Thursday, July 4, 2013

Ada penambahbaikan (pembetulan?) – papantanda U-Turn di UUM


Ada penambahbaikan (pembetulan?) – papantanda U-Turn di UUM

Gambar kiri di atas adalah gambar yang diambil sekitar bulan Januari 2010 di perimpangan bergadapan pejabat saya di UUM (ketika itu). Pada pandangan saya logo U-turn itu adalah jelas menyatakan tidak dibenarkan membuat pusingan balik di persimpangan tersebut. Tetapi keterangan di bawah logo U-turn tersebut agak mengelirukan. Tertera perkataan Bas dan Lori Sahaja, sama ada bas dan lori tidak dibenarkan membuat U-Turn atau Bas dan Lori sahaja yang dibenarkan membuat U-Turn?

Rujuk posting asal berkenaan di sini.

Bagaimanapun awal bulan lepas, saya dapati papan tanda U-turn ini telah ditukar seperti gambar di atas sebelah kanan.

Papan tanda U-turn yang terbaru ini dengan jelas menzahirkan dipersimpangan tersebut membenarkan kenderaan ringan sahaja membuat pusingan balik.

Saya tidak pasti sama ada pihak bertanggungjawab menukar papan tanda ini setelah dimaklumkan kekeliruan ini melalui blog ini ataupun dari mana-mana kesempatan seminar atau dialog dalaman UUM yang saya sering timbulkan isu ini. Mungkin juga pihak bertanggungjawab menyedarinya sendiri. Apapun syabas dan terima kasih kepada pihak berkenaan yang telah mengambil tindakan.

1 comment:

  1. Tolong rujuk cawangan jalan jkr jika ada mana2 pihak keliru...

    ReplyDelete