Wednesday, April 10, 2013

Ingatan dan Amaran OSH kepada semua pemimpin parti politik


Ingatan dan Amaran OSH kepada semua pemimpin parti politik

SPR baru sahaja mengumumkan tarikh penamaan calon PRU13 pada 20 April 2013 dan tarikh mengundi pada 5 Mei 2013. Apa yang pasti selepas ini semua parti politik yang terbabit akan lebih aggresif dalam kempen masing-masing termasuklah memasang bendera dan sepanduk.

Bulan Mac lepas, akhbar melaporkan pihak berkuasa tempata n di Terengganu, Pulau Pinang dan Kedah mengambil tindakan menanggalkan bendera dan sepanduk yang dipasang menganggu lalulintas dan sebagainya. Tidak pasti selepas ini sehingga berakhirnya hari pengundian, ada pihak berkuasa tempatan yang akan mengambil tindakan yang sama.

Sudah acap kali saya membuat posting berkaitan hazard dan risiko berkaitan pemasangan bendera dan sepanduk ini. Boleh dirujuk di sinidisini dan di sini.

Semoga semua pemimpin politik tidak kira di peringkat mana ataupun mewakili mana-mana parti, bersama-sama lah“bertanggungjawab” terhadap keselamatan pemasang-pemasang bendera ini.  

http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment