Khasiat & Petua beli pisang
Pisang merupakan buah yang berkahsiat dan mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa
dan glukosa yang digabungkan dengan serat gentian. Pisang memberikan tenaga
kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian menunjukkan bahawa 2
biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak
hairanlah pisang dijadikan hidanagan sampingan utama kepada atlit terkenal
dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat
beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Antara khasiat pisang ialah;
Potassium yang tinggi dan
garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah dan
berupaya mengembalikan mood serta lebih peka (alert).
Tryptophan, iaitu
sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang
menyebabkan kita tenang.
Kandungan zat besi
yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang
secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Vitamin B6 dalam
pisang juga mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan
mud anda.
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana
ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak
sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak
menyaluti lapisan dinding perut kita.
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda
menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Salah satu cara
terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu
campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat
membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan,
manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Petua membeli pisang
Pisang Berangan dalam
gambar di atas saya beli malam semalam di Pasar Malam Kamunting. Sengaja saya
beli pisang yang buah di antara sikatnya masih kehijauan. Semalam ada 4 biji
pisang yang masih hijau, pagi ini hanya tinggal sahaja 1 biji yang masih hijau
dan sudah ada beberapa biji yang sudah mula ranum.
Kalau untuk jamuan
seeloknya beli yang kesemuanya sudah masak kekuningan. Jika untuk dimakan dalam
masa beberapa hari eloklah pilih sikat yang maih ada beberapa biji yang
kehijauan.
http://oshthejourney.blogspot.com/
*Sumber khasiat dari internet
No comments:
Post a Comment