Thursday, May 15, 2008

Bukan harapan tetapi persediaan

Bukan harapan tetapi persediaan

Merujuk kenyataan akhbar di atas, saya berharap agar ianya sekadar pengumuman semasa tetapi langkah-langkah tertentu sebagai persediaan untuk menghadapi krisis makanan di Malaysia telah diambilkira oleh pihak pemerintah.

Dalam menangani kecemasan, bencana dan krisis, pihak pemerintah dengan rakyat perlu bersedia untuk situasi yang paling buruk. Manakala persediaan perlu diadakan pada tahap terbaik.

Selan dari pesanan Jeneral Sun Tzu, lagenda perang China, (In Peace Prepare For War, In War Prepare For Peace), mereka yang bertanggungjawab dalam merangka persediaan ini hendaklah bertindak selari dengan ungkapan “Preparing For The Worst, Expecting The Best”.

Sebagai orang Islam, persediaan menghadapi kecemasan, bencana dan krisis ini boleh merujuk Al Quran, Surah Yusuf, Ayat 46, yang mengisahkan Nabi Yusuf menasihati pemerintah Mesir ketika itu supaya bersedia untuk menghadapi musim kemarau yang berpanjangan selama tujuh musim. Ini termasuklah persediaan dari segi bekalan makanan asasi.

Kesimpulannya bukan harapan yang diperlukan tetapi persediaan.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment