Monday, July 1, 2013

OSH di Pasar Malam, Pasar Pagi dan Pasar Ramadan





OSH di Pasar Malam, Pasar Pagi dan Pasar Ramadan

Media masa bersilihganti melaporkan isu Pasar Malam Jonker Road di Melaka yang dikatakan punca kesesakan lalulintas dan terbaru ada ahli poltik mencadangkan (cadangbalas?) agak Pasar Ramadan juga tidak diadakan tahun ini atas alasan yang sama iaitu akan timbulnya kesesakan lalulintas.

Posting kali ini bukanlah untuk mengulas permasalahan kesesakan lalulintas akibat dari Pasar Malam Jonker Road ataupun Pasar Ramadan. Posting kali ini adalah ulangan (dan ulangan) ingatan kepada peniaga-peniaga Pasar Malam (dan Pasar Pagi) serta Pasar Ramadan agar mengutamakan keselamatan dan kesihatan di tempat mereka meniaga.

Posting sebelum ini yang berkaitan boleh dirujuk di sini, di sini dan di sini.

Masih dalam ingatan saya, peristiwa yang menimpa para pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadhan Jasin , 13 Ogos 2010, Jumaat, jam 5.45 petang. Ribut melanda sekitar 5 - 7 saat. Semua khemah terbang setinggi hampir 40 kaki, dan dibawa sejauh 500meter. 3 maut, manakala 37 dilapor cedera, dihempap kemah, terkena minyak panas dan dilayangi peralatan menjual. 

Akhbar juga pernah melaporkan kanak-kanak melecur anggota badan akibat terkenal minyak masak panas dari kuali yang digunakan penjaja pasar malam.

Gimik-gimik peniaga juga kadang-kadang boleh merbahayakan seperti memasak menggunakan api besar, memasak menggunakan kawah atau periuk besar, menggunakan kipas elektrik untuk mengalakkan pembakaran dan sebagainya.

Ini tidak termasuk isu kesihatan yang melibatkan makanan tercemar, basi dan sebagainya.

Sudah sampai masa pihak berkuasa tempatan menguatkuasa peraturan keselamatan dan kesihatan yang sedia dan menambahbaikan jika perlu. Antara yang perlu dikuatkankuasakan ialah-

Kemah Kekal dan peralatan elektrik

1. Pelapik tiang kemah perlu ditanam (bolted) ke permukaan jalan/tanah.
Besi penyambung tiang hendaklah terdiri dari bolt and nut serta tidak tertonjol keluar.
2. Kemah perlu diikat antara kemah lain atau diikat kepada struktur kekal (seperti tiang/bangunan)
3. Penyambungan wayar elektrik dan punca bekalan (plug) tidak terdedah kepada air hujan
4. Penggunaan kipas angin siling (jika ada) perlu dipasang kabel keselamatan (safety cable) di samping penyangkut kepada rangka/alang kemah.
5. Jika ada wayar elektrik di atas lantai hendaklah berlapik.

Kemah Mudah Aleh / Payung

1. Tiang-tiang Kemah Mudah Aleh dan Payung hendaklah diikat kepada struktur kekal 9seperti tiang/bangunan).
2. Kaki-kaki tiang-tiang kemah Mudah Aleh dan Payung tidak dibenarkan menjulur keluar kea rah laluan pejalan kaki.
3. Jika perlu gunakan kaki tiang dengan pemberat air seperti dalam gambar rajah, rujuk gambar di atas.

Peralatan Memasak

1. Memasak tidak dibenarkan di tapak niaga. Jika dibenarkan, peralatan dapur hendaklah diletak di bahagian belakang meja jajaan. 
2. Dilarang meletakkan peralatan dapur berhampiran laluan pejalan kaki.
3. Tabung gas masak dijarakkan dari dapur. 
4. Tabung gas bukan tempat letak kuali/periuk atau cerek.
5. Dimestikan mempunyai alat pemadam api mudah aleh.

Cadangan penambahbaikan di atas hanyalah sebahagian asas, ada banyak lagi yang boleh dilaksanakan demi keselamatan penghujung dan juga peniaga sendiri.

Manakala perkara yang berkaitan kesihatan, peniaga biasanya dimaklumkan semasa memohon lesen perniagaan sementara atau semasa berkursus pengendalian makanan.

http://oshthejourney.blogspot.com/


*Untuk mengatasi kesesakan lalulintas dan masalah parking, persatuan penjaja boeh menggunakan khidmat berbayar pasukan Rela dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh kebanyakan persatuan peniaga uptown di Selangor dan Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment