Wednesday, April 10, 2013

Gejala gangsterism di sekolah dan ilmu menyelamatkan diri



Gejala gangsterism di sekolah dan ilmu menyelamatkan diri

Dalam posting sebelum ini saya ada menyentuh mengenai Hazard Psychosocial. Anatara catatan saya ialah; banyak buku OSH (termasuk Training Manual for Safety & Health Officer Certificate Programme Module) dan juga rujukan OSH termasuklah Jadual 15, NADOPOD mengklasifikasikan hazard kepada lima jenis iaitu Hazard Fizikal, Hazard Kimia, Hazard Biologi, Hazard Ergonomik dan Hazard Psychosocial. International Labour Organization (ILO, 1986) mendefininasikan Hazard Psychosocial sebagai intraksi antara unsur pekerjaan, kerja organisasi dan pengurusan, dan keadaan persekitaran serta organisasi. Manakala Cox & Griffiths (2005) memberi definasi lebih mudah sebagai aspek-aspek rekabentuk dan pengurusan kerja, unsur-unsur sosial dan organisasi yang berpontensi menyebabkan kemudaratan psychological dan fizikal.Antara yang sering dirujuk sebagai Hazard Psychosocial ialah tekanan kerja (stress), masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah (drug abuse), minuman keras (alcohol), keganasan tempat kerja (workplace violence), vandalism, bullying, gangsterism, sexual harassment, lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT).dan perlakuan jenayah, masalah emosi seperti motivasi (hilang arah tujuan), takut gagal, pemberhentian/pembuangan kerja dan sebagainya.

DOSH sendiri telah mengeluarkan Panduan Bagi Pencegahan Tekanan Dan Keganasan Di Tempat Kerja yang boleh dimuat-turun di sini.

Dalam mnggu ini orang ramai dikejutkan dengan paparan di Youtube berkaitan seorang pelajar dibelasah rakan sekolah di dalam kelas. Kejadian di Sekolah Menengah Seberang Jaya disebabkan mangsa yang juga ketua tingkatan bercadang untuk membuat laporan mengenai pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri telah mengambil tindakan terhadap mereka yang terbabit. Rujuk keratin akhbar Kosmo di bawah.

Selain dari isu Hazard Psychosocial, saya juga pernah membuat posting mengenai ilmu menyelamatkan diri. Kalau kita saksikan paparan di Youtube tersebut mangsa tidak respons atau bertindakbalas terhadap serangan dari beberapa pelajar lain. Bagaimanapun secara tindakbalas semulajadi, mangsa melindungi dirinya dengan (i) membelakangkan tubuh badannya, (ii) menutup bahagian muka dan kepala serta (iii) berada di penjuru dinding.

Tindakbalas semulajadi ini sebenarnya berupaya melindungi mangsa dari tercedera lebih parah. Dengan membelakangkan tubuh badannya, mangsa melindungi bahagian depan tubuhnya yang lebih mudah tercedera. Begitu juga dengan melindungi dua bahagian tubuh yang penting iaitu muka dan kepala. Manakala berada di penjuru dinding pula walaupun seolah-olah mangsa terperangkap di situ, penyerang juga tidak banyak peluang untuk memilih sasaran.

Dalam senario begini, tindakan yang sewajarnya bukanlah berlawan untuk membela diri. Langkah yang terbaik selain dari melarikan diri dari tempat kejadian ialah menyelamatkan diri agar tidak tercedera dengan lebih teruk.

Boleh rujuk posting saya sebelum ini berkaitan ilmu menyelamatkan diri di sini.

Apapun saya malah pastinya orang ramai yang lain terutama ibubapa mengharapkan tindakan pihak bertanggungjawab menangani isu ini akan menjadi teladan dan sempadan kepada semua pelajar.

http://oshthejourney.blogspot.com/
Tiga pelajar dibuang sekolah kerana belasah pelajar lain
KOSMO 10/04/2013 6:44pm

BUTTERWORTH - Tiga pelajar Sekolah Menengah Seberang Jaya di sini dikenakan tindakan buang sekolah setelah didapati bersalah memukul seorang pelajar lain di sekolah berkenaan.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, tiga pelajar terbabit dikatakan berang dengan tindakan mangsa yang juga ketua tingkatan, yang mahu membuat laporan kepada guru kerana mereka membawa telefon bimbit ke sekolah.
Katanya dalam kejadian pada 4 Mac lepas, tiga pelajar terbabit bertindak merancang bersama beberapa pelajar lain dan membelasah mangsa di sekolah.
Kejadian itu dirakam dan tersebar luas dalam laman Youtube sejak beberapa hari lepas dan mendapat komen negatif daripada orang ramai.
"Susulan kejadian itu pihak pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah menjalankan siasatan serta membuat keputusan membuang tiga pelajar terbabit sejak 8 Mac lepas kerana melanggar peraturan sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pelajar berkenaan masih diberi peluang merayu untuk meneruskan semula persekolahan dan mereka perlu melalui beberapa prosedur termasuk membuat aku janji sebelum diterima meneruskan semula persekolahan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian terbabit.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka kertas siasatan berkaitan kejadian itu menurut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merusuh. - Bernama


No comments:

Post a Comment