Friday, December 5, 2014

Emergency Shower System at Work Place






Emergency Shower System at Work Place

Semalam (khamis), semasa kelas HIRARC di Shah Alam. Seorang peserta bertanyakan saya mengenai penambahbaikan kepada System Emergency Shower sedia ada (current measures) di tempat kerja beliau.

Pagi ini semasa walk-in inspection di sebuah makmal sains di Taiping, saya diminta advise yang sama untuk sistem mandian kecemasan ini.

Sebenarnya saya sudah membuat 3 posting berkenaan Emergency Shower System ini di dalam blog OSH The Journey Blogspot saya. Cuma sedikit penambahan yang saya ingin sentuhkan kali ini.

Perlukan tirai (curtain) untuk Sistem Mandian Kecemasan ini?

Semasa kecemasan sebenar, tirai atau curtain ini bukanlah menjadi kemestian. Malah tirai ini jika tidak diletakkan bersesuaian ianya boleh mengganggu pengguna mandian kecemasan ini.

Sebaliknya kalau untuk pengujian sahaja (regular testing), tirai ini amat berguna untuk mengelakkan lantai sekelilingnya basar terutama lantai takungan air tiada atau tidak mampu menakung air dari mandian kecemasan ini.

Begitu juga lalau dari segi “ketimuran”, tirai ini adalah penting.

Imbas kembali semasa Tsunami Aceh beberapa tahun lalu, saya terlibat secara langsung dan berpeluang bekerja dengan kumpulan sukarelawan dari Perancis. Leader NGO Perancis ini adalah seorang anak muda awal 20an yang sanggup menangguh pengajian universiti tahun akhirnya kerana hendak terlibat dengan kerja amal sosial ini. (Malang saya lost contact dan terlupa namanya).

Dalam satu taklimat kepada ahli kumpulannya, anak muda ini mengingatkan agar rakan-rakannya itu memahami budaya Islam (dan Melayu) masyarakat Aceh. Jangan mudah cepat “memegang” anggota badan kaum wanita walaupun dengan niat semata-mata untuk membantu.

Saya bertanyakan kepadanya hal ini dan dia berkongsi pengalamannya semasa kerja amal di negara Arab dengan penduduk majoriti Islam.

Sama seperti saya nasihatkan kepada peserta-peserta kelas HIRARC saya di Shah Alam semalam. Tirai adalah amat perlu semasa pengujian. Dan tirai juga perlu semasa kecemasan jika penggunanya adalah perempuan terutama jika pakaian mangsa yang terdedah dengan bahan kimia tersebut perlu ditanggalkan.

Perlu ada rakan sekerja yang membantu menutup “aib” pekerja perempuan ini dengan menggunakan tirai. Jika tidak ramai yang akan datang tolong. Sudah tentu mereka datang tolong tengok!

Tambahbaik lagi jika tersedia tuala mandi yang dibalut plastik atau disediakan dalam bekas khas tersedia berhampiran mandian kecemasan ini.

Tiga posting saya mengenai mandian kecemasan sebelum ini boleh dirujuk disini, di sini dan di sini.


http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment