapan tetapi persediaan

Merujuk kenyataan akhbar di atas, saya berharap agar ianya sekadar pengumuman semasa tetapi langkah-langkah tertentu sebagai persediaan untuk menghadapi krisis makanan di Malaysia telah diambilkira oleh pihak pemerintah.

Dalam menangani kecemasan, bencana dan krisis, pihak pemerintah dengan rakyat perlu bersedia untuk situasi yang paling buruk. Manakala persediaan perlu diadakan pada tahap terbaik.

Selan dari pesanan Jeneral Sun Tzu, lagenda perang China, (In Peace Prepare For War, In War Prepare For Peace), mereka yang bertanggungjawab dalam merangka persediaan ini hendaklah bertindak selari dengan ungkapan “Preparing For The Worst, Expecting The Best”.

Sebagai orang Islam, persediaan menghadapi kecemasan, bencana dan krisis ini boleh merujuk Al Quran, Surah Yusuf, Ayat 46, yang mengisahkan Nabi Yusuf menasihati pemerintah Mesir ketika itu supaya bersedia untuk menghadapi musim kemarau yang berpanjangan selama tujuh musim. Ini termasuklah persediaan dari segi bekalan makanan asasi.

Kesimpulannya bukan harapan yang diperlukan tetapi persediaan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Bersediakah kita untuk menghadapi bencana?



Bersediakah kita untuk menghadapi bencana?

Awal Mei bulan ini kita dikejutkan dengan Taufan Nargis di Mynmar yang meragut korban nyawa sekitar 22,500 orang dan 41,000 orang lagi dilaporkan hilang. Pertengahan Mei pula sekali lagi dunia dikejutkan dengan bencana gempar bumi di China yang hingga telah mencatatkan kematian sejumlah 13,000 orang dan dianggarkan jumlah yang dilaporkan hilang ataupun dikuartiri terkambus di dalam tanah akibat gegaran 7.9 magnitud itu.

Angka-angka kematian dan kehilangan masih berterusan meningkat di kedua-dua negara ini.

Maynmar dan China berkongsi rantau Asia dengan Malaysia. Tidak mustahil bencana sebegini mampu terjadi di Malaysia. Adakah kita bersedia untuk “menyambut” kedatangan bencana ini.

Pelajar saya dari Petronas Gurun menghantar email dengan sedikit nada emosi mengesali sikap kealpaan orang ramai terhadap isu OSH menulis; What They Don't Know Won't Harm Them.

Saya amat bersetuju dengan penyataan ini. Terima kasih kepada email beliau.

Persediaan menghadapi bencana ini bukanlah perkara baru. Jeneral Sun Tzu, lagenda perang China, misalnya terkenal dengan saranannya iaitu; In Peace Prepare For War, In War Prepare For Peace.

Malah lebih awal dari itu, di dalam Al Quran dalam Surah Yusuf, Ayat 46, yang mengisahkan Nabi Yusuf menasihati pemerintah Mesir ketika itu supaya bersedia untuk menghadapi musim kemarau yang berpanjangan selama tujuh musim. Ini termasuklah persediaan dari segi bekalan makanan asasi.

Malaysia kebelakangan ini “diusik” dengan krisis makanan. Terkini isu beras dengan sebelumnya tepung dan minyak masak. Adakah kita sebagai rakyat dan juga pemerintah benar-benar bersedia untuk menghadapi krisis ini?

Ungkapan Jeneral Sun Tzu dan petikan Surah Yusuf, Ayat 46 itu adalah salah satu tugasan yang perlu dibuat oleh pelajar-pelajar program Master OSH (Kursus ERP) yang saya ajar. Sudah dua batch pelajar selesai menjalani program ini. Membaca semua hasil tugasan mereka membuatkan saya terfikir untuk menerbitkan sebuah manual khas mengenai persediaan menghadapi bencana ini. Sementelah pelajar-pelajar saya ini terdiri dari pelbagai bidang kerja dan latar belakang, dari juruteknik hinggalah ke jurutera malah ada yang memegang jawatan pengurus dan pengarah.

Selain dari pengetahuan dalam ERP (Emergency Response Program), kita juga juga perlu mendalami pengetahuan dalam Business Continuity Management (BCM) yang meliputi Business Continuity Plan (BCP) dan Buisness Recovery Plan (BRP).

Tidak dinafikan pihak pengurusan dan pemegang syer lebih tertarik kepada jaminan BCM kalau hendak dibandingkan dengan kepentingan ERP. Tetapi sebenarnya ERP lah yang menjamin perjalanan BCM. Kejayaan atau jatuh-bangunnya BCP dan BRP dalam BCM adalah disebabkan oleh kemantapan ERP.

Kepentingan BCM ialah untuk memastikan business (produk dan perkhidmatan) akan berterusan walaupun apa jenis bencana dan malapetaka menimpa supaya produk dan perkhidmatan boleh diteruskan untuk memastikan ekonomi negara berkembang.

Pada masa yang sama semua rakyat masih mempunyai pekerjaan dan sumber mata pendapatan. Malah inilah kriteria utama ditetapkan oleh pihak bank dan insuran pada masa kini sebelum pengusaha-pengusaha business ini berjaya mendapat pinjaman wang modal untuk beroperasi.

Sekadar makluman, NIOSH Penang akan mengadakan kursus ERP (yang lebih menjurus kepada BCM) untuk kali keduanya pada bulan Ogos ini.

Untuk tempat lain, bolehlah merujuk NIOSH Bangi (ibu pejabat) atau mana-mana cawangan NIOSH.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Gambar-gambar mangsa korban Taufan Nargis diterima melalui email.


Monday, May 12, 2008

Manafaatkan Blog


Manafaatkan Blog

Saya pernah menulis mengenai Manafaatkan Blog dalam blog lama saya. Saya juga pernah menulis mengenai kepentingan hebahan OSH.

Saya sering mengingatkan kepada semua pelajar-pelajar saya dan juga pengamal-pengamal OSH yang saya temui agar memahirkan diri dengan penggunaan teknologi berkomputer. Sekurang-kurangnya tahu membuat poster atau bahan edaran.

Selari dengan perkembangan teknologi dan juga bersandarkan kesedaran terhadap persekitaran (makin berkurangnya sumber alam), pengamal-pengamal OSH perlu memahirkan diri dengan hebahan maklumat dan hal semasa melalui ”mailing list group” dan juga penggunaan blog. Penggunaan blog boleh mengurangkan bahan bercetak (paper less).

Sehubungan dengan itu dengan rendah diri saya ingin berkongsi setitik-dua ilmu bagaimana untuk menghasilkan blog, susunatur layout, template, tips and trick, tambahan gadget dan sebagainya melalui blog terbaru saya iaitu;
http://manafaatblog.blogspot.com/. Blog ini juga saya dedikasi kepada pelajar-pelajar saya, kenalan-kenalan saya, rakan-rakan sekerja saya yang tidak putus-putus melawat, memberi pandangan, teguran dan kritikan pada blog-blog saya serta meminta saya berkongsi setitik-dua ilmu membuat blog ini.

Semoga dengan kehadiran blog ini dan bantuan senior-senior blogger di luar sana dapatlah kita sama-sama menghasilkan blog-blog OSH (atau berkenaan hal-hal lain) dana mendapat manafaat darinya.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Artikel asal sebelum ini dalam http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

Di mana anda paparkan hebahan OSH?

Kemahiran menghasilkan poster atau hebahan OSH sahaja tidak mencukupi jika tempat hebahannya tidak sesuai atau strategik. Tidak guna menghasilkan poster atau hebahan OSH yang menarik tetapi tiada sesiapapun yang dapat melihatnya.

Kebanyakan industri di masa kini menyediakan kemudian email kepada semua pekerjanya. Kalau tidak semua, kebiasannya pekerja dari kalangan penyelia ke atas memiliki kemudahan ini. Saya pernah bekerja di industri yang “mewajibkan” semua pekerja yang ada kemudahan email (atau “work station”) membaca email sebelum memulakan dan sebelum berakhir waktu kerja setiap hari. Kegagalan membaca email di syarikat ini tanpa sebab munasabah adalah satu kesalahan “misconduct” dan boleh dikenakan tindakan tata-tertib setelah dimajukan surat tunjuk-sebab. (baca siratan saya khusus mengenai tajuk ini pada bulan Jun 2007).

Walaupun begitu terdapat kelemahan-kelemahan sistem email terutama kepada mereka yang tidak mengindahkan “lambakan email” akibatnya email tidak dapat diterima atau dihantar. Begitu juga kepada pekerja bawahan (terutama operator pengeluaran), mereka tidak mendapat kemudahan email ini dan masih bergantung kepada hebahan-hebahan melalui papan-papan kenyataan dan sebagainya.

Di manapun saya bekerja, sebagai pengamal OSH saya pastikan jabatan saya (jabatan OSH) mempunyai beberapa buah papan kenyataan dan kedudukannya mesti bersesuaian dan strategik. Akibatnya saya sering berbalah terutama dengan Jabatan Sumber Manusia akibat “berebut” lokasi dan kedudukan papan-papan kenyataan ini. Biasanya kemenangan kepada pihak saya!

Antara lokasi dan kedudukan papan-papan kenyataan piihan saya ialah;

Laluan Utama di mana semua pekerja akan melaluinya,
Paling hampir ke mesin perakam waktu,
Laluan ke kantin
Di bilik rehat
Di surau
Di bilik merokok

Saya juga pernah memilih bilik air sebagai lokasi utama papan kenyataan. Ianya memang berkesan untuk hebahan tetapi kalau ada potrait muka seseorang cepat sahaja berubah. Dari tiada bermisai akan “tumbuh” misainya ataupun sekurang-kurangnya sebelah mata akan memakai “topeng mata lanun”!


Sunday, May 11, 2008

Organisasi OSH dalam kerja amal






Organisasi OSH dalam kerja amal

Organisasi OSH di industri terdiri sama ada Jabatan OSH itu sendiri dengan peruntukan pegawai OSH (SHO), jawatankuasa OSH (Safety & Health Committee) dan pasukan Respons Kecemasan (ERT).

Semasa saya bekerja di Silverstone (1990 – 2004), pasukan ERT kami adalah antara yang teraktif di Perak. Kami menyertai dan memenangi banyak pertandingan anjuran Bomba dan Penyelamat. Malah terdapat berapa kebakaran di dalam kilang bejaya dipadamkan oleh anggota-anggota pasukan ERT tanpa bantuan Bomba.

Di samping itu pasukan ERT ini bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarela dan sebagainya. Malah ada di antara kami disenaraikan oleh Tabung Darah Hospital Taiping sebagai bekalan simpanan yang bersedia untuk menderma apabila dipanggil di samping kempen derma darah sekurang-kurang tiga kali setahun.

Kilang terakhir saya iaitu Tasek Cement pula menyaksikan ahli kesatuan, jawatankuasa OSH, pasukan ERT dan Jabatan Sumber Manusia berganding bahu membuat lawatan amal ke beberapa buah rumah orang tua dan anak yatim di sekitar Bandar Ipoh.

Kerja-kerja amal ini sebenarnya juga merupakan satu elemen dalam Respons Kecemasan dan Pengurusan Bencana. Pembabitan organisasi OSH dalam kerja-kerja amal sebegini akan memantapkan lagi struktur organisasi yang sedia ada.

Selepas meninggalkan industri, tahun ini pada 1 Mei sempena cuti Hari Pekerja, saya menyertai NGO Warga Kilang untuk membuat Lawatan Amal ke beberapa buah rumah di Karangan, Sungai Kob, Bakai dan Baling. Kisah lengkap mengenai Lawatan Amal ini boleh dirujuk di link berikut; Bolehkah kita meneladani kisah ini? (
klik di sini) dan siri-siri Lawatan Amal Sempena Cuti Hari Buruh (klik di sini).

Semoga ahli-ahli organisasi OSH di tempat anda bertugas sekarang memahami bahawa kerja-kerja amal ini bukan sahaja sebagai satu tanggungjawab sosial tetapi adalah elemen-elemen OSH itu sendiri.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Keterangan gambar; anggota-anggota ERT Silverstone (SERS) yang terlibat dalam membuat sumbangan untuk mangsa Tsunami.

Wednesday, May 7, 2008

Kadar kemalangan tempat kerja turun

KEMALANGAN TEMPAT KERJA TURUN
UTUSAN MALAYSIA 29 April 2008

PUTRAJAYA 28 April - Kadar kemalangan di tempat kerja di negara ini pada 2007 menurun iaitu sebanyak 56,321 kes berbanding 58,321 kes pada 2006.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr. Ir Johari Basri berkata, daripada jumlah itu sebanyak 38,657 kes berlaku di tempat kerja manakala 17,683 kes lagi dalam perjalanan untuk bekerja.

Kata beliau, kedua-dua bentuk kemalangan itu turut menunjukkan penurunan berbanding 2006 iaitu masing-masing men- catatkan 40,617 kes dan 17,704 kes.

''Walaupun kes kemalangan di tempat kerja menurun namun majikan dinasihatkan supaya meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dalam kalangan pekerja,'' katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George di sini hari ini.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Perkeso, Dr. Mohd. Azman Aziz Mohamed.

Sehubungan itu, Johari berkata, JKKP bersama Kementerian Sumber Manusia dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) telah mengarahkan para majikan untuk memberikan latihan keselamatan berterusan kepada pekerja bagi mengenal pasti risiko kemalangan.

Kata beliau, pemantauan dan pemeriksaan akan dilakukan ke atas majikan bagi memastikan tidak ada majikan yang ingkar bagi arahan tersebut.

''Jika didapati kemalangan berlaku disebabkan kekurangan latihan, majikan terbabit akan diambil tindakan di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994.

"Jika disabitkan kesalahan, majikan boleh didenda sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara," katanya.

Menurut Johari, sebanyak 2,729 siasatan telah dijalankan sepanjang tahun lalu dengan 4,873 notis dikeluarkan kepada majikan, 215 (majikan) dikenakan kompaun serta 108 daripadanya telah didakwa di mahkamah.

Pada majlis itu, mereka yang terlibat dalam kemalangan ketika bekerja menerima sumbangan dan pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perkeso memperuntukkan sebanyak RM1.1 bilion pada tahun lalu bagi tujuan itu berbanding RM959 juta pada 2006.

Seramai 800 peserta terdiri daripada majikan dan pekerja menghadiri majlis itu bagi mendengar taklimat keselamatan, motivasi dan berkongsi pengalaman yang dianjurkan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia; JKKP; Perkeso dan NIOSH


56,339 KES NAHAS PEKERJA TAHUN LALU
BERITA HARIAN 29 April 2008


PUTRAJAYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merekodkan 56,339 kes kemalangan pekerja sepanjang tahun lalu, menurun 3.4 peratus berbanding 58,321 kes pada 2006.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Johari Basri, berkata daripada jumlah itu, 38,657 kes membabitkan kemalangan di tempat kerja, manakala 17,682 kes dalam perjalanan ke tempat kerja.

Beliau berkata, pihaknya masih belum berpuas hati dengan komitmen majikan berkaitan penyediaan latihan dan kod amalan keselamatan walaupun peratus kes kemalangan di tempat kerja menurun.

“Kita akan meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di setiap sektor pekerjaan termasuk perindustrian dan perkilangan bagi memastikan tidak ada majikan bersikap sambil lewa terhadap penyediaan latihan dan kod amalan keselamatan pekerja. “Kita memerlukan kerjasama majikan bagi meminimumkan kemalangan di tempat kerja pada masa depan,” katanya pada sidang media selepas perasmian Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008 peringkat Kebangsaan, di sini, semalam. Sambutan tahun ini bertemakan ‘Kehidupan Saya, Pekerjaan Saya, Tempat Kerja Saya Selamat - Pengurusan Risiko di Tempat Kerja.

Majlis dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George mewakili Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam. Hadir sama, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh), Tan Sri Lee Lam Thye.

Johari berkata, pihaknya tidak teragak-agak memberi notis amaran kepada majikan yang ingkar dan mengabaikan tanggungjawab keselamatan pekerja.

Katanya, sepanjang tahun lalu, JKKP mengeluarkan 4,873 notis amaran, 215 kompaun terhadap 2,729 majikan gagal menyediakan latihan dan kod amalan keselamatan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 serta mendakwa 108 majikan.

Tuesday, May 6, 2008

NRG Gathering 10 May 2008


Salam & Greeting,

MASHO - NRG will organise a gathering session for all EHS Professionals. The details are as below :

Day : Saturday
Date : 10.05.2008
Time : 10.00am - 01.00pm
Venue : Auditorium Perkeso, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Fees : FOC

In this gathering session ;
1) Mr. Mapis Bin Jais will share his experience in EHS Management in Manufacturing Industry.
2) Mr. Zaharul from UiTM Tronoh, PERAK will share in Campus Safety.

Then, there will be a two-way discussion pertaining the topic above between the speakers & the audiences.

This will be a sharing info & experience session among the EHS Professionals.

For any information, pls. contact :

En. Anuar (019-443 8339)
En. Yusry (019-417 9673)