Wednesday, May 14, 2008

Bersediakah kita untuk menghadapi bencana?



Bersediakah kita untuk menghadapi bencana?

Awal Mei bulan ini kita dikejutkan dengan Taufan Nargis di Mynmar yang meragut korban nyawa sekitar 22,500 orang dan 41,000 orang lagi dilaporkan hilang. Pertengahan Mei pula sekali lagi dunia dikejutkan dengan bencana gempar bumi di China yang hingga telah mencatatkan kematian sejumlah 13,000 orang dan dianggarkan jumlah yang dilaporkan hilang ataupun dikuartiri terkambus di dalam tanah akibat gegaran 7.9 magnitud itu.

Angka-angka kematian dan kehilangan masih berterusan meningkat di kedua-dua negara ini.

Maynmar dan China berkongsi rantau Asia dengan Malaysia. Tidak mustahil bencana sebegini mampu terjadi di Malaysia. Adakah kita bersedia untuk “menyambut” kedatangan bencana ini.

Pelajar saya dari Petronas Gurun menghantar email dengan sedikit nada emosi mengesali sikap kealpaan orang ramai terhadap isu OSH menulis; What They Don't Know Won't Harm Them.

Saya amat bersetuju dengan penyataan ini. Terima kasih kepada email beliau.

Persediaan menghadapi bencana ini bukanlah perkara baru. Jeneral Sun Tzu, lagenda perang China, misalnya terkenal dengan saranannya iaitu; In Peace Prepare For War, In War Prepare For Peace.

Malah lebih awal dari itu, di dalam Al Quran dalam Surah Yusuf, Ayat 46, yang mengisahkan Nabi Yusuf menasihati pemerintah Mesir ketika itu supaya bersedia untuk menghadapi musim kemarau yang berpanjangan selama tujuh musim. Ini termasuklah persediaan dari segi bekalan makanan asasi.

Malaysia kebelakangan ini “diusik” dengan krisis makanan. Terkini isu beras dengan sebelumnya tepung dan minyak masak. Adakah kita sebagai rakyat dan juga pemerintah benar-benar bersedia untuk menghadapi krisis ini?

Ungkapan Jeneral Sun Tzu dan petikan Surah Yusuf, Ayat 46 itu adalah salah satu tugasan yang perlu dibuat oleh pelajar-pelajar program Master OSH (Kursus ERP) yang saya ajar. Sudah dua batch pelajar selesai menjalani program ini. Membaca semua hasil tugasan mereka membuatkan saya terfikir untuk menerbitkan sebuah manual khas mengenai persediaan menghadapi bencana ini. Sementelah pelajar-pelajar saya ini terdiri dari pelbagai bidang kerja dan latar belakang, dari juruteknik hinggalah ke jurutera malah ada yang memegang jawatan pengurus dan pengarah.

Selain dari pengetahuan dalam ERP (Emergency Response Program), kita juga juga perlu mendalami pengetahuan dalam Business Continuity Management (BCM) yang meliputi Business Continuity Plan (BCP) dan Buisness Recovery Plan (BRP).

Tidak dinafikan pihak pengurusan dan pemegang syer lebih tertarik kepada jaminan BCM kalau hendak dibandingkan dengan kepentingan ERP. Tetapi sebenarnya ERP lah yang menjamin perjalanan BCM. Kejayaan atau jatuh-bangunnya BCP dan BRP dalam BCM adalah disebabkan oleh kemantapan ERP.

Kepentingan BCM ialah untuk memastikan business (produk dan perkhidmatan) akan berterusan walaupun apa jenis bencana dan malapetaka menimpa supaya produk dan perkhidmatan boleh diteruskan untuk memastikan ekonomi negara berkembang.

Pada masa yang sama semua rakyat masih mempunyai pekerjaan dan sumber mata pendapatan. Malah inilah kriteria utama ditetapkan oleh pihak bank dan insuran pada masa kini sebelum pengusaha-pengusaha business ini berjaya mendapat pinjaman wang modal untuk beroperasi.

Sekadar makluman, NIOSH Penang akan mengadakan kursus ERP (yang lebih menjurus kepada BCM) untuk kali keduanya pada bulan Ogos ini.

Untuk tempat lain, bolehlah merujuk NIOSH Bangi (ibu pejabat) atau mana-mana cawangan NIOSH.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Gambar-gambar mangsa korban Taufan Nargis diterima melalui email.


No comments:

Post a Comment