Friday, May 24, 2013

Anak kecil yang mempercayai anda


Gambar hiasan dari internet

Anak kecil yang mempercayai anda

Posting saya sebelum ini berkenaan seorang ibu yang meletakkan anak kecil di beranda Hospital Melaka di paras tingkat tiga. Sangkaan saya gambaran seperti itu tidak lagi akan saya temui.

Sangkaan saya meleset sama sekali. Sabtu minggu lepas sewaktu makan tengahari bersama isteri saya di sebuah restoran ikan bakar di Kamunting, gambaran hampir serupa muncul sekali lagi di hadapan kami berdua.

Kali ini seorang bapa mengendong anak kecil nya di atas bahu sambil mengelilingi rak makanan serta dua buah kuali yang berisi gulai dan sup! Bukan sekali tapi berulang-kali bapa ini mengelilingi rak makanan dan kuali-kuali tersebut sementara isterinya pula membungkus lauk.

Anak kecilnya tampak riang apabila diacah-acah oleh bapanya tanpa mengetahui pelbagai hazard dan risiko yang boleh menimpanya jika terjatuh. Malah yang lebih membimbangkan saya kipas angin siling yang begitu hampir dengan kepala dan tangan anak kecil ini.

Saya hampir mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam telatah bapa dan anaknya tetapi entah mengapa saya hanya terkaku malah selera makan kami berdua pada hari itu juga hilang serta-merta walaupun baru menjamah sesuap-dua nasi.

Saya masih teringat seorang kenalan yang pernah berkongsi pandangan. Anak kecil tidak mengerti tapi memberi sepenuh kepercayaan kepada orang yang dikenalinya. Sebab itu anak kecil merasa gembira apabila ayah atau ibunya melambungnya ke udara.

Apa kata kalau orang dewasa kita lambung ke udara?

No comments: