Sunday, December 7, 2014

TANIZAWA SAFETY HELMET Model 148-E3, ABS



TANIZAWA SAFETY HELMET

Awal tahun ini sewaktu mengendalikan kursus OSH di sebuah industri automobile Jepun, sewaktu memasuki production assembly line, saya diberi pinjam sebuah Safety Helmet berjenama Tanizawa. Kali pertama melihatkan safety helmet ini terus saya jatuh hati kepadanya.

Pada saya sekarang ini adalah satu unit Tanizawa Safety Helmet. Pengedarnya berpusat di Utara Semenanjung. Terdapat dua warna pilihan iaitu Puteh dan Kuning. Memandangkan saya sudah ada dua safety helmet berwarna kuning, saya memilih safety helmet berwarna puteh.

Safety Helmet yang ada pada saya hanya “helmet”, satu risalah “safety helmet instruction” dan satu tag pengedar. Tiada pembungkus asal sama ada beg plastik atau kotak.

Saya hanya mengetahui model Safety Helmet ini berpandukan sticker yang dilekatkan di dalam cengkerang yang tertera 148-E3, ABS serta logo JIS.

Manakala dalam risalah “safety helmet instruction” tiada tercatat nama model dan bahan (material) nya tertera FRP !

Rujukan saya dalam internet menunjukkan safety Helmet Tanizawa ini diperbuat dari empat (4) bahan berbeza iaitu ABS, FRP, PC dan PE. Setiap bahan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

ABS (Acrylonitrile butadiene styrene) atau dikenali juga sebagai thermoplastic polymer. Sekarang ini kebanyakan barang isi rumah (household) dan pengguna (consumer) diperbuat dari ABS. Antara kelebihan ABS ialah sifat serapan hentakannya (shock absorbance).

FRP (Fibre-reinforced plastic atau fibre-reinforced polymer) adalah bahan komposit polymer matrix yang di-reinforced dengan. Fibres yang digunakan biasanya glasscarbonbasalt oraramid, dan kadang-kadang turut digunakan fibres lain seperti kertas, kayu, atau asbestos. FRPs digunakan dalam pembuatan aerospace, automotive, marine, construction industries dan ballistic armo. Kelebihannya ialah sifat ringannya.

PC (Polycarbonates), terdiri dari kumpulan thermoplastic polymers. Kelebihannya mudah diproses, diacuankan dibentuk secara terma. Permukaan hasil bentukan adalah licin (smooth surfaces).

PE (Polyethylene) adalah plastik biasa yang diperbuat dari petroleum atau gas asli. Masalah besar penggunaannya ialah ianya bukan bahan mudah dilupuskan  secara semulajadi (biodegradable). Terdapat juga kajian PE diperbuat dari sumber makanan seperti bijirin gandum dan tebu. Kelebihannya ialah daya tahan bahan kimia yang tinggi (excellent chemical resistance).

Di Malaysia sekarang ini terdapat banyak pengedar Safety Helmet Tanizawa ini dan juga safety helmet yang hampir serupa yang dibawa-masuk dari Jepun, Korea serta Taiwan. Mungkin tidak lama lagi (atau mungkin sudah ada) yang diperbuat dari China.

Apapun saya berharap pengedar Safety Helmet ini di Malaysia mempunyai maklumat penggunaan dan kegunaannya yang secukupnya untuk dimaklumkan kepada pembeli dan/atau pengguna.

Antara ciri-ciri yang ada pada Safety Helmet Tanizawa ini ialah (bergantung kepada model dan bahan buatannya) – heat resistant, high temperature spec, light weight, excellent electric resistant, chemical resistant, chemical and electric resistant, with ventilation holes, big size dan kid’s factory tour.

Nota – saya belum berpeluang untuk menguji-pakai lagi Tanizawa Safety Helmet Model 148-E3, ABS. Kemungkinan besar saya akan memakai dan menguji-gunanya di hujung minggu sewaktu kerja lapangan saya di sebuah kilang.

lukmanw@gmail.com

http://oshthejourney.blogspot.com/



No comments:

Post a Comment